Wednesday, July 13, 2011

entah

entah.
saya tidak tahu.
kebelakangan ini hidup agak tunggang langgang. sibuk. penat. tertekan. di pejabat - berderet-deret tugas perlu dibuat. di rumah - draf tesis + sistem yang tak serupa sistem menunggu diselesaikan. rasa tak mahu tengok semua-semua itu.
ohhh~ nak lari laju-laju. lari ke mana? macamlah saya kuat berlari. -.-'
dalam hidup ini rupanya saya banyak 'lari'. lari dari masalah. lari dari hakikat. dan lari dari matlamat.
oh, teringat. perancangan hidup tahun ini memang sudah jauh tersasar. lari dari landasan. dan tidak tahu bagaimana mahu memperbetulkan.
dan terfikir. apa nak jadi dengan hidup saya sebenarnya.
dan apa yang saya telah capai dalam hidup ini sebenarnya.
.
.
.
.
kita hidup di dunia hanya sekali.



4 comments:

  1. mummy...sabar ye..kita cuba hadapi semuanya..buat pelan2..insyaALLAH ada jalanya

    ReplyDelete
  2. thanks ummi zahra~ ya... walau apa pun kita kena selesaikan apa yg kita mulakan... :)

    ReplyDelete
  3. yeah wani... sabarla.. apa pon yang kita lalui, kene hadapi dengan tenang. teruskan sahaja apa yang kita dah lalui dengan redha. inyaALLAH semuanya akan ok (waaaahhhh... cakap pandai. diri sendiri pon tertekan. haha)

    ReplyDelete
  4. hehe~ terima kasih umi..
    ye.. harap2 dipermudahkan untuk kita semua, InsyaAllah... :)

    ReplyDelete