Showing posts with label teman lelaki. Show all posts
Showing posts with label teman lelaki. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

saya suka ini...

* saya suka ini. terbaca dalam nota di FB dan bila tanya pakcik google banyak blog lain turut publish post yang sama. saya bukan mahu tiru. cuma mahu kongsi. tidak tahu siapa penulis asalnya. jadi tidak tahu perlu kredit pada siapa tulisan di bawah ini?

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday, February 13, 2011

what's on your mind?

* harap maaf. cerita kekasih gelap masih belum selesai. tergantung.
* tajuk entri ini diambil dari fesbuk.

agak-agak, kalau kita melambakkan segala isi fikiran kita ke dalam sebuah kotak bersaiz peti ais, berapa banyak ya kotak yang diperlukan? hmmm~
saya mahu menelaah buku sebenarnya, kerana saya risau saya masih belum mula mengerjakan tugasan saya. tapi rupanya sukar mahu fokus kalau ada banyak benda yang berselirat dalam fikiran. saya mahu keluarkan semua-semua itu, tolak ke tepi dan membuat kerja dengan tenang.
hipokrit.
itu yang saya fikir-fikirkan. saya tidak suka ber'couple' sebenarnya. apatah lagi berdating berdua tanpa pengetahuan emak dan ayah. kedengaran kolot, bukan? ya, saya kolot. saya ini bukan baik sangat. pernah juga buat semua itu, tapi hati tidak tenang. dan apa yang saya buat sekarang ini memang menghampiri ke arah itu. membuat perkara yang kita tidak suka. jadi saya ini apa? hipokrit?
memang benarlah manusia itu tidak tahan diuji. baca ini. 
dan juga baca ini. 
sudah baca? ya memang saya gelak-gelak membaca catatan anak pak man itu. tapi isinya betul juga. realiti. realiti tidak manis selalunya.
saya tidak tahu apa akan jadi dalam hidup saya seterusnya. memang setiap orang mencari bahagia. tapi apa erti kebahagiaan jika tidak diberkati.
.
.
.
maaf saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. maaf ya kawan-kawan jika terasa dengan entri ini. ini cuma apa yang bermain di fikiran. hoho~ saya ini kan kuat berfikir.

Monday, June 7, 2010

hujung minggu yang wangi...


hujung minggu datang lagi.
hujung minggu kali ini manis dan wangi. hari itu, budak perempuan montel yang selekeh menjelma menjadi perempuan lawa. semuanya kerana pertolongan si pari-pari yang menempek serbuk-serbuk magik di wajah budak selekeh itu. sungguh budak perempuan itu tidak percaya melihat pantulan mukanya di cermin. berubah 360 darjah. macam anak itik hodoh menjadi angsa cantik.
budak perempuan itu menunggang kuda hitam berteman pari-pari selepas jenuh menunggu putera kacak menunggang kuda putih yang entah bila akan muncul. barangkali lesen menunggang kuda putera sudah luput sebab itu putera tak muncul.
ini bukan putera idaman budak perempuan selekeh. sekadar gambar hiasan.

