Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

melonjakkan semangat yang semakin merudum

perempuan bukan super itu mahu menjerit 'YOROSHI QUEEN' sambil meluruskan telujuk ke depan (mengikut gaya yoroshi queen dalam cerita jepun entah apa tajuknya sudah lupa).
tetapi...
tidak ada keberanian untuk berbuat sebegitu.
hanya mampu menjerit dalam hati.

Wednesday, February 13, 2013

bukan dalam kasut yang sama

dia berasa agak janggal.
kerana dia berbeza.
berbeza kerana dia dalam kasut yang lama. kasut yang sama.
sedangkan yang lain sudah berkasut baharu.
dia berasa malu juga.
kerana rasa malu itu, dia selalu ingin menyorok.
kerana dia tahu.
dia bukan dalam kasut yang sama.
seperti mereka.

teringin nak ada kasut merah macam ini. hoo~
(gambar ambil dari pakcik gugel)


Monday, January 21, 2013

hai?

kalau setakat kemaskini belog dengan menyapa "Hai" saja, memang tak payah kemaskini pun tak apa. hahaha~
lama sudah menyepi. malas mahu buka belog sendiri apatah lagi berjalan mengunjungi belog-belog lain. ada tak ada pun, menjengah belog kawan-kawan tapi sebagai pembaca senyap.
sebabnya, dah tahu mesti akan jumpa benda yang membuatkan hati rasa tidak best. sangat tidak best dan bisa menumpahkan air mata. *rosak mekap aiii..(tiba-tiba)*
tapi rasa rindu juga mahu taip segala benda merapu, cerita merepek dan entah apa-apa ikut saja mood waktu itu. mungkin nanti tiba-tiba datang semangat mahu menaip entri belog. mungkin juga tiba-tiba jadi rajin nak kemaskini belog. mungkin juga tiba-tiba jadi teramat malas dan semakin berhabuk belog ini. mungkin. mungkin. mungkin.
ok lah. Selamat Tahun Baru. walaupun sudah hampir sebulan tapi tetap juga mahu ucap. sengih.

Tuesday, August 28, 2012

mahu beli

kalaulah keberanian itu ada dijual di pasaraya, dia mahu beli seguni.
pasti beli. 

(atau mungkin berguni-guni untuk bekal waktu-waktu kecemasan.)

Tuesday, July 3, 2012

kosong... kosong...

*ini bukan cerita tentang lagu najwa latif

hari ini rasa agak bingung. otak kosong (blank) tiba-tiba. ada kerja menanti tapi rasa tidak tahu yang mana harus dimulakan dahulu.
mungkin rasa kosong itu rentetan kejadian pagi tadi.
sudah jadi kebiasaan kalau saya keluar rumah pukul 7 pagi, saya akan melalui DUKE dan keluar di Jalan Kuching terus ke tengah-lembah. pagi ini jalan kuching jem, jadi saya memutuskan untuk melalui jalan bukit tunku. waktu di bulatan untuk ke bukit tunku ada sebuah teksi yang menyelit dengan sukacitanya. marah juga saya. saya menjeling jeling pada teksi itu dan pemandunya buat tak tahu. tetapi penumpang teksi itu perasan jelingan marah saya.
ok, habiskan cerita tentang pemandu teksi itu. kebanyakan pemandu teksi memang begitu. maafkanlah saja.
sewaktu melalui jalan bukit tunku tiba-tiba rasa berdebar. saya fikir mungkin rasa cuak kerana takut terlewat sampai pejabat.
sampai di bulatan kecil (susur kiri menuju the mall & jkr, arah kanan menuju jalan sultan salahuddin & jabatan perhutanan) saya berhenti menunggu giliran untuk membelok ke kanan. 2 kereta di hadapan sudah lepas . tiba giliran saya, saya memerhati kiri tiada kereta dan kanan juga tiada kereta. baru saja mahu bergerak, muncul sebuah mpv dari arah kanan membuatkan saya berhenti.
barangkali pemandu kereta belakang tidak menyedari saya brek kerana lampu brek bahagian kiri sudah terbakar (baru saja perasan baru baru ini). saya terdengar bunyi berserta kereta terasa bergegar.
tidakkkkkkkkkkk~~
akhirnya punggung kereta bercalar jua. dan sedikit terkopak.
waktu itu terasa sejuk tangan. bingung. kosong.
teringat untuk ambil gambar punggung kereta sendiri. tetapi lupa mahu ambil gambar kereta yang melanggar tadi. juga nombor pendaftarannya. mujurnya ada nombor telefon dan nama pemandu yang melanggar. huhuhu~
selepas itu terdetik dalam hati, mungkin ini apa yang saya minta. biasanya kalau ada pemandu yang suka mengekor rapat di belakang kereta saya, saya akan tekan brek sebagai amaran supaya menjauh. tetapi ada juga yang degil. dalam hati saya terdetik kalau terlanggar punggung kereta saya, memang saya mahu tuntut ganti rugi dan mahu cat semula calar-calar pada kereta.
ok, saya insaf. berhati-hati dengan apa yang kita fikir. kerana apa yang kita fikir itu kadang kala akan berlaku dalam hidup kita. sentiasa positif, ya makcik...
semangatlah, makcik... mari buat kerja. jangan hasil kerja juga "kosong".

