Friday, August 7, 2009

tertunai sudah...

ada beberapa sebab untuk ku tersenyum minggu ini.

1) yang pertama
alhamdulillah... tanggal 4 ogos lalu (sehari sebelum ulang tahun hari lahir ibu ku) akhirnya hajat ku ingin memiliki kereta tercapai. gembira dan syukur sgt2. selepas bertahun2 aku berharap, bermimpi, berangan, akhirnya berjaya juga aku bergelar pemilik sah gen2 cps hitam. gambar tidak dpt ku selit dlm entri ini. tapi akan ku usahakan utk menyelit gambar 'buah hati ku' itu dlm entri akan dtg.

2) yang kedua
ibu ku menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-58 pada 5 Ogos. alhamdulillah, syukur sgt2 kerana masih dipanjangkan usia kami semua. walaupun tiada keraian pada hari itu, namun insyaallah aku dan abang ku merancang untuk mengadakan jamuan makan2 minggu depan.

3) yang ketiga
hajat utk bertemu seorg rakan sepengajian ku akhirnya tertunai. agak lama ku tak bertemunya, Umi Adzmira Zawawi. seingat ku kali terakhir bertemu umi semasa beraya di rumahnya. itu pun zaman umi masih bergelar anak dara. la ni, anak dia dh umur setahun baru la ada peluang nak jumpa. anyway many thanks to MAPMA's seminar sebab tolong jadi medan jejak kasih kami. umi dah berubah sikit (amboi dah pandai mekap) tapi yang lain2 maintain.
p/s: ada gak jumpa budak UTM kat seminar tu tapi tak tau nama dan belum tentu diorg kenal aku. segan plak nk tegur. huhu... buat tak tau je la.

4) yang keempat
hari ni time online YM tup2 kawan aku yang dah lama menyepi msg aku. hepi gak la. bukan ape, aku suke chat ngan dia sebab... dia membuat aku tersenyum. sempat bertanya khabar, berkongsi cerita dan aku minta maaf padanya tentang satu perkara yang pernah aku tipu dia. dan dia bagi aku tengok koleksi gambar2 dia dlm flickr. cantik dan berseni.

... dan ada sebab untuk tak tersenyum.

1) yang pertama
bekas teman sepejabat aku sms tanya aku tentang keputusan temuduga yg dihadirinya. aku memang betul2 tak tau sebab keputusan tu rahsia. tapi entah kenapa aku asyik terfikir dia nak sangat kerja tu sebab "teman istimewa (gf)" dia dah menjawat jawatan sama. tak baik aku berwasangka. isk...but can not get it out of my mind. hurm, yg dh lepas tu dh la. buat ape la aku nak susahkan hati dan sedih2 utk benda yang tak berfaedah. life must goes on!

2) yang kedua
hari ni bukak FS belek2 profile sendiri yg tertera status "it's complicated". padahal x de la complicated pun. saje letak sebab aku suka ayat tu hahaha... yang sebenarnye bosan tengok status "single" yg tak berubah2 sampai sekarang. harap2 dpt tukar status "in a relationship" ke atau "married" ke... huhu... harap2 la...

3) yang ketiga
esok ada orang nak merisik sepupu aku. yang sedihnya sepupu aku muda 2 tahun dari aku tapi dah nak kawen dah. huhu... aku ni la bile nak tukar status single kepada not single? tapi bukan aku seorang je yang sedih. ada juga yang sama2 sedih.

langit tak selalu cerah. hidup tak selalu gembira. apa2 pun itulah rencah hidup. tak kiralah berapa banyak benda tak best yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan... go! go! chaiyok2!

No comments:

Post a Comment