Sunday, September 4, 2011

jiwa kacau dodol - bahagian kedua

* tak habis lagi jiwa kacau dodol ni rupanya.

saya terjaga sebelum pukul 5 pagi tadi. dan seperti biasa saya pasti akan berfikir. mungkin hobi saya adalah berfikir. mungkin.
secara tiba-tiba saya teringat kepada sepupu emak. allahyarhamah sepupu emak sebetulnya. emak punya seorang makcik yang lebih kurang baya emak. dan arwah sepupu emak itu pula memang jauh lebih muda daripada emak dan lebih muda daripada saya juga. tidak silap saya, arwah meninggal dunia sewaktu berumur empat belas tahun. ya, empat belas tahun; umur remaja yang baru mahu mengenal dunia. dan saya pula ketika itu masih bersekolah menengah lagi.
sewaktu menerima perkhabaran pemergian arwah, saya berfikir - terlalu muda usia arwah, bagaimana ya saat sakaratul mautnya, bagaimana keadaannya dalam kubur dan berbagai-bagai perkara lagi. sekarang ini bila teringat balik tentang arwah, saya berasa insaf kerana saya telah lupa nikmat usia dan nikmat-nikmat lain yang Allah SWT beri. teringat surah ar-Rahman yang mengandungi ayat "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Astaghfirullahalazim.
apakah saya ini hamba yang tidak tahu bersyukur?
ah, saya ini jiwa yang celaru. sentiasa membuat perkara-perkara yang bertentangan. misalnya, saya tidak suka couple. kerana saya takut terjerumus dalam hal-hal couple - bermula dengan berpegang tangan, berpeluk pinggang... minta dijauhkan! tapi itu yang saya lakukan. couple meski belum sampai peringkat pegang tangan tapi sekeping hati yang dipinjamkan itu saya telah nodai dengan cinta. cinta yang bukan kepada empunya pemilik sebenar hati.
barangkali mereka yang telah dijemput pulang pada usia muda dengan hati yang masih bersih itu beruntung. kerana sekeping hati yang dipinjamkan itu belum ternoda.

Ya Tuhan, sungguh aku ini lemah!
masih mencari cintaMu tapi masih juga tamak menadah cinta kaum adam.

sungguh saya tak ingin bersendirian dalam hidup.

2 comments: