Wednesday, September 7, 2011

kahwin

sebelum subuh tadi termenung dan berfikir. ya, hobi baru - berfikir.

"kahwin kerana Allah"

dahulu...
pernah juga terfikir. apa maksud ungkapan itu? macam mana kahwin kerana Allah?
berfikir...
tiba-tiba terlintas. kahwin itukan ibadah. dan bukankah manusia dan jin itu dicipta untuk beribadah kepada Allah SWT jua. jadi, niat kahwin seharusnya diniat sebagai ibadah, begitu ya baru dikatakan kahwin kerana Allah?
harap maaf kalau pemahaman saya salah.

kata seorang sahabat : "Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yg kita perlu."

hmm.. jika demikianlah halnya mungkin jika niat kahwin kerana Allah, Dia akan beri jodoh yang kita PERLU bukan jodoh yang kita MAHU kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. wallahua'lam.

baca ini juga :


http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1582-cinta-dan-kahwin-kerana-allah.html

5 comments:

  1. tidak terjawab ku dengan soalan mu ini wahai wani. tu kene cari yang tahu pasal agama la kot. huhu

    ReplyDelete
  2. hehe~ tak mengapa umi. akan ku usahakan. tapi dh dpt gambaran sedikit demi sedikit. ibarat mengumpul jigsaw puzzle. a piece by a piece before we get the full picture.

    ReplyDelete
  3. perkahwinan kerana ALLAH SWT..insyaALLAH ianya kekal abadi :)

    ReplyDelete
  4. hehe.. apa yang wani dapat. share la jugak. :P

    ReplyDelete
  5. Aida : ya, betul. kahwin kerana Allah, dirahmati dan dijaga oleh Allah jua :)

    Umi : cuba baca link yang saya tempek :)

    ReplyDelete