Tuesday, November 29, 2011

mesin yang mencetak perasaan hati

dia tahu di dalam hatinya ada pelbagai rasa yang bercampur baur. tidak terluah. terperap dan memberatkan hati. lalu dia mengambil keputusan mencipta mesin pencetak yang boleh mencetak perasaan hati.
pertama kali mencuba mesin pencetak itu, dia agak risau kalau-kalau mesin itu tidak mampu menzahirkan dengan tepat perasaannya. mujurlah mesin itu menjalankan tugasnya dengan cemerlang. mencetak seratus lima puluh helai kertas yang terkandung segala perasaan hatinya pada hari itu.
dia meninggalkan setimbun kertas itu di atas meja. dia berharap agar penjaga pintu rumah kaca akan membaca setimbun kertas itu. dia berharap penjaga pintu rumah kaca akan berasa kasihan kepadanya. dia berharap penjaga pintu rumah kaca akan melepaskan dia dari rumah kaca.
dia berharap.

3 comments:

  1. Alahai....why lah my fren jadi gini??hehhehe teruskan imiginasi mu fren.

    ReplyDelete
  2. suzila : bunyi macam gila, kan? tapi bagusnya kalau ada mesin yang mencetak perasaan hati. sebab kita tak dapat membaca hati orang :)

    Umi mira : huhu~ sesuatu yang tidak mampu diluah.

    ReplyDelete