entah bagaimana saya teringat kembali kata-kata itu. sedikit cerita tentangnya ada di sini.
puncanya kerana kawan sekolah saya menghantar mesej meminta alamat rumah saya. terus saya teringat kata-kata itu.
Friday
Saya
As salam... nak kawen ek? ada benda dh lame nk tny. Z kawan ngan A kan? dulu pnh chat ngan A. ntah camne dia sebut nk ngurat tp Z x bg, Z ckp "takkan kau nak kawin dgn OKU?". just nk tahu je betul ke Z pnh ckp camtu. sebab the words hurt. trying to forgive tp cmne nk maafkan kalau hati x redha. i needs clarification. sempena bln baik ni, aku kalau boleh x nk dendam. ok, sorry klau kata2 aku kasar.
Friday
Z
ya allah..wani..aku xde kutuk2 or hina sesape.. aku yakin mmg aku xde ckp cam 2 wlupon ngan sesape pon..hanya Allah yg tau..
Friday
Saya
betul? then, semua tu just salah faham ek? Aku minta maaf sebab selama ni aku menyimpan anggapan yg salah kt kau.. really sorry dan aku harap sgt bende ni settle.. Salam Ramadhan...
Friday
Z
klu aku de slh pe pon aku mntk maaf..tp bab2 menghina or mngutuk org ni aku mmg bkn cam 2..klu ko x cite ni aku lgsung xtau..anyway mntk almt umah ley kan..rmai geng2 lame aku dh mntk..
jadi sekarang saya berasa senang hati. yang kusut telah terhurai. siapa sebenarnya yang melontar kata2 itu saya tidak mahu ambil tahu lagi. Allah Maha Mengetahui.
dan sesuatu yang saya pelajari, jangan menyimpan anggapan pada orang sebelum mengetahui cerita sebenar. bertanyalah. kerana malu bertanya sesat jalan, memendam perasaan dan menyimpan anggapan.
harapan saya, semoga Ramadhan ini menyucikan hati dan menjernihkan kembali mana-mana yang keruh. semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan dalam bulan yang mulia ini.
hari ini saya ke kelas memakai seluar jeans yang sudah lama tidak dipakai.
(mujur masih muat lagi. hoho~)
saya tidak sedar seluar saya itu rupanya sudah menipis di kedua-dua bahagian peha (sebab saya ada sepasang drumstick yang bergesel bila saya berjalan -.-'). waktu saya ke tandas, baru saya nampak ada tampalan dengan jahitan bentuk bintang di bahagian peha. serta-merta saya tersenyum dan berbisik "i love you, dad".
ya, tampalan dengan jahitan bentuk bintang itu dijahit oleh ayah lama dulu.
saya ini memang mengada-ngada. kalau ada seluar yang perlu ditampal atau perlu 'alter', saya akan minta tolong ayah. ayah akan keluarkan mesin jahit antik jenama singer dan mengayuh roda mesin jahit dengan tangan. :)
sekarang tangan kiri ayah sudah tidak kuat macam dulu. ayah semakin kurang menggunakan tangan kirinya. malah untuk membutangkan baju juga semakin payah. kerap kali ayah minta tolong saya membutangkan bajunya bila dia mahu ke masjid. :'(
sekarang ini saya perasan, saya sudah kurang bercakap-cakap dengan ayah. sudah lama saya tidak bercerita dengan ayah. kasihan ayah. pasti dia berasa sedikit kehilangan.
maafkan saya ayah.
saya masih tetap sayangkan ayah walaupun ayah sudah tidak mampu lagi membuat tampalan dengan jahitan bentuk bintang.
semoga ayah dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik
sebenarnya saya merancang untuk membuat kejutan. rancangan saat akhir sebenarnya (ya, saya ini last-minutes girl). jadi saya buat-buat lupa dan tidak mengucapkan selamat kepada ayah. tapi pagi tadi ayah datang menunjukkan sms daripada senheng mengucapkan selamat. kata ayah, "senheng ingat..." mungkin dia fikir kami lupa. tidak. kami tidak pernah lupa. semalam juga emak ada sebut tentang hari jadi ayah. malah hadiah ayah sudah dibeli sebulan yang lalu. jadi kejutan itu sudah tidak berapa menjadi. hoho~
tidak mengapa. masih ada rancangan lain. hehe~
buat ayah, tidak mungkin saya lupa hari jadi lelaki yang pertama dalam hidup saya. tanpa ayah, tiada saya di dunia ini. tanpa ayah, mungkin saya tidak menjadi diri saya hari ini.
maafkan saya, ayah kerana saya banyak menyusahkan ayah dan menyakitkan hati ayah. dan melukakan hati ayah dengan kerenah saya yang bukan-bukan. malah banyak kali saya menyanggah kata-kata ayah. atau tidak sefahaman dalam banyak perkara. maafkan saya, ayah.
bukan saya tidak sayang ayah. tapi saya memang tidak berapa menunjukkan perasaan saya. ayah, saya bukan lagi anak kecil ayah yang berumur 8 tahun. anak perempuan ayah ini sudah dewasa. tidak mungkin saya boleh bermanja-manja dengan ayah seperti dulu. mana mungkin ayah boleh mendukung saya lagi. atau pura-pura menyangkutkan saya di dinding sehingga saya berasa gayat kala saya merajuk. atau menggosok-gosokkan tangan saya ke jambang ayah yang baru dicukur sehingga saya berasa geli-geli dengan tunggul-tunggul jambang yang kontot. :')
semoga Allah SWT sentiasa memelihara ayah dan merahmati ayah.
