Showing posts with label blues untuk aku. Show all posts
Showing posts with label blues untuk aku. Show all posts

Friday, March 22, 2013

telinga berkuasa bateri juga tidak dapat membantu

setiap kali telefon di mejanya berdering dia berasa fobia.
fobia untuk menjawab panggilan.
jika bernasib baik, dia boleh dengar sikit-sikit percakapan pemanggil di hujung talian lagi satu.
dia akan meminta maaf di atas kekurangannya dan memberi nombor telefon pegawai lain kepada pemangil.
jika tidak bernasib baik, pemanggil akan marah-marah walaupun dia sudah terangkan kekurangan dia.
entahlah.
lepas itu, dia pasti rasa down. dan berasa tidak berguna.
dan tiba-tiba dia teringat kata-kata perempuan berwajah garang empat tahun dahulu.
"you tak sepatutnya masuk sini. diorang sepatutnya tempatkan you kat kementerian atau tempat lain."
kata-kata yang membuatkan dia berasa tidak dialu-alukan.
hari ini dia berasa seperti kata-kata itu memang betul.

ah.. betul-betul down.


Wednesday, February 13, 2013

bukan dalam kasut yang sama

dia berasa agak janggal.
kerana dia berbeza.
berbeza kerana dia dalam kasut yang lama. kasut yang sama.
sedangkan yang lain sudah berkasut baharu.
dia berasa malu juga.
kerana rasa malu itu, dia selalu ingin menyorok.
kerana dia tahu.
dia bukan dalam kasut yang sama.
seperti mereka.

teringin nak ada kasut merah macam ini. hoo~
(gambar ambil dari pakcik gugel)


Tuesday, January 29, 2013

diam

diam.
adakalanya diam lebih baik andai tutur bicara yang diluahkan bisa mencederakan hati dan perasaan.
adakalanya diam lebih baik saat amarah menguasai supaya tutur bicara yang terluah tidak menjadi seperti paku di dinding. meski dicabut paku, kesannya kekal dan dinding menjadi hodoh berlubang tidak sama seperti asal.
tetapi adakalanya diam boleh menyeksa.
membuat orang tertanya-tanya.
kerana kita hanya manusia biasa yang tak mampu menebak isi hati dan fikiran orang lain.
bersuaralah. andai diam hanya menyeksa. andai diam tidak dapat menyelesaikan masalah.
bersuaralah. 
kerana manusia itu bukan dicipta untuk hidup bersendirian di dunia ini.

Sunday, June 10, 2012

pelukan

minta pelukan gambar dari pakcik google

rasa-rasa sudah agak lama tiada orang memeluk saya dengan erat dan lama. serius, saya rindu pelukan. dan saya rindukan waktu di mana teman sebilik di UTM dahulu memeluk saya dengan erat. dan lama. ada ketenangan di situ.

saya rindu pelukan :(

nota buat hati

hati, tabahlah...
rasa mahu bina empangan yang kukuh di tubir mata. supaya tiada lagi air mata yang melimpah.
rasa mahu bina perisai besi untuk hati. supaya hati lebih kebal dan tak rapuh.

Allahu Rabbi...
sihatkanlah ayah ku. Sangat sedih melihat keadaan ayah yang semakin susut. dan uzur. serta berilah kekuatan dan ketabahan kepada ibu ku untuk berbakti kepada ayah. (dan sihatkan hati ku. moga sentiasa tabah dan redha dengan takdir-Mu.)

kesedihan seperti awan mendung yang akan berarak pergi.
dunia ini sementara; kesedihan jua. positif! positif!

ya, percayalah. kesedihan tidak kekal.

suatu hari, apabila saya gembira kelak saya berharap saya tidak hanyut dalam kegembiraan itu. kerana saat kita gembira, ingatlah ada hati yang berduka. saat kita tertawa, ada mata yang menangis.

dan suatu hari kelak saat saya menghirup manisnya bahagia, saya berharap saya tidak hanyut dalam nikmat itu. kerana tika itu, mungkin ada yang sedang bergelut dalam kepayahan. atau mungkin sendirian menanggung kesakitan. semoga kesedihan dan kesukaran hari ini mengajar diri saya untuk menjadi lebih baik.

sabar dan tabahlah, duhai hati.

