Sunday, July 3, 2011

coklat

semalam berpenat lelah mencari pakaian untuk hari raya.
dan hanya berhasil mendapat lima pasang sahaja untuk lima orang daripada tujuh anggota keluarga kecil kami. saya dan kakak ipar masih belum mendapat apa-apa. tapi kakak ipar ada menyuarakan dia berkenan dengan sepasang baju kurung cekak musang. kami tidak sempat mencuba dan membeli baju itu kerana penjual sudah pun menutup premis jualannya.
pulang ke rumah, kakak ipar masih lagi belum dapat melupakan sepasang kurung cekak musang itu. lekat kejap di ingatan. dan di hati.
subuh tadi kakak ipar kejutkan saya. dan, oh saya 'cuti' jadi saya tidak terus bangun. kakak ipar bercakap sesuatu sambil tangannya menggaya macam-macam dan saya hanya angguk-angguk sahaja. selepas itu terus 'pengsan' semula. penat ya amat dengan minggu lepas yang sibuk dengan kerja dan berjalan-jalan semalam.
pulang dari berjogging, kakak ipar mengajak saya yang sedang melayan kartun dengan anak buah, ke kedai semalam. ya saya layan kartun boboi boy. anak buah saya yang ajar. comel juga kartun itu. hohohohoho~
waktu berjalan-jalan itu kami kembali ke kedai di mana saya membeli jubah untuk emak. saya dan kakak ipar suka sehelai jubah chiffon. ringkas tetapi cantik. kakak ipar mencuba baju itu. cantik juga. sayang jubah itu tiada dalam saiz saya. sedih. dan cemburu melihat jubah yang tersarung elok di tubuh kakak ipar. ya cemburu. bukan dengki. dengki itu berbaur hasad yang membakar hati. anggap saja cemburu yang positif. saya tidak dengki dengan kakak ipar.
dan selepas itu memang saya hilang mood. kakak ipar tidak jadi membeli jubah itu kerana hatinya lebih kepada kurung cekak musang. saya temankan kakak ipar membeli kurung cekak musang yang diingini. tetapi saya masih belum dapat apa-apa lagi.
ya, saya terima hakikat. badan saya tidak seperti zaman sekolah dulu. oh, seronoknya melihat gambar zaman kurus dahulu. haha~ macam la kurus sangat. tidaklah begitu kurus, sekurang-kurangnya tidak sukar mencari baju yang berkenan di hati dengan saiz seperti dulu.

oh, sebenarnya nak cerita tema warna tahun ini coklat cair. tapi sudah merapu panjang lebar kerana masih berasa sebal hati tak mendapat baju yang diingini. haha~

No comments:

Post a Comment