InsyaAllah pagi esok, mak ayah dan saya akan menuju ke kelantan untuk menghadiri majlis kawan baik saya itu. doakan perjalanan kami pergi balik selamat dan dilindungi Allah jua...
saya tumpang gembira kerana kawan baik saya itu akhirnya bertemu pasangan hidupnya. semoga mereka kekal bahagia hendaknya.
tapi saya juga berasa sedih. kerana selepas ini saya tidak boleh lagi melepak2 di rumah kawan baik saya sambil membuat bermacam-macam aktiviti - membuat cream puff, karipap, cup cakes, kek atau menonton dvd cerita yang manis (atau cerita 'gatal' hahaha~) atau keluar hingga malam pergi menonton wayang atau pergi menikmati western food... atau membuat aksi gila-gila dan selepas itu sama-sama ketawa :')
dan entah siapa ya yang akan melayan perangai gila-gila saya selepas ini.
28 januari - hari terakhir kawan saya (merangkap 'kekasih gelap') di pejabat kami. agak sedih untuk melepaskan dia berpindah ke pejabat baru. tapi saya sedar, tak selamanya saya akan bersama dia. suatu hari, kami akan membawa haluan sendiri merencana perjalanan kerjaya kami. dan hari itu, telah tiba kini.
selepas ini tiada lagi orang yang akan bersarapan dan makan tengah hari bersama-sama di meja saya. atau meja dia. tiada lagi meja yang dituju kalau saya mengantuk, tertekan, atau sekadar mahu berbasi basa dan ketawa-ketawa dengan jenaka. dan tiada lagi orang yang akan rakus membelek-belek katalog cosway saya. :')
.
.
.
eh, tak jadi nak sedih lama-lama. shah alam-kl bukannya terlampau jauh. ya, saya sudah pernah ke pejabatnya. seronoknya dapat bilik sendiri. ini kali pertama kawan saya mendapat bilik sendiri. tidak perlu berkongsi. :)
'kekasih gelap'? macam mana boleh timbul nama itu ya?
haha~ sebenarnya saya dan kawan-kawan rapat saya kalau bergurau agak kurang sopan. zaman bergelar siswi dahulu, kerap juga saya melepak di bilik kawan-kawan. kadang-kadang secara tak sengaja terlanggar badan kawan saya itu di sana sini. terus saja dia melabel saya 'suka sejenis'. mula-mula marah juga digelar begitu. saya tidak minat sejenis. saya suka berjenis-jenis :p
lama-lama saya pun ikut sahaja rentaknya. untuk bergurau sesama kawan-kawan rapat. dan entah siapa yang memulakan gelaran 'kekasih gelap'. saya tidak ingat sebenarnya.
tiba-tiba rasa rindu pada zaman ketika bergelar siswi... ahh~ -.-"
tahun 2010 telah berlalu pergi meninggalkan pelbagai warna.
tahun 2010 juga menyaksikan manusia datang dan pergi dalam hidup kita. buat yang datang, selamat datang diucapkan dan buat yang pergi atas pelbagai sebab, selamat jalan dan selamat tinggal.
yang telah pergi
- cikgu z ~ hubungan habis tak bersisa. selamat jalan dan semoga bertemu kebahagiaan yang dicari.
- opah marwan ~ Al-Fatihah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
- ketua unit (saya gelar 'bos kecik' :)) ~ selamat jalan, puan. semoga berjaya di pejabat baru.
- bayi lelaki Ayu Harris ~ Al-Fatihah. Takziah dan semoga tabah menghadapi segala dugaan.
- atok hamdan ~ Al-Fatihah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
- kakak kepada teman sebilik di rumah sewa (kakak kepada Ita) ~ Al-Fatihah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
yang datang
- suami kepada sepupu ~ selamat menyertai keluarga kami :)
- pengganti bos kecik ~ selamat datang, tuan.
- bayi Aida Amalina ~ selamat datang ke dunia, Arfan!
- bayi Abang Selamat ~ selamat datang ke dunia, Qalesya!
- bayi Nor (adik Ha) ~ selamat datang ke dunia, si comel! (maaf tak tahu namanya)
- bayi Naslin ~ selamat datang ke dunia, Muaz!
- bayi Mariyana Aida ~ selamat datang ke dunia, Zahraa!
ini hanya sekadar beberapa nama. kalau ada yang tercicir, harap dimaafkan. saya ini seorang makcik yang semakin tua tahun ini. huhu~
ya. mari jenguk ke bulan. bukan bulan di langit sana. tetapi di sini.
sudah jenguk?
comel dan lucu, bukan? saya suka jenguk ke sana kerana ia mengingatkan saya kepada sesuatu yang pernah saya buat dan pernah saya suka - melukis. saya kagum dengan usaha tuan blog yang memuatkan lukisan (atau lebih mesra - contengannya) ke dalam blog. comel. dan lucu.
sudah lama saya tidak melukis. bukan tidak ada yang menggalakkan. entahlah. minat saya sekarang ini lebih kepada bidang fotografi. dan sekali-sekala menulis blog. agak lama tidak melukis, tangan juga terasa kaku. kalau ada pun melukis setakat contengan kecil sewaktu bosan.
saya kira saya sudah bersara melukis. eh, hobi pun ada masa untuk bersara juga ya?
p/s : ini ada kali pertama saya tinggalkan komen di blog milik orang lain (selain kawan kawan dan sepupu). selama ini saya hanya silent reader.
