Thursday, June 2, 2011

perpisahan

perpisahan.
tidak kira berpisah hidup atau berpisah mati, tetap akan mengundang kesedihan dalam hati.

pagi selasa itu, saya mendapat khabar teman sepejabat bakal bertukar ke cawangan lain. agak sedih juga. kerana selepas kekasih gelap berpindah, teman pejabat itulah tempat saya bergurau, keluar bersama, makan bersama. selepas ini hari-hari di pejabat saya akan kembali sepi.
saya tidak begitu mudah mendapat kawan baru. saya bukan jenis cepat mesra dengan semua orang. saya jenis berat mulut. diam. dan menyepikan diri.
tapi... hidup tetap perlu diteruskan.
manusia datang dan pergi dalam hidup kita. dan seperti selalu, saya ini selalu ditinggalkan.
sudah biasa.

petang rabu itu, usai perbincangan dengan bos, saya dapati ada mesej dalam peti mesej hp saya. kepalang terkejut saya mendapat berita ayah kepada kawan saya telah meninggal dunia. sedih. dan saya berasa amat kasihan kepada kawan saya itu. bertalu-talu ujian menimpanya saat dia sedang bergelut menyiapkan tesisnya. bersabar dan tabahlah, teman!
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah kawan saya itu dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


perpisahan.
tidak kira berpisah hidup atau berpisah mati, tetap akan mengundang kesedihan dalam hati.
tetapi berpisah mati lebih pedih lagi, kerana tiada lagi pertemuan di dunia yang fana ini.
sedangkan berpisah hidup, jika diizinkan Allah pastinya bersua kembali.



No comments:

Post a Comment