Thursday, September 2, 2010

duit

*seronok kan kalau dapat tanam pokok keluar duit kertas RM100 berguni guni.
saya tidak kaya dan tidak begitu miskin. bulan ini pengaliran wang keluar semakin meningkat. itu saya tidak risau sangat. ada benda lain yang merunsingkan saya.
baru baru ini, bekas bos saya datang. menghulur duit raya pada saya. (walaupun sudah berhenti, tapi saya masih ada 'kaitan' dengan syarikat itu. 'kaitan' yang kompleks sikit. atau saya yang fikir ia kompleks?). sehingga hari ini saya masih belum buka sampul duit raya itu dan mengira berapa keping duit raya saya dapat. saya risau. sebab jarang ada orang nak buat baik tanpa mengharap balasan. saya tak mahu kelak dia tuntut macam macam. saya tahu tak elok buruk sangka, tapi itu yang mula mula saya rasa waktu terima duit raya.
rasa seperti mahu pulangkan saja duit itu. apakah tindakan saya itu akan membuat dia berasa terhina? (fikir...)
tadi saya sempat menyemak slip pendaftaran universiti. yuran pendaftaran semester ini perlu dilunaskan. ah! duit lagi... serta merta teringat duit raya itu. hm, berat hati nak guna duit itu. tak apalah, baik guna duit sendiri (tapi dalam hati terfikir, bestnya kalau tanam pokok keluar duit kertas RM100).

8 comments:

  1. nak jugak pokok tu...

    wani guna je la duit raya tu. wani anggap dia ikhlas. huhu...

    ReplyDelete
  2. tu la, kalau jumpa saya bagi kt umi untuk beli HONDA :D
    saya ragu2 keikhlasan dia umi... huhu~

    ReplyDelete
  3. wah..kenapa tu mummybik?
    ermm sedekah aje ok tak?

    ReplyDelete
  4. m aida: owh mem... nk sedekah boleh tp prefer gune duit sendiri. rase nk pulang je la duit tu. x nk la nti dia ungkit2 pulak huhu~

    ReplyDelete
  5. waaaaa..nk jugak benih pokok tu. kuar rm10 tiap2 daun pokok pun tak pe. huu

    ReplyDelete
  6. awk simpan je dulu duit tu pastu klu dier mintak tlg aper2 yg tak patut,pulgkan siap dgn sampulnyer skali..hehehe..

    ReplyDelete
  7. hehe~ cadang nk buat cam tu la...
    tp klau makin lame sy simpan terus lupe plak... huhu~
    dh la pitih dlm bank makin kering, mmg mencabar keimanan betul...

    ReplyDelete