*sengaja letak tajuk di atas. sebutan yang sebenarnya - happy birthday...*
selamat hari jadi buat diri sendiri. hari di mana ke'muda'an semakin berkurang dan ke'tua'an semakin bertambah. dan ucapan berserta doa bertalu talu bertandang di handphone. ada juga ucapan di fb. terima kasih buat semua yang melayangkan ucapan berserta doa.
semenjak 2 tahun lalu, saya sudah tidak teruja untuk menyambut hari jadi diri sendiri. kerana keadaan masih sama - bujang dan tiada teman lelaki T_T
ah, tidak mengapa. saya masih punya keluarga dan kawan kawan juga saudara mara yang amat baik dan tidak melupakan saya. :')
tahun lalu, hari jadi saya sedikit istimewa. pertama, hari jadi saya bersamaan 2 syawal. jadi, keluarga dan saudara mara masih bercuti. dan saya tidak sangka mendapat kek secret recipe. terima kasih pakcik makcik dan sepupu sepapat semua :-*
dan kedua, hari itu saya mula berkenalan dengan cikgu z. hoho~ tapi yang terindah hanya sementara. hubungan itu habis begitu sahaja awal tahun ini. begitu singkat. dan sejak itu, saya masih bersendirian T_T
tahun ini saya tidak menyambut hari jadi. tengah hari tadi, saya membawa diri ke the mall. niat mahu makan sesuatu yang berbeza (yang sebenarnya saya sudah jemu dengan makanan di cafeteria pejabat. sampai tahap tak tahu nak makan apa).
tengah hari itu saya menikmati kyros kebab; sendirian. sedih? hoho~ yang sebenarnya saya tiada perasaan. hanya terfikir untuk mengenyangkan perut dan lekas lekas berkejar pulang ke pejabat kerana jam sudah menghampiri pukul 2. (ya, saya 'jahat'. pulang ke pejabat selepas waktu rehat tamat)
selamat hari jadi buat diri sendiri! Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara dunia fana ini. dan terima kasih emak kerana bersusah payah mengandung dan melahirkan. dan juga terima kasih ayah dan emak kerana bersusah payah membesarkan saya sehingga saya menjadi diri saya hari ini.
* selamat hari raya aidilfitri buat kawan kawan semua. mohon ampunkan segala salah silap saya. halalkan makan minum pakai saya. semoga anda semua berbahagia di samping keluarga tersayang *
ini ada beberapa perkara yang berkaitan hari raya dari kaca mata saya :-
kuih raya
tahun ini kuih raya kami semuanya kuih 'tunjuk tunjuk' (kuih raya yang dibeli) kecuali muruku yang emak buat. tapi dalam banyak banyak kuih tunjuk tunjuk tu, hanya satu je yang sedap -_-"
rasanya buat sendiri lebih sedap dan memenuhi selera.
kuih tunjuk tunjuk :D
baju raya
sebenarnya baju raya saya ini dirancang untuk baju kerja. tapi tukang jahit lambat siapkan (hampir bulan puasa baru siap). alang alang begitu baik jadi baju raya terus.
semasa iron baju raya, saya baru perasan bahagian belakang baju dijahit terbalik. bahagian dalam kain dijahit sebelah luar. jadi warna coraknya nampak sedikit pudar.
selepas ini saya takkan tempah baju dengan tukang jahit itu lagi.
juadah raya
setiap tahun emak pasti buat ketupat. kami akan anyam daun kelapa bersama-sama. tapi selalunya emak siap cepat -_-"
tahun ini pertama kali ketupat emak hangit hehe~ semasa merebus ketupat, emak sibuk dengan kerja lain, saya pula sedang mandi. ketupat itu terbiar hingga kering airnya dan berbau hangit. hoho~ mujur masih sempat diselamatkan. hanya bahagian daun sahaja yang hangit.
rupa ketupat sebelum hangit :P
selalunya kami akan beraya di rumah adik ayah dahulu (makcik saya). juadah raya di rumah makcik saya lebih 'eksotik' - rendang landak. agak sedap juga kerana daging landak tidak banyak lemak dan tidak liat seperti daging lembu. selalunya kalau ada rendang daging 'eksotik' (rusa, landak dll.), emak dan ayah akan senyap dan membiarkan kami tiga beradik makan. bila sudah selesai baru emak tanya 'tahu daging apa ni?'. kata ayah, kalau cerita awal-awal nanti kami tiga beradik tak mahu makan hihi~ :P
duit raya
saya tidak ingat bila kali terakhir saya mendapat duit raya. ada siapa siapa yang sudi beri duit raya untuk saya? huhu~
semenjak tahun lepas, saya sediakan bajet duit raya dalam Microsoft Excel hoho~ lebih mudah mengira dan mengagak agak. selalunya saya beri duit raya kepada budak budak yang masih sekolah/belajar. juga pada pakcik makcik yang telah pencen.
kad raya
tahun ini saya tidak dapat kad raya :( (sama juga seperti tahun lepas -_-")
hanya dapat ucapan yang dilayang melalui emel. tahun ini saya tidak hantar kad ucapan bergambar yang dikirim melalui emel. kad sudah siap tapi belum emel. malas. :p
kaya
haha~ ini hanya akan jadi kenyataan kalau saya dapat mengumpul duit raya seberapa banyak yang mampu :P
ya kun kaya? kalau YAKIN KAYA, pasti kaya hehe~ :D
oh, yang pertama di sini bukan bererti tempat pertama dalam pertandingan. bukan.
yang pertama di sini adalah yang pertama dalam hidup.
bagi saya yang pertama biasanya manis. atau indah. atau sedap. mungkin kerana perasaan teruja. contohnya pertama kali makan hotplate sizzling yee mee, saya rasa sangat sedap. dan itu satu satunya sizzling yee mee paling sedap yang saya pernah rasa. selepas itu dah tak jumpa lagi sizzling yee mee yang sesedap itu :(
ataupun seperti kali pertama minum di resepi rahsia (tidak ingat nama minuman itu). rasa sungguh manis dan berkrim. manis seperti dilamun cinta.