budak perempuan itu sangat kagum melihat istana yang besar dan mewah itu. seumur hidupnya, itulah istana paling glamer yang pernah dia jejaki. sempat budak perempuan itu berangan bagaikan puteri. memang benar-benar puteri. puteri tidur - itu gelaran yang diberi kawan budak perempuan itu kerana salah satu kesukaan budak perempuan itu adalah tidur.
dalam latar putih suci dan merah jambu yang manis, mata budak perempuan itu menangkap susuk tubuh putera bersut putih dan berdada bidang. kacak. begitu asyik budak perempuan itu merenung sehingga tidak sedar air liurnya menitik ke dalam gelas dan bersatu dengan air merah berperisa nenas.
sayang sejuta kali sayang. putera langsung tak menyedari kewujudan budak perempuan itu dalam perhimpunan manusia di istana itu. budak perempuan itu sedar diri. tubuhnya yang montel dan rendang manakan mungkin dapat menarik perhatian putera. tetapi budak perempuan itu tetap bertekad untuk mendekati putera walaupun sekadar dapat mencium wangi ketiak putera pun sudah memadai.
budak perempuan itu cuba bersabar. bersabar menunggu peluang mendekati putera. putera begitu sibuk melayan tamu. sekali-sekala putera melempar senyum pada hadirin yang membuatkan budak perempuan itu terpesona dengan kemilau putih gigi putera yang mungkin hari-hari ditenyeh ubat gigi cap kolget.
tetamu mula beransur pulang tapi budak perempuan itu masih belum mendapat peluang untuk mendekati putera. budak perempuan itu tak mahu terburu-buru kerana dia tidak mahu putera itu lari menjauhinya.
dalam sabar menunggu itu, mata budak perempuan itu tak lepas memandang bunga-bunga ros merah, merah jambu dan kuning yang bertebaran di seluruh istana. wangi bunga ros seolah-olah mencucuk hidung budak perempuan itu menariknya mendekati bunga-bunga ros seperti lembu dicucuk hidung.
sedang asyik melayan bunga ros, pari-pari berbisik. serbuk magik semakin pudar magiknya. dan serbuk magik mula bersememeh di bawah mata. saling tak tumpah seperti solekan emo. budak perempuan itu resah. dia tak mahu kelihatan hodoh di depan putera.
saat itu baru ingatannya terpaling dari bunga ros mengingati putera. ke mana hilangnya putera? budak perempuan itu ingin mencari putera tetapi ditahan oleh makcik yang menjual balang ajaib. riuh mulut makcik itu mempromosi balang ajaibnya tetapi budak perempuan itu tidak berminat. hati dan fikirannya hanya pada putera.
tapi jejak putera tidak dapat dikesan. sedih dan kecewa. susah payah budak perempuan itu menahan air mata dan hingus yang mengintai dari celah lubang hidung.  dia tidak mahu imej perempuan lawa menjadi perempuan lawak. budak perempuan itu memetik tiga kuntum ros dalam tiga warna untuk memujuk hatinya yang lara. harapannya semoga haruman ros itu mendekatkan hatinya dengan putera.
tiga kuntum bunga ros mula layu dahagakan air. pari-pari merendam tangkai ros dalam air magik untuk melambatkan bunga ros layu. hati budak perempuan itu begitu kepingin membawa bunga-bunga ros pulang bersamanya tapi budak perempuan itu bimbang bunga-bunga ros akan rosak semasa dia menunggang kuda hitam. dengan berat hati budak perempuan itu terpaksa meninggalkan bunga-bunga ros di teratak comel milik pari-pari selepas pari-pari berjanji untuk menjaganya.
budak perempuan itu memacu laju kuda hitamnya. ingatannya melayang pada putera kacak berdada bidang. kuda hitam pantas berlari meninggalkan teratak pari-pari. dan meninggalkan wangi bunga ros yang melekat di hati.

Saturday, June 5, 2010

cerita yang manis...


bangun tidur pagi tadi sempat layan dvd Just Like Heaven dengan kawan saya. ceritanya ringan dan manis lakonan reese witherspoon dan mark ruffalo. memang genre filem yang saya suka :)
kisahnya tentang elizabeth masterson (reese) yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai doktor. elizabeth bujang dan masih tak punya teman lelaki. sehinggalah suatu peristiwa berlaku yang menyebabkan elizabeth menyedari hidupnya hanya berkisar tentang kerja, kerja, kerja dan kerja sahaja.
dush!
dialog elizabeth tepat melepek atas hidung pesek saya. saya pernah kata saya serba salah nak memilih antara kerjaya dan cinta/keluarga. memang saya nak berjaya ke tahap tertinggi dalam kerjaya tapi saya sedar itu bermakna saya terpaksa korbankan cinta / masa-masa bersama keluarga.
saya tahu apa yang saya perlu utamakan dalam hidup saya...
bagi saya penghujung kisah itu memang indah. satu cara yang unik untuk bertemu jodoh :D

Monday, April 19, 2010

andai begitu takdirnya...

