Friday, September 10, 2010

tentang raya

* selamat hari raya aidilfitri buat kawan kawan semua. mohon ampunkan segala salah silap saya. halalkan makan minum pakai saya. semoga anda semua berbahagia di samping keluarga tersayang *

ini ada beberapa perkara yang berkaitan hari raya dari kaca mata saya :-

kuih raya
tahun ini kuih raya kami semuanya kuih 'tunjuk tunjuk' (kuih raya yang dibeli) kecuali muruku yang emak buat. tapi dalam banyak banyak kuih tunjuk tunjuk tu, hanya satu je yang sedap -_-" 
rasanya buat sendiri lebih sedap dan memenuhi selera.
kuih tunjuk tunjuk :D
baju raya
sebenarnya baju raya saya ini dirancang untuk baju kerja. tapi tukang jahit lambat siapkan (hampir bulan puasa baru siap). alang alang begitu baik jadi baju raya terus.
semasa iron baju raya, saya baru perasan bahagian belakang baju dijahit terbalik. bahagian dalam kain dijahit sebelah luar. jadi warna coraknya nampak sedikit pudar.
selepas ini saya takkan tempah baju dengan tukang jahit itu lagi.

juadah raya
setiap tahun emak pasti buat ketupat. kami akan anyam daun kelapa bersama-sama. tapi selalunya emak siap cepat -_-"
tahun ini pertama kali ketupat emak hangit hehe~ semasa merebus ketupat, emak sibuk dengan kerja lain, saya pula sedang mandi. ketupat itu terbiar hingga kering airnya dan berbau hangit. hoho~ mujur masih sempat diselamatkan. hanya bahagian daun sahaja yang hangit.
rupa ketupat sebelum hangit :P
selalunya kami akan beraya di rumah adik ayah dahulu (makcik saya). juadah raya di rumah makcik saya lebih 'eksotik' - rendang landak. agak sedap juga kerana daging landak tidak banyak lemak dan tidak liat seperti daging lembu. selalunya kalau ada rendang daging 'eksotik' (rusa, landak dll.), emak dan ayah akan senyap dan membiarkan kami tiga beradik makan. bila sudah selesai baru emak tanya 'tahu daging apa ni?'. kata ayah, kalau cerita awal-awal nanti kami tiga beradik tak mahu makan hihi~ :P

duit raya
saya tidak ingat bila kali terakhir saya mendapat duit raya. ada siapa siapa yang sudi beri duit raya untuk saya? huhu~
semenjak tahun lepas, saya sediakan bajet duit raya dalam Microsoft Excel hoho~ lebih mudah mengira dan mengagak agak. selalunya saya beri duit raya kepada budak budak yang masih sekolah/belajar. juga pada pakcik makcik yang telah pencen.

kad raya
tahun ini saya tidak dapat kad raya :( (sama juga seperti tahun lepas -_-")
hanya dapat ucapan yang dilayang melalui emel. tahun ini saya tidak hantar kad ucapan bergambar yang dikirim melalui emel. kad sudah siap tapi belum emel. malas. :p

kaya
haha~ ini hanya akan jadi kenyataan kalau saya dapat mengumpul duit raya seberapa banyak yang mampu :P
ya kun kaya? kalau YAKIN KAYA, pasti kaya hehe~ :D

2 comments:

  1. kueh raya: tak beli
    baju raya: mak buat n abang belikan
    juadah raya: makan umah orang
    duit raya: ni je yang habis
    nak kaya: saya nak kaya!!!

    ReplyDelete