*update 4/7/2012
selepas pulang dari kerja semalam, saya check punggung kereta. Alhamdulillah, cuma ada kesan calar. tak kemek. dan kesan yang ku sangka terkopak itu sememangnya tiada apa-apa. silap mata memerhati, silap akal yang bingung mentafsir. maafkanlah diri ini. anyway, terima kasih pada yang mengambil berat. love you all :)




Saturday, May 12, 2012

Monday, October 17, 2011

rumah kaca

langit kelihatan sungguh biru dengan awan bertompok-tompok dan berbentuk seperti ikan. dia membayangkan langit seperti sebuah kolam yang amat besar. dan awan berbentuk ikan berenang-renang. tapi dalam gerak perlahan.
hamparan rumput kelihatan begitu hijau saujana mata memandang. tentu seronok kalau dapat berlari-lari di padang rumput. dan kemudian bergolek-golek apabila penat berlari.
deretan bunga matahari bagaikan tersenyum dan sekali-sekala menari mengikut rentak angin. pasti bunga matahari berasa gembira dan bahagia di bawah sinaran suria kerana rona kuningnya begitu ceria sekali.
rama-rama terbang riang dan hinggap dari satu bunga ke satu bunga yang lain. dan sesekali menari tarian cinta bersama haruman bunga yang menggoda.
burung-burung terbang berpasangan. hinggap di dahan sambil melantunkan nyanyian disulami jelingan nakal.
semuanya kelihatan indah. sempurna.
dia ingin sekali menikmati semua keindahan itu. atau barangkali menjadi bunga matahari yang bahagia bersama suria. atau mungkin juga menjadi rama-rama berwarna-warni yang terbang riang. atau setidak-tidaknya menjadi burung-burung yang menyanyikan irama hati.
tapi semua itu hanya tinggal mimpi. kerana dia terperangkap dalam rumah kaca. sendirian.

gambar hasil carian dengan Google :)


Wednesday, September 21, 2011

happy 'bersedih' - tajuk kitar semula

* terlampau malas mahu fikirkan tajuk baharu. guna tajuk kitar semula.


selamat ulang tahun kelahiran buat diri sendiri.
ok. itu saja.

kalau malas tu, memang malas. -.-'

Tuesday, September 20, 2011

menjelang hari tua

...


saya baru darjah empat setengah, tahu?

Sunday, September 4, 2011

jiwa kacau dodol - bahagian kedua

* tak habis lagi jiwa kacau dodol ni rupanya.

