Tuesday, September 21, 2010

happy 'bersedih'

*sengaja letak tajuk di atas. sebutan yang sebenarnya - happy birthday...*

selamat hari jadi buat diri sendiri. hari di mana ke'muda'an semakin berkurang dan ke'tua'an semakin bertambah. dan ucapan berserta doa bertalu talu bertandang di handphone. ada juga ucapan di fb. terima kasih buat semua yang melayangkan ucapan berserta doa.
semenjak 2 tahun lalu, saya sudah tidak teruja untuk menyambut hari jadi diri sendiri. kerana keadaan masih sama - bujang dan tiada teman lelaki T_T
ah, tidak mengapa. saya masih punya keluarga dan kawan kawan juga saudara mara yang amat baik dan tidak melupakan saya. :')
tahun lalu, hari jadi saya sedikit istimewa. pertama, hari jadi saya bersamaan 2 syawal. jadi, keluarga dan saudara mara masih bercuti. dan saya tidak sangka mendapat kek secret recipe. terima kasih pakcik makcik dan sepupu sepapat semua :-* 
dan kedua, hari itu saya mula berkenalan dengan cikgu z. hoho~ tapi yang terindah hanya sementara. hubungan itu habis begitu sahaja awal tahun ini. begitu singkat. dan sejak itu, saya masih bersendirian T_T
tahun ini saya tidak menyambut hari jadi. tengah hari tadi, saya membawa diri ke the mall. niat mahu makan sesuatu yang berbeza (yang sebenarnya saya sudah jemu dengan makanan di cafeteria pejabat. sampai tahap tak tahu nak makan apa).
tengah hari itu saya menikmati kyros kebab; sendirian. sedih? hoho~ yang sebenarnya saya tiada perasaan. hanya terfikir untuk mengenyangkan perut dan lekas lekas berkejar pulang ke pejabat kerana jam sudah menghampiri pukul 2. (ya, saya 'jahat'. pulang ke pejabat selepas waktu rehat tamat)
selamat hari jadi buat diri sendiri! Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara dunia fana ini. dan terima kasih emak kerana bersusah payah mengandung dan melahirkan. dan juga terima kasih ayah dan emak kerana bersusah payah membesarkan saya sehingga saya menjadi diri saya hari ini.
selamat hari jadi!
oreo cream cheese cake! yummy!

6 comments:

  1. selamat hari lahir buatmu.. semoga hari2 mendatang lebih ceria buatmu.. amin..

    ReplyDelete
  2. adzmira : terima kasih...

    pembetulan : owh, saya lupa. saya sudah meraikan hari jadi lebih awal bersama sepupu2. kalau tidak, dari mana datangnya kek oreo cream cheese itu. hoho~ mmg makcik...

    ReplyDelete
  3. uhuhu..naper tak ajak kite utk pegi the mall meraikan besday awk..uhhuhu..laen kali kite pegi ek kite belanja awk tau..uhuhu

    ReplyDelete
  4. aku hanya manusia : owh, itu perancangan spontan sebab smlm x de pasar. hehe~
    orait, next time sy ajak awk...

    ReplyDelete
  5. ermm bik...best nyer kyros kebab..yummy...cam kat skudai prade ek?
    semoga bik sentiasa ceria2 ek...sayaaaang bik

    ReplyDelete
  6. m aida : huhu~ yg mkn smlm tu x sedap cam kt skudai parade dulu. kering dan hangit sikit...
    tapi bik bedal sampai licin. lapar beb, lapar! :P
    sayang mem juga... semoga mem juga ceria2 selalu :)

    ReplyDelete