Saturday, September 3, 2011

jiwa kacau dodol

*malas nak buat entri yang sedih. entri yang gembira pun malas juga. mahu merepek meraban saja.

entri raya malas nak tulis. maklumlah tak ada peminat. ucapan raya dalam facebook dan sms saja.
malas ya amat. laporan tesis entah bila nak siap. tempoh hari komputer riba saya meragam. tepatnya 24 ogos waktu saya berbengkel di hotel. mujur masih boleh login lagi. 25 ogos memang parah. tak boleh login langsung dan automatik log off. tak sempat-sempat nak cetak draf laporan tesis untuk dipos kepada pensyarah. hai, nasiblah buat kerja saat akhir macam inilah...
mujur ada adik lelaki yang pandai menengok komputer riba. adik saya itulah yang membaik pulih dan akhirnya komputer riba saya sudah sihat malah lebih laju dari sebelumnya. terima kasih ya adik ku. (oh ya, adik lelaki saya single lagi. haha~ sengaja mahu promosi adik di sini. siapa-siapa berminat, sila tinggalkan nombor telefon di ruangan komen. hehe~)
walau pun komputer riba sudah sihat, saya tidak pula bersegera membuat kerja. tebal dan liat betul sifat malas yang bersarang. ah, konon mahu cepat-cepat bergraduasi. macam ini gaya malasnya ada harapankah? laporan tesis saya buka sekadar jeling sekali lalu. lebihnya melayan permainan komputer. konon jiwa kacau. jiwa kacau dodol sungguh.
ah, saya ini memang. terlalu banyak berfikir. kadang-kadang terlampau jauh dan melebih-lebih. benda yang sebesar hama jadi sebesar menara klcc. melampau. saya pun kadang-kadang tidak faham. kenapa otak saya terlebih aktif dalam perkara yang bukan-bukan. lebih baik berfikir perkara yang berfaedah. memikirkan keindahan ciptaan Allah SWT misalnya. oh, berhentilah berfikir bukan-bukan. hidup ini tidak semuanya rumit. kadang-kadang fikiran kita yang menjadikannya rumit.

oh, betul-betul jiwa kacau dodol.


2 comments:

  1. haha~ x larat umi.. dodol likat dan pekat. kena ada hero yang gagah perkasa tolong kacau :D

    ReplyDelete