saya terjaga sebelum pukul 5 pagi tadi. dan seperti biasa saya pasti akan berfikir. mungkin hobi saya adalah berfikir. mungkin.
secara tiba-tiba saya teringat kepada sepupu emak. allahyarhamah sepupu emak sebetulnya. emak punya seorang makcik yang lebih kurang baya emak. dan arwah sepupu emak itu pula memang jauh lebih muda daripada emak dan lebih muda daripada saya juga. tidak silap saya, arwah meninggal dunia sewaktu berumur empat belas tahun. ya, empat belas tahun; umur remaja yang baru mahu mengenal dunia. dan saya pula ketika itu masih bersekolah menengah lagi.
sewaktu menerima perkhabaran pemergian arwah, saya berfikir - terlalu muda usia arwah, bagaimana ya saat sakaratul mautnya, bagaimana keadaannya dalam kubur dan berbagai-bagai perkara lagi. sekarang ini bila teringat balik tentang arwah, saya berasa insaf kerana saya telah lupa nikmat usia dan nikmat-nikmat lain yang Allah SWT beri. teringat surah ar-Rahman yang mengandungi ayat "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Astaghfirullahalazim.
apakah saya ini hamba yang tidak tahu bersyukur?
ah, saya ini jiwa yang celaru. sentiasa membuat perkara-perkara yang bertentangan. misalnya, saya tidak suka couple. kerana saya takut terjerumus dalam hal-hal couple - bermula dengan berpegang tangan, berpeluk pinggang... minta dijauhkan! tapi itu yang saya lakukan. couple meski belum sampai peringkat pegang tangan tapi sekeping hati yang dipinjamkan itu saya telah nodai dengan cinta. cinta yang bukan kepada empunya pemilik sebenar hati.
barangkali mereka yang telah dijemput pulang pada usia muda dengan hati yang masih bersih itu beruntung. kerana sekeping hati yang dipinjamkan itu belum ternoda.

Ya Tuhan, sungguh aku ini lemah!
masih mencari cintaMu tapi masih juga tamak menadah cinta kaum adam.

sungguh saya tak ingin bersendirian dalam hidup.

Saturday, September 3, 2011

jiwa kacau dodol

*malas nak buat entri yang sedih. entri yang gembira pun malas juga. mahu merepek meraban saja.

entri raya malas nak tulis. maklumlah tak ada peminat. ucapan raya dalam facebook dan sms saja.
malas ya amat. laporan tesis entah bila nak siap. tempoh hari komputer riba saya meragam. tepatnya 24 ogos waktu saya berbengkel di hotel. mujur masih boleh login lagi. 25 ogos memang parah. tak boleh login langsung dan automatik log off. tak sempat-sempat nak cetak draf laporan tesis untuk dipos kepada pensyarah. hai, nasiblah buat kerja saat akhir macam inilah...
mujur ada adik lelaki yang pandai menengok komputer riba. adik saya itulah yang membaik pulih dan akhirnya komputer riba saya sudah sihat malah lebih laju dari sebelumnya. terima kasih ya adik ku. (oh ya, adik lelaki saya single lagi. haha~ sengaja mahu promosi adik di sini. siapa-siapa berminat, sila tinggalkan nombor telefon di ruangan komen. hehe~)
walau pun komputer riba sudah sihat, saya tidak pula bersegera membuat kerja. tebal dan liat betul sifat malas yang bersarang. ah, konon mahu cepat-cepat bergraduasi. macam ini gaya malasnya ada harapankah? laporan tesis saya buka sekadar jeling sekali lalu. lebihnya melayan permainan komputer. konon jiwa kacau. jiwa kacau dodol sungguh.
ah, saya ini memang. terlalu banyak berfikir. kadang-kadang terlampau jauh dan melebih-lebih. benda yang sebesar hama jadi sebesar menara klcc. melampau. saya pun kadang-kadang tidak faham. kenapa otak saya terlebih aktif dalam perkara yang bukan-bukan. lebih baik berfikir perkara yang berfaedah. memikirkan keindahan ciptaan Allah SWT misalnya. oh, berhentilah berfikir bukan-bukan. hidup ini tidak semuanya rumit. kadang-kadang fikiran kita yang menjadikannya rumit.

oh, betul-betul jiwa kacau dodol.