Wednesday, June 6, 2012

non-halal

"merindui yang tidak halal bagimu adalah zina hati."
sedih je baca ayat ni.
beruntunglah mereka yang dapat merindui yang halal.

Saturday, May 12, 2012

Monday, April 23, 2012

mungkin begitu, mungkin begini

mungkin dalam hidup ini kita terpaksa membuat sesuatu yang kita tak gembira supaya orang lain gembira sedang hati kita yang akan cedera.

atau mungkin kita patut jadi kejam supaya hati kita gembira dan hati orang lain cedera.

dua-dua pilihan yang tak best. pffffffffttttttttttttt~ *muncung*

gambar ihsan pakcik google yang hensem

p/s : baru sedar bilangan follower yang ciput telah berubah angkanya. tak sangka kak lily sudi follow blog cabuk ini sedang saya hanya pembaca senyap blognya. terima kasih sudi follow :)


Sunday, January 29, 2012

soalan #1

"muktamad?"
satu soalan emak yang buat aku goyah dan ragu-ragu.
sememangnya aku tiada jawapan kerana aku takut pilihan yang aku ambil bukanlah pilihan yang tepat.
aku tak mampu menanya pada sesiapa pun.
kerana jika kita tanya manusia, kita akan mendapat pelbagai jawapan. adakalanya mendapat jawapan yang tidak memuaskan hati kita.
tapi jika kita tanya Allah, Dia pasti ada jawapannya.
kerana Dia Maha Mengetahui.

Saturday, December 10, 2011

tangisan dalam tawa

esok, insyaAllah saya akan bergraduasi. Alhamdulillah.
gembira dan teruja. itu sudah pasti. 5 tahun berjuang untuk sekeping ijazah. pastinya hari graduasi adalah hari yang berbahagia buat seorang pelajar.
yang sebenarnya ini adalah konvokesyen kedua saya. bukan sarjana. sarjana muda yang kedua. ya, saya akan memiliki dua sarjana muda dalam bidang berbeza. insyaAllah. pelik? hohoho~ saya memang pelik-pelik.
di sebalik kegembiraan dan keterujaan itu sebenarnya saya menangis. ada hajat yang tidak kesampaian. bila menyelak kembali perancangan yang direncana untuk tahun ini, bulan disember diisi dengan konvokesyen. bukan bersendirian, tetapi bersama suami. malangnya, itu tidak berlaku. perancangan berkaitan akademik hampir menepati sasaran. tetapi perancangan yang lagi satu itu memang jauh tersasar. saya sudah menjangka mungkin ada tentangan tetapi saya terlupa itu dan saya tidak memasukkan faktor itu dalam perancangan.
sedih? itu sudah pasti.
tapi saya sedar. saya hanya manusia biasa. perancangan Allah SWT itu lebih cantik. saya baca kembali catatan saya di penjuru perancangan tahun 2011 itu.
Ini hanyalah perancangan untuk menetapkan matlamat hidup. Kita hanya mampu merancang, Allah SWT jua yang menentukan.
Dimulakan dengan merancang, dijayakan dengan usaha dan penghujungnya adalah tawakkal.
redha sahaja. mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti. harapnya.

gambar ini hasil carian dengan google


Sunday, October 30, 2011

ouch~~


reading the article makes me feel as if i was slapped right in the face.
you already know it's wrong, dear but you still choose the wrong path. why? is it because i'm too weak to avoid. or i'm too stubborn? or i'm scared. scared to be left alone while the peoples around have meet their soul mates?
source : google images
o, Allah. You knows it's never easy for me to face all of this. You always show the truth. in so many ways. perhaps i'm too fool to learns. or too weak to changes.