pertama kali memandu kereta (semasa baru mula mula belajar), rasa seronok dan teruja apabila merasai kereta itu bergerak. sekarang ini perasaan memandu sudah tidak seseronok kali pertama. adakala rasa lebih selesa jika duduk di tempat penumpang. semuanya kerana rasa geram dengan sikap tak sopan sesetengah pemandu.
pertama kali mendapat kereta sendiri, rasa seperti tidak percaya. seronok dan gembira juga. kalau boleh, malam malam mahu saja tidur dalam kereta hoho~ saban minggu saya mandikan kereta. tapi sekarang... masih lagi gembira tapi sudah jarang memandikan kereta. bukan tidak sayang lagi, tapi rasa geram kerana habuk habuk dari tapak pembinaan tak jauh dari pejabat akan melekat pada kereta. dan kereta akan kelihatan kotor seperti setahun tidak mandi -_-"
semasa kanak kanak dulu, pertama kali mendapat gaun dari ayah, rasa seronok dan gembira. gaun hijau itu tidak mewah. tapi saya suka dan saya tidak lupa sampai sekarang. kerana itu satu satu gaun yang ayah belikan (ayah lebih suka membeli baju-t dan seluar untuk saya).
pertama kali membeli kamera seingat saya, saya tidak teruja. masa itu harga kamera digital kompak sangat mahal dan tidak mampu dimiliki pelajar seperti saya. saya hanya membeli kamera filem. masih ada lagi dalam simpanan. mungkin akan jadi artifak untuk ditunjuk pada cucu cucu kelak. hoho~
kali kedua saya membeli kamera (atau mungkin saya perlu lebih spesifik - pertama kali membeli kamera jenis digital), rasa teruja dan tidak percaya. seperti mimpi saja. begitu teruja sehingga saya terlupa bertanya beberapa soalan penting. dan saya terlupa untuk mencuba kamera itu di kedai -_-" tak apalah... saya gembira dengan kamera dslr yang pertama milik saya itu :)
eh, ini cerita tentang kali pertama. hoho~ kali kedua membeli kamera, tapi kali pertama memiliki jenis dslr. boleh juga ya?
ya, yang pertama itu biasanya manis. seperti kali pertama jatuh cinta.
ya, akhirnya saya berjaya menamatkan induksi selepas berpenat lelah dan berdepan pelbagai peristiwa. tahniah kepada diri sendiri.
saya pergi induksi tanpa perasaan. dan pulang dengan perasaan yang bercampur-baur.
3 hari pertama sangat seronok. kami main macam-macam permainan. salah satunya permainan mafia. saya sangat suka. sebabnya, saya dilantik sebagai mafia. hoho~ bila terima arahan kami mafia-mafia yang diberi mohor 'M', perlu bunuh orang-orang kampung. kemudian orang-orang kampung perlu menangkap mafia yang menyamar. satu-persatu mafia kecundang, hingga tinggal saya seorang. kata kawan saya, urusetia (yang juga ketua mafia) sendiri yang meng'kantoi'kan saya. sebabnya, dia sebut 'MUKA YANG TAK BERSALAH'. semua mata bertumpu pada saya. sebab mereka kata muka saya muka baik dan tak bersalah -_-"
walaupun kantoi, tapi saya seronok. malah nama 'mafia' itu lekat pada saya.
mungkin saya perlu buat muka seperti ini supaya tak kantoi hoho~
saya ini naif orangnya (dan agak bodoh juga -_-")
ada seorang urusetia yang menghantar pesanan ringkas pada hp saya. saya layan main-main saja. sungguh saya tak tahu dia itu suami dan bapa orang. bila saya tahu, terus saya tak layan. lagi pun saya rasa urusetia tak patut mengganggu peserta seperti itu. aneh dan janggal. boleh menjadi skandal.
selepas seminggu, saya terpaksa berpisah bilik dengan kawan saya. rasa sangat sedih (tapi sekejap saja hoho~ sebab selepas itu saya juga menumpang bermalam di chalet itu). kawan saya itu berpindah ke chalet yang lebih selesa. lengkap dengan pendingin hawa dan encik tivi. bilik air juga selesa. tak seperti kami yang bersesak dalam dormitory dengan bilik air berbau lipas.
baru beberapa minit kawan saya berpindah, sesuatu berlaku pada saya. hari itu jumaat. peserta-peserta lelaki beragama Islam semua pergi solat jumaat. peserta-peserta perempuan mengambil kesempatan waktu rehat itu untuk berguling-guling di katil atau membuat hal masing-masing. saya menyidai pakaian di ampaian.
waktu itu saya ternampak 3 ekor beruk menghampiri dorm saya. usai mengampai, saya mahu naik ke dorm tapi dihalang seekor beruk di tangga yang mengintai tong sampah di situ. beruk itu menyeringai menayang gigi tajamnya. saya buat tak tahu sebab saya tak kacau beruk itu. entah apa malangnya, beruk itu menerpa ke arah saya. saya bertempiaran lari dengan sandal bertumit. langsung saya tanggalkan sandal itu. berlari berkaki ayam sambil menjerit. malang sekali tiada adiwira yang muncul menyelamatkan saya (semua adiwira berpotensi sedang solat jumaat).
gigi rosak? tak de...
sampai di pintu dorm, saya dapati pintu dorm berkunci. sampai hati budak-budak dorm saya. memang pentingkan diri. sudahlah tak keluar membantu, malah mengunci pintu. selepas bertalu saya ketuk, baru dapat masuk. tergigil-gigil tangan segala. mujur ditenangkan oleh seorang peserta.