Wednesday, July 13, 2011

entah

entah.
saya tidak tahu.
kebelakangan ini hidup agak tunggang langgang. sibuk. penat. tertekan. di pejabat - berderet-deret tugas perlu dibuat. di rumah - draf tesis + sistem yang tak serupa sistem menunggu diselesaikan. rasa tak mahu tengok semua-semua itu.
ohhh~ nak lari laju-laju. lari ke mana? macamlah saya kuat berlari. -.-'
dalam hidup ini rupanya saya banyak 'lari'. lari dari masalah. lari dari hakikat. dan lari dari matlamat.
oh, teringat. perancangan hidup tahun ini memang sudah jauh tersasar. lari dari landasan. dan tidak tahu bagaimana mahu memperbetulkan.
dan terfikir. apa nak jadi dengan hidup saya sebenarnya.
dan apa yang saya telah capai dalam hidup ini sebenarnya.
.
.
.
.
kita hidup di dunia hanya sekali.



Sunday, July 3, 2011

coklat

semalam berpenat lelah mencari pakaian untuk hari raya.
dan hanya berhasil mendapat lima pasang sahaja untuk lima orang daripada tujuh anggota keluarga kecil kami. saya dan kakak ipar masih belum mendapat apa-apa. tapi kakak ipar ada menyuarakan dia berkenan dengan sepasang baju kurung cekak musang. kami tidak sempat mencuba dan membeli baju itu kerana penjual sudah pun menutup premis jualannya.
pulang ke rumah, kakak ipar masih lagi belum dapat melupakan sepasang kurung cekak musang itu. lekat kejap di ingatan. dan di hati.
subuh tadi kakak ipar kejutkan saya. dan, oh saya 'cuti' jadi saya tidak terus bangun. kakak ipar bercakap sesuatu sambil tangannya menggaya macam-macam dan saya hanya angguk-angguk sahaja. selepas itu terus 'pengsan' semula. penat ya amat dengan minggu lepas yang sibuk dengan kerja dan berjalan-jalan semalam.
pulang dari berjogging, kakak ipar mengajak saya yang sedang melayan kartun dengan anak buah, ke kedai semalam. ya saya layan kartun boboi boy. anak buah saya yang ajar. comel juga kartun itu. hohohohoho~
waktu berjalan-jalan itu kami kembali ke kedai di mana saya membeli jubah untuk emak. saya dan kakak ipar suka sehelai jubah chiffon. ringkas tetapi cantik. kakak ipar mencuba baju itu. cantik juga. sayang jubah itu tiada dalam saiz saya. sedih. dan cemburu melihat jubah yang tersarung elok di tubuh kakak ipar. ya cemburu. bukan dengki. dengki itu berbaur hasad yang membakar hati. anggap saja cemburu yang positif. saya tidak dengki dengan kakak ipar.
dan selepas itu memang saya hilang mood. kakak ipar tidak jadi membeli jubah itu kerana hatinya lebih kepada kurung cekak musang. saya temankan kakak ipar membeli kurung cekak musang yang diingini. tetapi saya masih belum dapat apa-apa lagi.
ya, saya terima hakikat. badan saya tidak seperti zaman sekolah dulu. oh, seronoknya melihat gambar zaman kurus dahulu. haha~ macam la kurus sangat. tidaklah begitu kurus, sekurang-kurangnya tidak sukar mencari baju yang berkenan di hati dengan saiz seperti dulu.

oh, sebenarnya nak cerita tema warna tahun ini coklat cair. tapi sudah merapu panjang lebar kerana masih berasa sebal hati tak mendapat baju yang diingini. haha~