'andai begitu takdirnya...'
cam tajuk novel kan? saje gne tajuk tu sebab aku suke ayat tu :D
hmm...dh lame nk tulis kt belog ni tp asik t'tangguh2 je... ade2 je bende lain nk wat.. x dpt nk concentrate dgn aman damai.
byk bende yg bermain2 dlm fikiran aku ni cume x tahu bagaimana, pada siapa, berapa byk yg perlu diluahkan... dpt luahkn sebahagian dlm belog ni pn dh kira okay gak la...
kelmarin mase tgk buletin utama, dpt berita achik spin meninggal kemalangan (Al-Fatihah buat arwah..) ntah nape berita tu cam melekat je kt kepala aku...
pagi tadi sblm start keje smpt aku bace utusan online ngan bh online... kt utusan tu aku nmpk gmbr wife arwah achik tu ngah menatap wajah husband dia wat kali terakhir... sian betul... tp Allah lebih menyayanginya...
smpt aku terfikir, klau aku "dipanggil pulang" dlm umur camni, ape yg aku akan tinggalkan? ape yg aku dh miliki? hmmm... cam x de ape2... x de suami & anak2 yg akan doakan aku... ilmu pengetahuan? entah ape la ilmu yg baik2 yg aku sebarkan... amal jariah? lagi la... rase cam dosa lagi byk... Ya Allah, x tahu la mcm mana nk mengadap Mu dlm keadaan serba 'daif' spt ini...
tp sedih gak la bile tgk sekeliling, member2 dh berkeluarga... aku dan beberape kerat geng2 aku yg masih menyendiri...
mlm ahad br ni smpt berborak ngan mak long aku.. antara topik yg terkeluar termasuk la soal jodoh ni... mak long aku citer psl jodoh dia, mak aku ngan abg aku... pastu aku rase lelaki lebih beruntung sebab senang nk cari jodoh berbanding ngan pmpuan... ye la kan...klau x jumpe, bleh mintak mak carikan... huhu... bile aku mintak mak ngan mak long cari, diorg ckp "cari sendiri la!"... ape ni? double standard...hehehe...
aku mengeluh la kt mak long aku.. klau lelaki sng je...kenape klau ank perempuan x boleh mak carikan? mane la perempuan skg x kawin lambat... mak long aku ckp, boleh nk carikan tp janggal la... ye le, family aku ni bukan jenis yg terlampau moden...x de nye kes perigi cari timba... aduyaiii klau camni la hal nye, x merase diorg nk mkn nasik minyak aku... hihihi...
ntah la malas la aku nk pk2 sgt psl jodoh ni... bukan memilih tp x terpilih... tu je... klau ditakdirkan jadi bujang atau ditakdirkan umur x panjang dn meninggal sebagai bujang, redha je la... andai begitu takdirnya...
Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita...
sudah la... baik nikmati hidup skg ni... dlu nk keje baik2, kn dh dpt.. cube hargai keje yg aku miliki ni walau pn aku rase mls tul nk g pejabat... aku x ske 'terkurung' je dlm pejabat.. kje dlu at least ade la turun site, g meeting kt luar, g site visit nk msuk tender... bla bla bla... nk suh aku blk ke keje lame? oh no no no no... x mungkin... giler ah... siap la aku kne bebel kne mrh ngan sume family aku...
bende lain plak psl wishlist aku... bukan le aku ni materialistik sgt, tp normal la setiap manusia ade kehendak masing2... x kire la jam tangan ke, kasut ke ape ke... stiap org msti ade keinginan nk memiliki sesuatu... tp wishlist aku masih belum tertunai huhu... sedihnye... klau la tanam pokok bleh kuar duit kertas RM 100 berguni2, besh nye...
sudah la... letih aku nk menaip... bende2 lain biarlah rahsia... off record! tet!