walaupun takut, tapi akhirnya saya boleh gelakkan peristiwa itu. sudah menjadi cerita lucu yang akhirnya tersebar ke telinga peserta lelaki. malah ada yang mengatakan 'mafia kena kejar beruk'. haha~ waktu itu hilang segala mafia. hanya seorang perempuan lemah.
beberapa hari kemudian, kawan satu dorm saya kata dia terserempak 3 ekor beruk tapi tak dikejar. sungguh bernasib baik. ada orang kata, beruk suka pada perempuan. saya terfikir, mungkin sebab kawan dorm saya itu sudah berkahwin, jadi beruk2 itu tidak berminat nak mengejar. tambahan pula, beruk2 yang dia terserempak itu seekor jantan, betina dan seekor anak beruk. lain pula dengan beruk yang mengejar saya. mungkin beruk itu tahu saya ini bujang lagi haha~ pandai2 saja saya buat teori.
akhirnya, tiba juga penghujung induksi. malam itu, kami buat makan-makan diiringi persembahan dan disudahi dengan karaoke. memang rasa terhibur. hampir pukul 1 pagi saya pulang ke dorm. budak dorm saya memberi amaran ada tebuan2 di atas lantai. saya berniat mahu mengambil kertas untuk membuang tebuan-tebuan itu. entah apa malangnya, saya terpijak seekor tebuan dan disengat. sakit. mujur ada kawan-kawan dorm yang tolong buang sengat. terima kasih semua. kawan dorm saya hubungi urusetia. saya sangat terharu kerana urusetia itu terus berkejar menghantar saya ke hospital tentera. terima kasih banyak-banyak buat semua terutamanya urusetia itu.
itulah sebahagian warna induksi saya. ada lagi cerita tapi saya simpan sendiri.
Maaf, hari ini bukan hari jadi saya yang kesepuluh. Bukan juga ulang tahun perkahwinan saya yang kesepuluh (saya BUJANG lagi. Diulang B-U-J-A-N-G). Hari ini adalah ulang tahun hari pertama saya menjejak kaki di UTM; tempat di mana saya kenal sahabat-sahabat saya hari ini.
Hari ini makcik jadi sentimental sikit :’) Makcik nak buka kotak kenangan yang dah berkarat. Niat makcik bukan nak menyinggung hati sesiapa. Cuma ingin mengenang nostalgia zaman muda dolu-dolu. Harap jangan terasa ya.
Sepuluh tahun dulu, saya baru kenal dunia kampus dan hostel. Rasa seperti sudah tua walaupun saya masih muda lagi (saya memang perasan muda). Teman sebilik saya yang pertama, orang Klang kalau tak silap saya. Ayu Harris namanya. Tapi sekejap sahaja jadi teman sebilik. Kemudian saya bertemu Aida. Rasa serasi dan saya minta bertukar bilik dan menjadi teman sebilik Aida. Masa itu, saya masih mentah lagi. Saya tak sedar tindakan saya bertukar bilik itu membuat orang terasa. Jadi saya minta maaf jika ada yang terasa dengan saya.
Sejak itu, teman sebilik saya tidak pernah bertukar. Lima tahun di UTM, lima tahun itulah saya berkongsi bilik dengan Aida. Macam-macam yang kami kongsi. Dari suka duka hinggalah gula, teh, sos dan tv, semua kami kongsi. Bila Aida dapat motor, selalu kami merempit ke CP, Jusco, Skudai Parade, dan paling jauh sampai Plaza Angsana. Kadang-kadang bila teringin makan KFC, sayalah yang diajak merempit. Paling tak lupa, dengan motor itulah Aida hantar saya ke klinik waktu kaki saya sakit bernanah. Terima kasih, Aida. Tapi saya bukan teman sebilik yang baik. Saya selalu ‘ghaib’. Ke mana? Saya merempat ke bilik teman sekepala, Ha.
Saya jenis yang lambat bersiap. Jadi selalu kena tinggal dengan Aida. Sebab itu Aida pesan pada Ha tolong babysit temankan saya pergi kuliah. Tambah pula frekuensi gila-gila Ha lebih kurang saya, jadi kami ngam. Macam-macam yang kami buat sama-sama. Buat tugasan sama-sama, makan sama-sama, beronggeng sama-sama, berjangok sama-sama, layan CD cetak rompak sama-sama, tidur sama-sama (jangan salah tafsir ya), even ponteng kuliah pun sama-sama (ops, kantoi...). Apa yang tak sama, mungkin rupa fizikal kot. Dia kurus tinggi, saya montel dan rendah :P
Masa permulaan minggu orientasi, saya sentiasa bersendirian. Saya berat mulut. Bukan sombong, cuma pemalu. Masa minggu orientasi itu saya jumpa Zana. Katanya nama saya macam nama kawan dia, Wani I. Mula dari situ, saya kenal geng-geng budak Pantai Timur termasuklah Wawa. Zana ibarat kak long saya. Dengan dialah saya boleh bermanja menggeletis. Tapi tengok time. Kalau dia sibuk sangat jangan harap nak menggeletis. Zana ni antara kawan baik teman sebilik saya, Aida.
Wani I. Kami berkongsi nama panggilan yang sama. Sama-sama anak kedua dalam keluarga, tapi adik-beradik dia lebih ramai. Kami sempat berkongsi majikan sama walaupun sekejap. Masa tahun akhir di UTM, dia biasa bertandang di bilik saya dan Aida.
Wawa. Saya dan kawan-kawan suka panggil dia Ustazah Wawa. Dia pendiam tapi tahap lawak memang boleh tahan. Bagi saya dia misteri. Apa-apa pun dia masih kawan saya J
Yang lain-lain saya tak ingat macam mana kami berkenalan. Minta maaf ya, ingatan makcik tak power macam dulu.