Wednesday, June 15, 2011

menggantung mimpi

gula-gula kapas yang tersangkut di celah awan itu sudah lama menjadi idamannya.
dia tidak pernah jemu dan tidak akan jemu untuk terus memerhati gula-gula kapas merah jambu pucat itu. pernah juga dia bermimpi dia dapat terbang dan menggapai gula-gula kapas yang tersangkut di celah awan dan menikmati rasa manis yang larut di lidah.
dia mengumpulkan mimpi-mimpi tentang gula-gula kapas dan menyimpannya baik-baik dalam uncang yang berwarna ungu. harapannya satu hari nanti dia mahu terbang tinggi dan bergolek-golek di atas awan dan mencantum perca-perca mimpi menjadi satu hamparan yang besar. dan indah.
hari itu cuaca begitu nyaman. matahari tersenyum malu-malu. dia sudah bertekad untuk mengapai gula-gula kapas hari itu juga.
dia mengepak-ngepakkan sayap hitam berkilatnya. sekilas dia mendongak ke atas. memandang gula-gula kapas yang seakan-akan melambai-lambai kepadanya. dia memeluk uncang ungu yang berisi mimpi erat-erat.
dia memejamkan mata seketika sambil mengepak sayapnya kuat-kuat. dengan sekali loncat dia terus terbang. tinggi. tinggi dan makin tinggi.
hatinya berlagu girang. gula-gula kapas merah jambu pucat dilihat semakin hampir dalam jangkauannya. terbayang akan kemanisan gula-gula kapas yang mencair dalam mulut. dia semakin tidak sabar.
entah bagaimana, uncang yang berisi mimpi tiba-tiba terlucut dari pelukannya. tergamam dia melihat mimpi-mimpi yang berhamburan keluar dari uncang ungu. melayang-layang bagai daun kering ditiup angin. dia kalut mengumpul semula mimpi-mimpi. sehingga tidak sedar dia terbang semakin rendah. rendah dan semakin jauh dari gula-gula kapas.
saat dia mengumpulkan perca mimpi yang terakhir dia sudah kelelahan. sayapnya sudah tidak mampu mengepak sekuat tadi. akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
dengan mata berkaca-kaca dia memandang gula-gula kapas yang tersangkut di celah awan.
rupanya tidak mudah untuk menggapai gula-gula kapas merah jambu pucat itu. jauh. sangat jauh dari jangkauannya.
dengan rasa kesal dia menggantung uncang yang berisi mimpi di dinding kamarnya. dan menggantung sekali impiannya untuk merasai manisnya gula-gula kapas.
dia tidak tahu apakah satu hari nanti dia akan dapat menggapai gula-gula kapas. atau terus menggantung mimpinya sehingga bila-bila.

Friday, March 4, 2011

ditinggal kekasih gelap

hoho~ tajuk seperti berbaur sensasi.
tidak ada yang sensasi sebenarnya.

28 januari - hari terakhir kawan saya (merangkap 'kekasih gelap') di pejabat kami. agak sedih untuk melepaskan dia berpindah ke pejabat baru. tapi saya sedar, tak selamanya saya akan bersama dia. suatu hari, kami akan membawa haluan sendiri merencana perjalanan kerjaya kami. dan hari itu, telah tiba kini.

selepas ini tiada lagi orang yang akan bersarapan dan makan tengah hari bersama-sama di meja saya. atau meja dia. tiada lagi meja yang dituju kalau saya mengantuk, tertekan, atau sekadar mahu berbasi basa dan ketawa-ketawa dengan jenaka. dan tiada lagi orang yang akan rakus membelek-belek katalog cosway saya. :')
.
.
.
eh, tak jadi nak sedih lama-lama. shah alam-kl bukannya terlampau jauh. ya, saya sudah pernah ke pejabatnya. seronoknya dapat bilik sendiri. ini kali pertama kawan saya mendapat bilik sendiri. tidak perlu berkongsi. :)

'kekasih gelap'? macam mana boleh timbul nama itu ya?
haha~ sebenarnya saya dan kawan-kawan rapat saya kalau bergurau agak kurang sopan. zaman bergelar siswi dahulu, kerap juga saya melepak di bilik kawan-kawan. kadang-kadang secara tak sengaja terlanggar badan kawan saya itu di sana sini. terus saja dia melabel saya 'suka sejenis'. mula-mula marah juga digelar begitu. saya tidak minat sejenis. saya suka berjenis-jenis :p

lama-lama saya pun ikut sahaja rentaknya. untuk bergurau sesama kawan-kawan rapat. dan entah siapa yang memulakan gelaran 'kekasih gelap'. saya tidak ingat sebenarnya.

tiba-tiba rasa rindu pada zaman ketika bergelar siswi... ahh~ -.-"

Monday, February 14, 2011

langit dan laut

*bukan cerita kekasih gelap. maaf.
 
rasa mahu lari ke suatu tempat yang ada langit dan laut. dan segala-galanya biru. bersama matahari yang tersenyum dan awan yang bermain kejar-kejar dalam gerak perlahan.
dan membawa bersama mesin yang boleh mencuci hati. menyedut segala daki, kotoran, lendir yang terpalit supaya hati akan jadi putih suci semula. seperti bayi.

