Friday, March 22, 2013

telinga berkuasa bateri juga tidak dapat membantu

setiap kali telefon di mejanya berdering dia berasa fobia.
fobia untuk menjawab panggilan.
jika bernasib baik, dia boleh dengar sikit-sikit percakapan pemanggil di hujung talian lagi satu.
dia akan meminta maaf di atas kekurangannya dan memberi nombor telefon pegawai lain kepada pemangil.
jika tidak bernasib baik, pemanggil akan marah-marah walaupun dia sudah terangkan kekurangan dia.
entahlah.
lepas itu, dia pasti rasa down. dan berasa tidak berguna.
dan tiba-tiba dia teringat kata-kata perempuan berwajah garang empat tahun dahulu.
"you tak sepatutnya masuk sini. diorang sepatutnya tempatkan you kat kementerian atau tempat lain."
kata-kata yang membuatkan dia berasa tidak dialu-alukan.
hari ini dia berasa seperti kata-kata itu memang betul.

ah.. betul-betul down.


8 comments:

  1. Jangan la macam tue wani...diaorang tue yang hampeh...

    ReplyDelete
  2. Saya bangga mempunyai seorang kawan-bagi saya dia seorang kawan yang baik. Kami kenal dari universiti dan alhamdulillah, berkawan sehingga ke hari ni. Dia seorang hamba yang boleh dijadikan contoh kerana diberikan peluang oleh NYA untuk berjaya dalam hidup, dengan kemampuan yang ALLAH SWT berikan.

    Untuk ingatan diri sendiri-jangan pandang pada yang kurang, tapi nilai pada apa yang lebih pada seorang itu. Kita milik ALLAH SWT, semuanya pinjaman semata-mata.

    Go Wani go!! You can do it. Bincang elok2 mesti ada jalan penyelesaian nya. Ambil contoh Profesor Dr. Ismail Salleh yang walaupun cacat penglihatan tetapi merupakan salah seorang pakar ekonomi terkemuka negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Aida, your words make me cry. thanks, dear.
      terlupa yang diri seorang hamba yang bertuah kerana terpilih untuk menerima ujian-Nya.
      teringat dialog dalam cerita Forrest Gump - mak dia galakkan dia berusaha yang terbaik dengan apa seadanya yang Tuhan telah beri.

      Delete
  3. saya rasa macam nak pergi marah org yg kata mcm tu. tiba-tiba saya rasa marah betul

    setuju dgn Aida. wani boleh! yeah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi marah orang tu jugak tapi tak tau siape.. hehe~

      Delete
  4. huhu.. wani. rasa nak nagis baca ni.. hope wani tabah. orang tak kenal m emang macam tu suka buat andaian sesuka hati...

    yakinlah

    Allah hanya memberi dugaan dan ujian pada hamba yang mampu sahaja...

    so, wani adalah yang terpilih.. saya bangga ada kaawan macam wani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu~ jangan menangis. cukuplah saya menangis.
      Alhamdulillah.. terkadang lupa juga, kita ni hanya hamba.
      huhu~

      Delete