Tuesday, March 15, 2011

bakal menikah

ya, bakal menikah malam esok, InsyaAllah.

tapi bukan saya, ya. kawan baik saya :)
InsyaAllah pagi esok, mak ayah dan saya akan menuju ke kelantan untuk menghadiri majlis kawan baik saya itu. doakan perjalanan kami pergi balik selamat dan dilindungi Allah jua...

saya tumpang gembira kerana kawan baik saya itu akhirnya bertemu pasangan hidupnya. semoga mereka kekal bahagia hendaknya.

tapi saya juga berasa sedih. kerana selepas ini saya tidak boleh lagi melepak2 di rumah kawan baik saya sambil membuat bermacam-macam aktiviti - membuat cream puff, karipap, cup cakes, kek atau menonton dvd cerita yang manis (atau cerita 'gatal' hahaha~) atau keluar hingga malam pergi menonton wayang atau pergi menikmati western food... atau membuat aksi gila-gila dan selepas itu sama-sama ketawa :')

dan entah siapa ya yang akan melayan perangai gila-gila saya selepas ini.
tiba-tiba berasa sunyi. :(

4 comments:

  1. oh sayang...walaupun apa jua status kami...dikau totap tidak dilupakan.... :)

    ReplyDelete
  2. huk2..terharunya...sedih rsnya bc...terharu sgt sbb awk, kwn baik sy sudi dtg dr jauh dgn mak ayah. uwaa!! nk nanges. tak cukup rsnya berbilion tima kaseh nk bg. wuwuwu *masih terharu..

    kawan baik

    ReplyDelete
  3. anony : hai pengantin baru...

    huhu~ awk buat saya nak menangis la.. huk huk..
    hehehe~ cukuplah tu, sy dh tak boleh nk sumbat berbillion tima kaseh awk tu.. byk sangat..
    takut saya tak boleh nak terima kaseh dari org lain pulak.. hehe~

    selamat berbahagia kawan baik!

    ReplyDelete