Sunday, February 6, 2011

sebulan tidak kemaskini blog rasa seperti setahun

oh, rupanya sudah bersawang blog saya ini.
bukan tiada cerita, tetapi rentetan demi rentetan peristiwa yang ada kala membuat saya lelah, ketawa dan menangis mengurangkan keinginan untuk menghadap blog.
kerja seperti biasa - masih sibuk dan masih lagi dihujani timbunan kertas yang jika diselerakkan, boleh berenang-renang di atasnya. cuba bayangkan uncle scrooge (scrooge mc duck) yang berenang-berenang dalam timbunan kepingan syiling emas. ya, seperti di bawah :)
pakcik kayo!!!
(kredit gambar kepada google)

28 januari itu, usai kerja di pejabat saya bergegas ke subang. rancangan asalnya mahu bertolak ke subang sebaik waktu pejabat saya berakhir tepat 4.30 ptg. memandangkan hari itu adalah hari terakhir 'kekasih gelap' saya bekerja di pejabat kami, maka saya meluangkan waktu untuk membantunya mengangkat barang-barang ke kereta. 'kekasih gelap'? hu, sabar. saya akan ceritakan nanti kenapa saya menggelarkan dia 'kekasih gelap'.
saya tiba di subang 15 minit sebelum pukul 7 dan terkocoh-kocoh mengejar asar. (ya, jangan tiru macam saya -.-"). tidak lama kemudian, kawan-kawan yang lain tiba dan kami menuju pejabat kawan saya untuk meninggalkan kereta merah milik kawan saya yang lain di pejabat kawan saya itu. huh... berbelit-belit? tak mengapalah... semasa menunggu kawan saya parking kereta merahnya, saya berehat-rehat di kereta ditemani 2 org kawan. tiba-tiba terdengar bunyi bising. rupanya seorang penunggang motor dilanggar kereta. mujur tidak parah. mungkin calar-balar. tetapi kasihan melihat penunggang motor itu. saya teringat seseorang yang saya tahu dia memang menunggang motor ke pejabatnya. huhu~ semoga tiada perkara yang buruk menimpanya.
kami mula bergerak melepasi tol subang selepas kawan menghubungi pihak berkaitan untuk menguruskan perihal kemalangan tadi. Alhamdulillah perjalananan kami lancar dan pukul 3 pagi kami selamat tiba di kedah.
29 januari - ulang tahun kelahiran kawan saya. Selamat Hari Jadi, Suzana. semoga Allah sentiasa memeliharamu. hari itu juga kami bercadang untuk meraikan majlis perkahwinan seorang kawan kami di pulau pinang. pagi itu, selepas subuh masing-masing tidak dapat melelap mata dan kawan kami merangkap anak tuan rumah membawa kami bersiar-siar di bendang dan pulau. wah, seronok sekali lebih-lebih lagi dapat merakam gambar yang cantik.
menjelang tengah hari baru kami bertolak ke pulau pinang dan tiba dalam masa sejam lebih. Selamat Pengantin Baru buat Baiti dan Kamarul. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
...
oh, cerita belum habis. tentang 'kekasih gelap' saya itu, sabarlah. saya akan taip.

Friday, February 4, 2011

perasaan yang bercampur baur dengan malu yang berasa sungguh manis

tajuk di atas asalnya untuk status di fesbuk. tapi terasa malu teramat untuk menaip di sana lalu di sini menjadi sasaran.

ya, manis... sehingga mata enggan terlelap walau pun jarum jam sudah menginjak 3.47 pagi.

hoho~


Wednesday, December 22, 2010

malu yang manis

malu.
tapi malu yang manis. ah, rasanya mahu bersembunyi bawah meja. menyembunyi senyuman dan ketawa yang malu-malu.


haha~ ada-ada saja...
baik sambung buat kerja yang entah bila akan selesai. haish... -_-"

Wednesday, December 8, 2010

kemaskini blog versi malas

esok saya mula menduduki peperiksaan.
belum baca buku.
malas.





ok, bella. give me 5. kita sama je.
malas? babap kang...