Saturday, December 10, 2011

tangisan dalam tawa

esok, insyaAllah saya akan bergraduasi. Alhamdulillah.
gembira dan teruja. itu sudah pasti. 5 tahun berjuang untuk sekeping ijazah. pastinya hari graduasi adalah hari yang berbahagia buat seorang pelajar.
yang sebenarnya ini adalah konvokesyen kedua saya. bukan sarjana. sarjana muda yang kedua. ya, saya akan memiliki dua sarjana muda dalam bidang berbeza. insyaAllah. pelik? hohoho~ saya memang pelik-pelik.
di sebalik kegembiraan dan keterujaan itu sebenarnya saya menangis. ada hajat yang tidak kesampaian. bila menyelak kembali perancangan yang direncana untuk tahun ini, bulan disember diisi dengan konvokesyen. bukan bersendirian, tetapi bersama suami. malangnya, itu tidak berlaku. perancangan berkaitan akademik hampir menepati sasaran. tetapi perancangan yang lagi satu itu memang jauh tersasar. saya sudah menjangka mungkin ada tentangan tetapi saya terlupa itu dan saya tidak memasukkan faktor itu dalam perancangan.
sedih? itu sudah pasti.
tapi saya sedar. saya hanya manusia biasa. perancangan Allah SWT itu lebih cantik. saya baca kembali catatan saya di penjuru perancangan tahun 2011 itu.
Ini hanyalah perancangan untuk menetapkan matlamat hidup. Kita hanya mampu merancang, Allah SWT jua yang menentukan.
Dimulakan dengan merancang, dijayakan dengan usaha dan penghujungnya adalah tawakkal.
redha sahaja. mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti. harapnya.

gambar ini hasil carian dengan google


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. selamat bergraduasi wani.. (eh macam dah terlambat je saya ni) wahhh bestnya.. semoga hepi selalu.. jangan diingat perancangan kita yang tak menjadi tu. perancangan Allah lebih teratur dan terbaik untuk kita.

    tapikan
    perasaan wani tu sama macam perasaan saya masa konvo kedua saya juga. (pertama pon merasakannya. hihi...)masa tu rasa nak berkonvo sambil ditemani pakwe. hahha..

    ReplyDelete
  3. mummy...insyaALLAH tiba masanya nanti..perancangan ALLAH SWT adalah yang terbaik..tapi tak salah kita merancang..:)

    ReplyDelete
  4. umi mira : maceh... ala, pakwe x best. suami la best. nak bergambar peluk bahu pun takde org nak marah. hihihi~ (ok, tgh mood gatal. sila abaikan.)

    aida : ya, rancang utk masa depan :)

    ReplyDelete
  5. hehe.. masa tu lum pikir nak peluk2 lagi... tu sebab nak pakwe je. hahaha... nak amek gambar malu2 n ala2 skema.

    ReplyDelete