Tuesday, October 25, 2011

jiwa kacau dodol - bahagian ketiga

*jiwa kacau dodol versi emo.

hari yang berbahagia bagi sesetengah orang mungkin bukan hari yang bahagia bagi orang lain. aku amat faham itu. pada waktu ada yang gembira menyambut kelahiran cahaya mata, ada yang sedang berduka kerana orang yang disayanginya dijemput pulang ke pangkuan penciptanya. pada waktu kita bergelak tawa bersama teman, ada yang sedang menangis sendirian. pada waktu ada yang gembira disatukan dengan pasangan, ada yang berduka kerana berpisah dengan seseorang yang pernah menjadi pasangannya.

berpada-pada apabila gembira. tidak semua orang berkongsi rasa yang sama dengan kita.

sedih waktu orang lain gembira.
tidak dengki. cuma cemburu.

Sunday, September 4, 2011

jiwa kacau dodol - bahagian kedua

* tak habis lagi jiwa kacau dodol ni rupanya.

saya terjaga sebelum pukul 5 pagi tadi. dan seperti biasa saya pasti akan berfikir. mungkin hobi saya adalah berfikir. mungkin.
secara tiba-tiba saya teringat kepada sepupu emak. allahyarhamah sepupu emak sebetulnya. emak punya seorang makcik yang lebih kurang baya emak. dan arwah sepupu emak itu pula memang jauh lebih muda daripada emak dan lebih muda daripada saya juga. tidak silap saya, arwah meninggal dunia sewaktu berumur empat belas tahun. ya, empat belas tahun; umur remaja yang baru mahu mengenal dunia. dan saya pula ketika itu masih bersekolah menengah lagi.
sewaktu menerima perkhabaran pemergian arwah, saya berfikir - terlalu muda usia arwah, bagaimana ya saat sakaratul mautnya, bagaimana keadaannya dalam kubur dan berbagai-bagai perkara lagi. sekarang ini bila teringat balik tentang arwah, saya berasa insaf kerana saya telah lupa nikmat usia dan nikmat-nikmat lain yang Allah SWT beri. teringat surah ar-Rahman yang mengandungi ayat "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Astaghfirullahalazim.
apakah saya ini hamba yang tidak tahu bersyukur?
ah, saya ini jiwa yang celaru. sentiasa membuat perkara-perkara yang bertentangan. misalnya, saya tidak suka couple. kerana saya takut terjerumus dalam hal-hal couple - bermula dengan berpegang tangan, berpeluk pinggang... minta dijauhkan! tapi itu yang saya lakukan. couple meski belum sampai peringkat pegang tangan tapi sekeping hati yang dipinjamkan itu saya telah nodai dengan cinta. cinta yang bukan kepada empunya pemilik sebenar hati.
barangkali mereka yang telah dijemput pulang pada usia muda dengan hati yang masih bersih itu beruntung. kerana sekeping hati yang dipinjamkan itu belum ternoda.

Ya Tuhan, sungguh aku ini lemah!
masih mencari cintaMu tapi masih juga tamak menadah cinta kaum adam.

sungguh saya tak ingin bersendirian dalam hidup.

Friday, August 19, 2011

hati seorang ayah



saya sayang ayah.
walaupun ada kalanya lidah menutur kata tajam berbisa, muka mencebik bila tidak sependapat, hati sebal bila ada yang tak kena; tapi...
ayah tak pernah menengking, tak pernah naik tangan ke muka, tak pernah mengusir.
sungguh.. saya ini anak yang tak sedar diuntung.

maafkan saya, ayah :(

p/s : menjadi cacat itu bukan suatu pilihan. ia suatu takdir. redha.
p/s 2 : video itu saya lihat di facebook. sangat tersentuh.