Nalin. Ada orang cakap muka kami lebih kurang sama dan pernah juga orang terkeliru antara saya dan dia. Tapi dia selalu cakap dia lebih lawa dari saya. Saya ni kan budak comot. Hari-hari saya jumpa dia. Yalah, dah satu pejabat. Dia suka benda comel-comel, dan saya masih ingat, bilik dia didominasi warna ungu atau hijau – warna kegemaran dia. Masa itu, hanya dia dalam geng kami yang ada kereta. Jadi dengan dialah kami tumpang beronggeng, pergi makan di luar bila jemu makan di cafe kolej, dan dengan dialah saya tumpang balik rumah J Saya juga pernah tumpang kereta dia pergi kuliah. Dan satu hari, ada orang tinggal nota cinta untuk saya di cermin kereta Nalin. Itu adalah pertama kali saya mendapat nota tak bernama.. dan kali terakhir sebab saya ni tiada peminat huhu~
Umi. Dia pun antara kawan saya di bawah majikan yang sama. Cuma jarang jumpa sebab cawangan lain-lain. Waktu tahun-tahun akhir di UTM, saya selalu berdating dengan Umi di perpustakaan. Misi utama – belajar; misi sampingan – cuci mata; misi mustahil – buat konsert. Umi ramai kawan dan salah seorang kawan dia yang rajin bertandang ke perpustakaan macam suka pada saya (kan saya dah beritahu, saya ni perasan). Tapi bunga-bunga cinta tak sempat berputik. Haha... cerita lama. Tak penting untuk dikenang. Umi antara kawan yang boleh layan saya merapu, sampailah sekarang. Terima kasih ya Umi kerana sudi melayan ku merapu.
Mina. Dia kawan saya paling cute dengan kulit putih dan badan comel-comel. Tapi kali terakhir saya berjumpa dia, dia sudah kurus. Dia baik dengan semua orang dan ramai kawan.
Baiti. Sweet and kind. Bagi saya dia antara budak pandai. Kagum. Bilalah saya boleh jadi pandai macam dia?
Roq. Comel-comel orangnya. Saya kenal dia masa Tahun Satu di UTM. Geng dengan Baiti.
Yang tak tersenarai tu jangan kecil hati ya. Makcik bukan semakin muda. Kotak kenangan pun dah berkarat.
Ada banyak lagi kenangan, tapi saya nak keep it personal. Buat layan time jiwang-jiwang atau time gelak sorang diri (saya waras lagi cuma suka mengenang kisah dulu-dulu).
Buat semua kawan-kawan: terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya. Kalau ada kata-kata, tingkah laku atau perbuatan saya yang mengguris hati, saya minta maaf banyak-banyak. Saya hanya manusia biasa. Sudah sedekad rupanya kita berkawan. Semoga persahabatan kita berkekalan.
hujung minggu kali ini manis dan wangi. hari itu, budak perempuan montel yang selekeh menjelma menjadi perempuan lawa. semuanya kerana pertolongan si pari-pari yang menempek serbuk-serbuk magik di wajah budak selekeh itu. sungguh budak perempuan itu tidak percaya melihat pantulan mukanya di cermin. berubah 360 darjah. macam anak itik hodoh menjadi angsa cantik.
budak perempuan itu menunggang kuda hitam berteman pari-pari selepas jenuh menunggu putera kacak menunggang kuda putih yang entah bila akan muncul. barangkali lesen menunggang kuda putera sudah luput sebab itu putera tak muncul.
ini bukan putera idaman budak perempuan selekeh. sekadar gambar hiasan.
budak perempuan itu sangat kagum melihat istana yang besar dan mewah itu. seumur hidupnya, itulah istana paling glamer yang pernah dia jejaki. sempat budak perempuan itu berangan bagaikan puteri. memang benar-benar puteri. puteri tidur - itu gelaran yang diberi kawan budak perempuan itu kerana salah satu kesukaan budak perempuan itu adalah tidur.
dalam latar putih suci dan merah jambu yang manis, mata budak perempuan itu menangkap susuk tubuh putera bersut putih dan berdada bidang. kacak. begitu asyik budak perempuan itu merenung sehingga tidak sedar air liurnya menitik ke dalam gelas dan bersatu dengan air merah berperisa nenas.
sayang sejuta kali sayang. putera langsung tak menyedari kewujudan budak perempuan itu dalam perhimpunan manusia di istana itu. budak perempuan itu sedar diri. tubuhnya yang montel dan rendang manakan mungkin dapat menarik perhatian putera. tetapi budak perempuan itu tetap bertekad untuk mendekati putera walaupun sekadar dapat mencium wangi ketiak putera pun sudah memadai.
budak perempuan itu cuba bersabar. bersabar menunggu peluang mendekati putera. putera begitu sibuk melayan tamu. sekali-sekala putera melempar senyum pada hadirin yang membuatkan budak perempuan itu terpesona dengan kemilau putih gigi putera yang mungkin hari-hari ditenyeh ubat gigi cap kolget.
tetamu mula beransur pulang tapi budak perempuan itu masih belum mendapat peluang untuk mendekati putera. budak perempuan itu tak mahu terburu-buru kerana dia tidak mahu putera itu lari menjauhinya.
dalam sabar menunggu itu, mata budak perempuan itu tak lepas memandang bunga-bunga ros merah, merah jambu dan kuning yang bertebaran di seluruh istana. wangi bunga ros seolah-olah mencucuk hidung budak perempuan itu menariknya mendekati bunga-bunga ros seperti lembu dicucuk hidung.