Tuesday, March 2, 2010

online dating

huhu... sebenarnye episod kepala berasap semester ni dh mula. aku tgh ngadap esaimen sbnrnya tp sempat lagi tgk tv rancangan rachel ray's show tu... hehe...
topic yg dibincang dlm rancangan rachel tu berkaitan online dating... mmg skg dh jadi trend, sbg salah satu usaha nk cr jodoh... halal atau haram online dating tu aku x pasti la, tp aku yakin semua yg kita buat hendaklah berlandas niat... yg penting jaga adab pergaulan, bahasa, dan klau nk jumpe berdepan jgn jumpe berdua2 kt tmpt sunyi, kang jd lain plak...
bende yg aku nk ulas ni pasal tips2 yg diberi oleh pakar dating selaku tetamu undangan rachel berkenaan profil dlm online dating site... untuk bace tips berkenaan sila klik di sini. mane yg baik tu aku rase bleh la ikut, yg x baik tu x yah la buat..dh tahu x elok... guna la akal...
bende pertama yg DeAnna (pakar dating) nasihatkn yelah pasal gambar... dia suh letak gambar yg menonjolkan kelebihan kite.. ummm, rase2 nye x yah la kite pakai seksi2 dedah sana sini semata2 nk tonjolkan "best assets"... halooo, best asset bukan semata2 bdn seksi ya.. tp memadai la gambar yg sopan tutup aurat tp menunjukkan muka yg ceria... yelah kan, sape la berminat nk berkenalan klau dlm gamba muke masam je...
pastu komen yg buat aku ngan mak aku gelak yelah pasal gamba baju kawin ngan gamba baby... DeAnna ckp JANGAN sekali2 letak gamba kite memakai baju kawin atau ape2 yg berkaitan perkahwinan dan jgn letak gamba kite ngan baby (x kire la baby tu ank sape pun).. sebab ape? gamba2 cam tu seolah2 memberi isyarat yg kite ni TERDESAK nk kawin dan nk anak! klau ye pn nk kawin sgt, cover2 la... lagi bagus klau letak gamba kite g melancong (klau hobi melancong secare x langsung gamba tu "menceritakan" tentang diri kita... a picture worth a thousand words, rite?)
yg seterusnye, klau kite nk letak headlines atau tag line kt profile, make sure kite gune ayat yg simple dan menarik bukan senarai panjang cam ni "... mencari lelaki baik, beriman, berkerjaya tetap, berpendidikan tinggi, peramah, bla bla bla bla bla".. hey, nobody is perfect.. mmg la setiap org m'punyai citarasa sendiri dlm memilih pasangan, tp x perlu la kite senaraikan sume ciri2 yg kite nk tu dlm headlines.. biase org nyatakan ape ciri2 yg dia hendak, tp jarang org nyatakan ape yg dia boleh beri pd pasangan dia.. contohnye, berusaha menjadi isteri solehah buat seorang suami yg soleh... something camtu ke...hidup ni kn ade gives and takes...
yg seterusnye elakkan jadi negatif... hurmm, ni paling aku setuju.. sebab aku pn x ske nk bersama ngan org yg terlalu -ve.. silap2 aura -ve dia jangkit kt aku... huhu... aku faham hidup kita ni ade pasang surutnye... ade mase2 kite rase down sgt2... time tu la kite perlu sokongan org2 sekeliling kite... tp jgn lupe plak nk sokong balik org2 yg pernah menyokong kite... kite kne gak +ve dlm idup ni... dugaan byk, mmg ada mase kite akan jatuh, tp yg penting kite kene bangkit... jgn -ve terus menerus...
lagi satu sayangi diri anda dan hidup anda... mmg ade mase2 kite akn mendapat bende2 yg kite x suke dlm idup ni... tp bende yg kite x ske tu x semestinye memudaratkn kite.. mungkin ade hikmah di sebaliknye... so belajar menyukai dan menyayangi ape yg kite dapat... how could you expect others to love you if you don't love yourself and your life?
yg last sekali ni paling sesuai utk diri aku huhu... jgn putus asa... sekali gagal x bererti gagal selama2 nye... terus berusaha, berdoa dan bertawakal... penghujung usaha kita itulah terletaknya takdir, sama ada kite akan dipertemukan jodoh secepat mungkin atau sebaliknye... Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui...
huhu... aku tulis tips2 ni cam dh ade je...huhu, sebenarnye kosong lg ni... cume buat mase ni aku nk 'berehat'... belum kuat utk mencari lg sebab nk ubat hati luke wooo wooo~ (T_T)

Wednesday, April 29, 2009

Why am I a robot?