Wednesday, July 13, 2011

entah

entah.
saya tidak tahu.
kebelakangan ini hidup agak tunggang langgang. sibuk. penat. tertekan. di pejabat - berderet-deret tugas perlu dibuat. di rumah - draf tesis + sistem yang tak serupa sistem menunggu diselesaikan. rasa tak mahu tengok semua-semua itu.
ohhh~ nak lari laju-laju. lari ke mana? macamlah saya kuat berlari. -.-'
dalam hidup ini rupanya saya banyak 'lari'. lari dari masalah. lari dari hakikat. dan lari dari matlamat.
oh, teringat. perancangan hidup tahun ini memang sudah jauh tersasar. lari dari landasan. dan tidak tahu bagaimana mahu memperbetulkan.
dan terfikir. apa nak jadi dengan hidup saya sebenarnya.
dan apa yang saya telah capai dalam hidup ini sebenarnya.
.
.
.
.
kita hidup di dunia hanya sekali.



Thursday, June 2, 2011

perpisahan

perpisahan.
tidak kira berpisah hidup atau berpisah mati, tetap akan mengundang kesedihan dalam hati.

pagi selasa itu, saya mendapat khabar teman sepejabat bakal bertukar ke cawangan lain. agak sedih juga. kerana selepas kekasih gelap berpindah, teman pejabat itulah tempat saya bergurau, keluar bersama, makan bersama. selepas ini hari-hari di pejabat saya akan kembali sepi.
saya tidak begitu mudah mendapat kawan baru. saya bukan jenis cepat mesra dengan semua orang. saya jenis berat mulut. diam. dan menyepikan diri.
tapi... hidup tetap perlu diteruskan.
manusia datang dan pergi dalam hidup kita. dan seperti selalu, saya ini selalu ditinggalkan.
sudah biasa.

petang rabu itu, usai perbincangan dengan bos, saya dapati ada mesej dalam peti mesej hp saya. kepalang terkejut saya mendapat berita ayah kepada kawan saya telah meninggal dunia. sedih. dan saya berasa amat kasihan kepada kawan saya itu. bertalu-talu ujian menimpanya saat dia sedang bergelut menyiapkan tesisnya. bersabar dan tabahlah, teman!
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah kawan saya itu dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


perpisahan.
tidak kira berpisah hidup atau berpisah mati, tetap akan mengundang kesedihan dalam hati.
tetapi berpisah mati lebih pedih lagi, kerana tiada lagi pertemuan di dunia yang fana ini.
sedangkan berpisah hidup, jika diizinkan Allah pastinya bersua kembali.



Tuesday, March 29, 2011

padam

kalaulah memadam dosa-dosa itu semudah delete files atau empty the recycle bin atau clear browsing history, alangkah...
tapi bukan begitu halnya.
bayangan dosa-dosa akan menjadi hantu yang mengekori seumur hidup.

takut.
dan kesal.

Tuesday, March 15, 2011

bakal menikah

ya, bakal menikah malam esok, InsyaAllah.

tapi bukan saya, ya. kawan baik saya :)
InsyaAllah pagi esok, mak ayah dan saya akan menuju ke kelantan untuk menghadiri majlis kawan baik saya itu. doakan perjalanan kami pergi balik selamat dan dilindungi Allah jua...

saya tumpang gembira kerana kawan baik saya itu akhirnya bertemu pasangan hidupnya. semoga mereka kekal bahagia hendaknya.

tapi saya juga berasa sedih. kerana selepas ini saya tidak boleh lagi melepak2 di rumah kawan baik saya sambil membuat bermacam-macam aktiviti - membuat cream puff, karipap, cup cakes, kek atau menonton dvd cerita yang manis (atau cerita 'gatal' hahaha~) atau keluar hingga malam pergi menonton wayang atau pergi menikmati western food... atau membuat aksi gila-gila dan selepas itu sama-sama ketawa :')

dan entah siapa ya yang akan melayan perangai gila-gila saya selepas ini.
tiba-tiba berasa sunyi. :(

Monday, February 14, 2011

langit dan laut

*bukan cerita kekasih gelap. maaf.
 
rasa mahu lari ke suatu tempat yang ada langit dan laut. dan segala-galanya biru. bersama matahari yang tersenyum dan awan yang bermain kejar-kejar dalam gerak perlahan.
dan membawa bersama mesin yang boleh mencuci hati. menyedut segala daki, kotoran, lendir yang terpalit supaya hati akan jadi putih suci semula. seperti bayi.