sedang asyik melayan bunga ros, pari-pari berbisik. serbuk magik semakin pudar magiknya. dan serbuk magik mula bersememeh di bawah mata. saling tak tumpah seperti solekan emo. budak perempuan itu resah. dia tak mahu kelihatan hodoh di depan putera.
saat itu baru ingatannya terpaling dari bunga ros mengingati putera. ke mana hilangnya putera? budak perempuan itu ingin mencari putera tetapi ditahan oleh makcik yang menjual balang ajaib. riuh mulut makcik itu mempromosi balang ajaibnya tetapi budak perempuan itu tidak berminat. hati dan fikirannya hanya pada putera.
tapi jejak putera tidak dapat dikesan. sedih dan kecewa. susah payah budak perempuan itu menahan air mata dan hingus yang mengintai dari celah lubang hidung. dia tidak mahu imej perempuan lawa menjadi perempuan lawak. budak perempuan itu memetik tiga kuntum ros dalam tiga warna untuk memujuk hatinya yang lara. harapannya semoga haruman ros itu mendekatkan hatinya dengan putera.
tiga kuntum bunga ros mula layu dahagakan air. pari-pari merendam tangkai ros dalam air magik untuk melambatkan bunga ros layu. hati budak perempuan itu begitu kepingin membawa bunga-bunga ros pulang bersamanya tapi budak perempuan itu bimbang bunga-bunga ros akan rosak semasa dia menunggang kuda hitam. dengan berat hati budak perempuan itu terpaksa meninggalkan bunga-bunga ros di teratak comel milik pari-pari selepas pari-pari berjanji untuk menjaganya.
budak perempuan itu memacu laju kuda hitamnya. ingatannya melayang pada putera kacak berdada bidang. kuda hitam pantas berlari meninggalkan teratak pari-pari. dan meninggalkan wangi bunga ros yang melekat di hati.
saye ade kesukaan baru! haha... mcm penting sgt nk hebah kt sini... tapi ini belog saye, saye boleh tulis ape2 je walaupun bende remeh :P ape kesukaan baru saye? saye suke snorkelling! haha... mungkin bagi org lain 'x heran la...' tp bagi saye yg baru pertama kali mencuba :') rase sgt sgt sgt sgt sgt seronok! pertama kali mencuba snorkeling di pulau mabul. mule2 rase agak kekok dan susah nk bernafas melalui mulut. entah berape kali terminum air laut yg masin. lame2 baru ok. pulau mabul mmg cantik dgn laut yg jernih, nmpk dasar laut. saye x nk cerita lebih2 sebab nk save cerita tu utk belog baru (smp skg x buat lg T_T) saye & kwn2 smpt snorkeling di kapalai... subhanallah... mmg sgt sgt cantik. rase spt berade di dunia lain dgn ikan dan hidupan laut aneka warna. tp rase menyesal x pakai contact lenses (saye Gadis Kaca Mata a.k.a Gadis RABUN :D). saye cume nampak kabur2 tp masih dpt melihat ikan berenang2. tp sekejap sgt snorkeling di kapalai. TAK PUAS! huhu... rase nk cuti2 lg kt lain2 pulau kt m'sia yg ade port snorkelling yg cantik, cun, best dan yg sezaman dengannye... s.e.r.o.n.o.k! saye ade google ttg snorkelling. ini link2 yg saye sempat tgk : http://www.snorkeling.info/snorkeling-equipment/index.html http://www.diving-malaysia.com/scuba_mask.htm http://www.snorkelingonline.com/
waktu godek2 fesbuk aku, tergerak ati nk bukak msg dr sorang skool met mase skola rendah dlu. dia suh aku tag name aku dlm gamba klas mase darjah 4 dlu..bile aku tgk gamba 2 t'igt zaman skola rendah dlu2...huhu...actually muke aku x de dlm gamba klas darjah 3 ngan darjah 4. aku x dtg kot time tu... tp aku dh tag name aku kt gamba darjah 1 ngan darjah 2... hihi...klaka plak bile tgk balik sume pics tu... dlu aku free hair mase darjah 1 ngan 2 (opss, kantoi..hehe)... x igt aku start pakai tudung darjah brape, darjah 3 ke 4...tp takat pegi skola je la... blk umah campak tudung..haha...msuk darjah 6 aku start pakai skaf bile kuar umah. skaf yg lipat 3 segi pastu ikat cam pesen bandana tu...time tu popular la... aku de bace komen2 dak2 kelas aku dlu..haha...funny2... time diorg sbut name2 dak kelas, name aku x de pn...isk...isk.. diorg x igt aku kot...ye le, aku bkn glamer pn zaman skola... biase2 je.. bukan budak pandai dlm klas pn.. yg klaka tu diorg smpt lg kutuk2 cikgu yg garang mase darjah 1 ngan 4... heheh... mmg garang, tp aku dh lupe kebanyakan kisah zaman skola rendah dlu... klau diorg ckp ramai kne lempang ngan cikgu darjah 1 ngan 4, aku lak yg aku igt kne lempang ngan cikgu darjah 2. puncanye? sebab aku silap tulis jawapan. ye la 2 x 3 = ? aku g tulis gini " 2 x 3 = 5"... wakakakaka.... tp aku rase cikgu tu x fair la, sbab ade sorang klas met aku wat salah gaks, tp cikgu x lempang dia, cikgu tegur lembut2... tau x sebab ape? x silap aku, klas met aku tu anak cikgu, tp x igt cikgu mane? giler la dia nk lempang anak member dia... huhu... dr situ aku blaja, klau ade cable