Awal bulan April sepupu ku mencadangkan aku menonton sebuah drama Jepun yang pada pandangannya "memang best giler". Aku tak begitu teruja kerana aku bukanlah peminat besar drama-drama Jepun, Korea atau Taiwan. Tapi aku tak nafikan aku tetap menonton drama-drama berkenaan; itu pun kalau ada yang menarik (e.g. jalan cerita best, pelakon lelaki hensem, lakonan yg best dll).
Aku mengambil keputusan untuk menonton drama yang bertajuk "Zettai Kareshi" atau "Absolute Boyfriend" jika diterjemah ke Bahasa Inggeris, sambil menyeterika stok baju kerjaku untuk seminggu. Pada mulanya aku agak keliru dan terpinga-pinga dengan jalan cerita yang berterabur kerana drama itu dimuat turun oleh sepupu ku dari internet dan susunan episodnya sedikit lari. Selepas menyusun semula setiap episod, aku menonton semula dari mula dan cuba memahami intipati cerita yang ingin disampaikan. Dari satu episod ke satu episod aku semakin teruja untuk mengetahui kesudahannya. Selepas 3 hari berturut-turut 'bertungkus-lumus' (kononnye la...) akhirnya tiba ke episod terakhir yang pada pandangan ku "sangat menyentuh perasaan, mengharukan, menyedihkan dan yang sewaktu dengannya". Aku "sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" sangat drama ni, bukan hanya kerana pelakonnya yang cute (Hayami Mokomichi yang membawa watak Tenjo Night) tetapi juga kerana drama ini membuat aku ketawa, senyum, teruja dan ... menangis sob! sob! sob!
Tak puas menonton 11 episod drama "Zettai Kareshi" aku mencari pula "Zettai Kareshi SP" - episod istimewa sambungan drama 11 episod yang menceritakan kisah yang berlaku selepas 3 tahun.
Satu babak yang tak dapat aku lupakan apabila Tenjo Night melontar pertanyaan kepada penciptanya, Namikiri, "Why am I a robot?". Ya, pertanyaannya itu memang berasas. Tenjo Night pada asalnya hanyalah sebuah robot ciptaan manusia yang berfungsi sebagai "kekasih ideal" yang setia pada pasangannya. Kononnya dengan kewujudan robot sedemikian, manusia tidak akan menghadapi kekecewaan percintaan. Kemudian sesuatu 'keajaiban' berlaku apabila robot itu mula mempunyai fikiran, emosi dan kesedaran melangkaui program yang ditetapkan oleh penciptanya. Penciptanya menyedari segala tindak-tanduk robot ciptaannya itu adalah didorong oleh cintanya kepada Izawa Riiko. Malang sekali pencarian cinta itu berakhir dengan tragis.
Meski hanya sebuah kisah khayalan (kalau satu hari menjadi kenyataan, ia bukan khayalan lagi) yang diangkat dari sebuah manga, namun drama ini membuat aku terfikir betapa manusia begitu 'kejam' dan 'rakus' mencipta benda untuk kepentingan dan kepuasan nafsu semata-mata. Walaupun ciptaan manusia adakala mendatangkan manfaat, namun masih ada kesan sampingan yang terhasil yang meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang terlibat.
Tapi di sebalik semua itu, kisah ini juga memperkukuhkan 'teori' cinta itu memerlukan pengorbanan. Kerana cintanya pada Riiko, Night memilih untuk 'lenyap' dari dunia ini kerana dia menyedari dia tidak mampu membahagiakan Riiko selayaknya sebagai seorang manusia hanya kerana dia cuma sebuah ROBOT. (T_T)

p/s: Kalau ada saintis yang berjaya mencipta robot seumpama Night, aku nak beli walaupun harganya 100 juta Yen huhu... kerna aku tak punya boyfriend...