Tuesday, July 26, 2011

entri untuk dia

* entri ini untuk dia. kerana saya tahu dia akan membaca blog saya.

sabtu lepas, saya sempat melayan rancangan tv dr. oz show - healing the forgotten, free clinic di saluran al-hijrah.

menitis air mata menonton rancangan yang dikendalikan oleh dr. mehmet oz (sila google tentang beliau. saya tidak rajin untuk menempek link hari ini. hohoho~).

rupanya masih ramai insan yang tidak bernasib baik di US kerana tidak berpeluang menikmati penjagaan kesihatan yang sempurna kerana mereka tidak mempunyai insurans, tidak mempunyai pekerjaan dan tidak berwang. kita yang diberi nikmat dan kemudahan ini jarang sekali bersyukur. oh... insaf.

dalam ramai-ramai pesakit yang dirawat oleh klinik percuma itu, ada seorang lelaki yang menghidap kanser mulut dan menghadapi kesukaran untuk mencari kerja. kanser mulut telah menjejaskan bibir bawah dan menyebabkan lelaki itu menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. bukan itu saja, kanser juga telah merebak dan menyerang nodus limfa di bahagian leher. jika dibiarkan tanpa rawatan, kanser tersebut akan merebak ke bahagian dada dan membahayakan nyawa.

dalam rancangan itu, dr. oz tunjukkan visual bagaimana merawat kanser mulut itu. bahagian bibir bawah hingga ke dagu akan dibuang mendedahkan bahagian gigi dan gusi. nodus limfa yang diserang kanser juga akan dibuang. untuk menutup bahagian bibir bawah dan dagu, sebahagian kulit di kawasan lengan berserta salur darah akan diambil dan "dicantum" / "ditampal" di bahagian tersebut.

terdapat doktor yang sudi membantu lelaki tersebut tetapi dengan syarat. rupa-rupanya lelaki itu merupakan seorang perokok dan natijah tabiat merokok itulah dia mendapat kanser mulut. doktor pakar tersebut memberi syarat supaya lelaki tersebut berhenti merokok dan memberi empat sebab kenapa lelaki itu perlu berhenti merokok.
1) untuk mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan
2) mengelakkan komplikasi jantung dan paru-paru
3) menghalang kanser dari merebak
dan satu sebab lagi saya lupa. tidak silap saya doktor itu ada menyebut tentang nutrisi.

dr. oz pula menambahkan lagi satu sebab kenapa lelaki tersebut perlu berhenti merokok.
"sayangi diri kamu sebanyak kami sayangkan kamu"

No comments:

Post a Comment