baik pny, anda selamat! huhu... ape2 pn time kasih la kt cikgu tu... klau x, smp skg x pandai math. pastu, mase darjah 4 aku pnh kne ketuk kepale ngan rotan...hehe...ketuk perlahan je... sebabnye aku silap paham cikgu ckp... aku kn dh x brp dgr time tu... x silap aku, cikgu tu suh sape2 yg dpt markah teruk dlm subjek yg dia ajar (x igt subjek ape) beratur kt depan, sebab dia nk rotan... aku yg innocent x mengerti ape2 pn pegi la beratur same... mase tu, aku dpt gred B kot...aku igt sape2 x dpt A yg kne rotan... mase beratur tu, tgk la sorg2 kne rotan kt tapak tangan... uiks, sakit tuh... bile turn aku, cikgu tny gred aku, aku ckp B.. cikgu ngan muke cam nk bengang + cam nk gelak, letak rotan kt kepala aku, ketuk2 skit, pastu suh aku duduk... hahahaha... malu siot... tp mase tu budak lg... mane la tawu... darjah 5 aku dh start minat budak klas aku...haha, bkn sorg, 2 org aku minat skali gus...tamak2... muahahaha...tp skg ni tah mane diorg pegi...dh kawen ke lom... yg sorg tu, last time aku nmpk mase msuk skola menengah...yg sorg lagi ilang...mase darjah 6 dia pindah mane tah... darjah 6 plak kitorg de UPSR... mase tu 4 subjek je, bkn cam skg 5 subjek... aku igt lg mase tgk result tu, aku tgk ngan sorang member aku... mase tu name sort ikut score... name2 yg dpt straight 4A dia tampal paling atas, next yg dpt 3A 1B, dan seterusnye... aku cari la name aku dlm list yg dpt 3A 1B sebab result trial aku camtu... tp x jumpe...aku tgk lg... x de gak...mase tu dh cuak, nk nangis dh...air mate hampir bergenang... dlm ati aku rase aku gagal la... abis la aku kne pakse kawen (ini khayalan semate2...x kn mak ayah aku nk kawenkn aku time tu kot...)... dlm saat syahdu tu tetiba kawan aku mengucapkn kate2 keramat, "fuiyooo... #xxxxxx (name panggilan yg kedengaran agak rasmi dan skema skit, sape yg kenal aku tu tawu la) dapat 4A".. wahhh...cam x percaye je... huhu...then ade budak laki klas aku ckp (aku x igt sape), dlm kelas aku tu aku sowang pompuan yg dpt straight 4A, yg lain2 dak laki yg dpt. mase tu x tawu la perasaan aku. epi kot sebab x jangka... tu antara secebis cerita yg aku igt2 lupe mase zaman skola rendah dlu... ade byk lg tp dh lupe / blur... maklum la dh lame... member2 skola aku tu pn ade yg dh kawen, dh ade anak... ade gaks yg single mingle lagi tp cam x available je...huhu...
epi new year! walaupun x brp new lg...dh sminggu dh pn.
sbnrnye x de perasaan pn nk celebrate new year. cuti thn baru aku g tugu negara, bwk cousins aku. actually aku x tau pn jln nk pegi tugu. yg aku taw, tugu tu x jauh dr opis aku. (ni le org kl yg x taw jln kt kl huhu~)
memule ktorg g area tmn tasik perdana. kt area tmn burung tu. then, aku tny le org camne nk g tugu. pakcik tu ckp klau jln kaki 2 minit smp. huhu~ x kn la aku nk tgglkn keta aku kt situ. aku tny le, x leh bwk kete ke? pakcik tu ckp, klau brani wat la u-turn dkt2 parlimen. aku sbnrnye x brp paham nape pakcik tu ckp camtu. bukan ke kite leh wat u-turn kt area tu?
mase aku drive tu baru le aku paham nape pakcik tu ckp camtu. rupenye jln tu bukan utk u-turn. aku tgk line clear, aku wat je la u-turn. kire mujur la x de kete lain time tu. huhu~
at last, sampai gak la ktorg kt tugu tu. punye la sakan kitorg bergambar, wat posing mcm2. ade gak org tgk, tp wat x taw je la. bkn knl pn. pas ni x jumpe lg dh.
dh puas kt tugu, kitorg gerak p rawang plak. aku de janji ngan sowang lg cousin aku nk dtg tlg dia jual nasi lemak kt umah kakak dia. sbnrnye aku igt2 lupe je simpang nk masuk umah akak sepupu aku tu sebab x de sign board. belasah je la. klau sesat di hujung jln, kembali la ke pangkal jalan. at last, sampai gak la umah akak sepupu aku tu. aku dh cuak sbnrnye. dh la nk maghrib time tu.
mlm tu dh start prepare mknan nk jual esok pagi. aku tlg la wat karipap tp takat kelim je la. huhu~ diorg ckp aku kelim karipap cantik. blaja dari mak long, mak aku ngan makcik aku dlu. dh siap sume, tdo la..penat berjalan sepanjang ari..
pagi2 kul 5 aku dh tercium bau nasi lemak. sedapnye... tp still rase ngantuk lg. aku baring2 jap pastu br bgn tlg diorg.
aku ikut gak la pegi gerai cousin aku. kt simpang jln. sambil2 tunggu customer kitorg borak2. dh lapo kitorg mkn nasi lemak. hihi~
sewonok gak la tp penat woo~ start awl mggu ni, cousin aku tu wat sorg2 sebab biz partner dia (sowang lg cousin ktorg) dh msuk U. sian dia... aku nk tolong pn x leh sebab aku pn kne g keje.
huhu pjg tul aku tulis ni. yg sbnrnye aku borink. ni keje melambak2 urgent plak tu. tp aku dh pening dh ni. layan blog lg best...huaaaaaaaaaaa.......
tolon! tolon!