Wednesday, April 29, 2009

Why am I a robot?


Awal bulan April sepupu ku mencadangkan aku menonton sebuah drama Jepun yang pada pandangannya "memang best giler". Aku tak begitu teruja kerana aku bukanlah peminat besar drama-drama Jepun, Korea atau Taiwan. Tapi aku tak nafikan aku tetap menonton drama-drama berkenaan; itu pun kalau ada yang menarik (e.g. jalan cerita best, pelakon lelaki hensem, lakonan yg best dll).
Aku mengambil keputusan untuk menonton drama yang bertajuk "Zettai Kareshi" atau "Absolute Boyfriend" jika diterjemah ke Bahasa Inggeris, sambil menyeterika stok baju kerjaku untuk seminggu. Pada mulanya aku agak keliru dan terpinga-pinga dengan jalan cerita yang berterabur kerana drama itu dimuat turun oleh sepupu ku dari internet dan susunan episodnya sedikit lari. Selepas menyusun semula setiap episod, aku menonton semula dari mula dan cuba memahami intipati cerita yang ingin disampaikan. Dari satu episod ke satu episod aku semakin teruja untuk mengetahui kesudahannya. Selepas 3 hari berturut-turut 'bertungkus-lumus' (kononnye la...) akhirnya tiba ke episod terakhir yang pada pandangan ku "sangat menyentuh perasaan, mengharukan, menyedihkan dan yang sewaktu dengannya". Aku "sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" sangat drama ni, bukan hanya kerana pelakonnya yang cute (Hayami Mokomichi yang membawa watak Tenjo Night) tetapi juga kerana drama ini membuat aku ketawa, senyum, teruja dan ... menangis sob! sob! sob!
Tak puas menonton 11 episod drama "Zettai Kareshi" aku mencari pula "Zettai Kareshi SP" - episod istimewa sambungan drama 11 episod yang menceritakan kisah yang berlaku selepas 3 tahun.
Satu babak yang tak dapat aku lupakan apabila Tenjo Night melontar pertanyaan kepada penciptanya, Namikiri, "Why am I a robot?". Ya, pertanyaannya itu memang berasas. Tenjo Night pada asalnya hanyalah sebuah robot ciptaan manusia yang berfungsi sebagai "kekasih ideal" yang setia pada pasangannya. Kononnya dengan kewujudan robot sedemikian, manusia tidak akan menghadapi kekecewaan percintaan. Kemudian sesuatu 'keajaiban' berlaku apabila robot itu mula mempunyai fikiran, emosi dan kesedaran melangkaui program yang ditetapkan oleh penciptanya. Penciptanya menyedari segala tindak-tanduk robot ciptaannya itu adalah didorong oleh cintanya kepada Izawa Riiko. Malang sekali pencarian cinta itu berakhir dengan tragis.
Meski hanya sebuah kisah khayalan (kalau satu hari menjadi kenyataan, ia bukan khayalan lagi) yang diangkat dari sebuah manga, namun drama ini membuat aku terfikir betapa manusia begitu 'kejam' dan 'rakus' mencipta benda untuk kepentingan dan kepuasan nafsu semata-mata. Walaupun ciptaan manusia adakala mendatangkan manfaat, namun masih ada kesan sampingan yang terhasil yang meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang terlibat.
Tapi di sebalik semua itu, kisah ini juga memperkukuhkan 'teori' cinta itu memerlukan pengorbanan. Kerana cintanya pada Riiko, Night memilih untuk 'lenyap' dari dunia ini kerana dia menyedari dia tidak mampu membahagiakan Riiko selayaknya sebagai seorang manusia hanya kerana dia cuma sebuah ROBOT. (T_T)

p/s: Kalau ada saintis yang berjaya mencipta robot seumpama Night, aku nak beli walaupun harganya 100 juta Yen huhu... kerna aku tak punya boyfriend...

2 comments: