Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, April 29, 2011

semoga cepat sembuh

kelmarin.
ada pesanan teks yang masuk ke dalam peti mesej telefon genggam (handphone) saya. rupanya daripada sahabat saya, Suzana @ Sakinah Ibrahim yang memaklumkan ayahnya diserang angin ahmar (strok) dan masih koma hingga hari ini.
tabah dan sabar ya sahabat.
saya mohon, kepada kawan-kawan yang mengenali beliau atau sesiapa pun atas dasar saudara seagama, tolong doakan keselamatan ayahnya dan semoga kembali pulih.
doa kalian amat dihargai.
terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

nikmat makan yang tak dipeduli...

balik kerja petang semalam, kepala saya sakit berdenyut-denyut. tapi saya gagahkan diri seperti ironman untuk terus memandu pulang.
sampai rumah saya berbaring depan cik tivi menghadap cerita doktor-doktor di bilik kecemasan walaupun saya sedar saya masih belum solat asar :p niat saya nak hilangkan sakit kepala dan mengeringkan peluh sebelum mandi.
baru beberapa minit berbaring saya rasa kepala saya pening. mulut dah rasa lain macam. loya. saya sebenarnya takut nak muntah atau tengok orang muntah. tak tahu kenapa, mungkin sebab imaginasi mengarut saya takut terkeluar tali perut berserta usus. ish, khayalan 18sg -_-"
badan saya seram sejuk dan makin tak sedap perut. akhirnya terluah juga semua makanan tengah hari saya tadi. entah apa kena dengan saya hari itu. keracunan makanan? kalau betul, taubat saya tak kan beli nasi lagi kat gerai masin (gelaran salah satu gerai di pejabat saya :p). tapi saya tak cirit-birit. pelik.
usai solat asar saya kembali menghadap cik tivi. kali ini cerita pengasuh sengau. tapi saya semakin pening. dan badan semakin sejuk. adoiyaiii... apa yang tak kena ni?
dan sekali lagi terluah isi perut. dua kali. tiga kali. empat kali. lima kali. dan makcik tak larat nak kira lagi. boleh kata selang 15 minit.
maghrib itu mak paksa saya pergi klinik. masih loya tapi saya tahankan. terima kasih pada adik saya yang sudi jadi pemandu walaupun sebelum itu dia buat lawak 'terlebih ajar'. katanya patut tumbuk je perut saya. eloklah tu, nanti saya sembur semua isi perut kat muka dia, baru tahu.
sampai klinik saya tengok ramai orang menunggu. terpaksa la tunggu giliran. aduh, air cond pula buat saya tambah seram sejuk. akhirnya dapat juga jumpa doktor india separa botak tapi masih hensem. doktor cakap perut masuk angin dan banyak asid. buat sementara makan bubur nasi dan elak makan acidic fruit (contoh: oren, limau, epal hijau).
balik tu singgah kedai mek beli bubur ayam. lepas setengah jam telan ubat tahan muntah, saya cuba makan bubur ayam yang berbau hangit. masa itu baru saya rasa betapa nikmatnya dapat makan. satu nikmat yang kita tak peduli atau tak sedar. iyalah, perut saya kosong dan semua yang saya makan minum sebelum itu sudah terluah. bila dapat makan dan merasai makanan melalui rongga esofagus tanpa terluah keluar, adalah satu nikmat :')
dan saya dapat MC satu hari. ini adalah MC pertama saya tahun ini.

Friday, August 14, 2009

demam

masuk hari ni dah 3 hari aku MC sebab demam. waktu wabak menular cam ni memang takut. ramai yang jatuh sakit.

semalam gi klinik kerajaan kat a.u. 2, nurse amik darah pastu sampel urin (air kencing). doc cakap bukan suspect denggi. doc pun cakap demam aku x tinggi sangat. tapi doc bagi risalah H1N1. doc cakap klau sabtu & ahad ni demam x baik2 gak, kena gi hospital.

aku bace risalah yg dikeluarkan oleh jabatan kesihatan negeri selangor. boleh dibaca di laman web jabatan kesihatan selangor (www.jknselangor.moh.gov.my) di bawah pautan 'panduan penjagaan kesihatan diri (di rumah)'.

di sini aku nk share info dalam risalah tu. SEGERA dapatkan rawatan di hospital jika mengalami mana2 tanda dan gejala berikut:-
1. masalah pernafasan - sesak nafas, semput, warna bibir bertukar biru/ungu
2. batuk berdarah / kahak berdarah
3. sakit dada berterusan
4. cirit-birit / muntah yg kerap
5. demam berterusan melebihi 3 hari ATAU pun demam berulang selepas 3 hari pulih
6. berkelakuan x normal, keliru, kurang responsif kpd rangsangan / sawan
7. rasa pening apabila berdiri
8. kurang kencing

harap info di atas berguna...
harap2 lah cepat sembuh. huhu... hari ni ada gotong-royong kt pejabat. tapi sebab aku demam, terpaksa la menguzurkan diri.