Saturday, March 19, 2011

selamat ulang tahun buat ayah

selamat ulang tahun kelahiran buat ayah.
ulang tahun kelahiran yang keenam puluh empat.
semoga ayah dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik

sebenarnya saya merancang untuk membuat kejutan. rancangan saat akhir sebenarnya (ya, saya ini last-minutes girl). jadi saya buat-buat lupa dan tidak mengucapkan selamat kepada ayah. tapi pagi tadi ayah datang menunjukkan sms daripada senheng mengucapkan selamat. kata ayah, "senheng ingat..." mungkin dia fikir kami lupa. tidak. kami tidak pernah lupa. semalam juga emak ada sebut tentang hari jadi ayah. malah hadiah ayah sudah dibeli sebulan yang lalu. jadi kejutan itu sudah tidak berapa menjadi. hoho~

tidak mengapa. masih ada rancangan lain. hehe~

buat ayah, tidak mungkin saya lupa hari jadi lelaki yang pertama dalam hidup saya. tanpa ayah, tiada saya di dunia ini. tanpa ayah, mungkin saya tidak menjadi diri saya hari ini.

maafkan saya, ayah kerana saya banyak menyusahkan ayah dan menyakitkan hati ayah. dan melukakan hati ayah dengan kerenah saya yang bukan-bukan. malah banyak kali saya menyanggah kata-kata ayah. atau tidak sefahaman dalam banyak perkara. maafkan saya, ayah.

bukan saya tidak sayang ayah. tapi saya memang tidak berapa menunjukkan perasaan saya. ayah, saya bukan lagi anak kecil ayah yang berumur 8 tahun. anak perempuan ayah ini sudah dewasa. tidak mungkin saya boleh bermanja-manja dengan ayah seperti dulu. mana mungkin ayah boleh mendukung saya lagi. atau pura-pura menyangkutkan saya di dinding sehingga saya berasa gayat kala saya merajuk. atau menggosok-gosokkan tangan saya ke jambang ayah yang baru dicukur sehingga saya berasa geli-geli dengan tunggul-tunggul jambang yang kontot. :')

semoga Allah SWT sentiasa memelihara ayah dan merahmati ayah.

selamat ulang tahun kelahiran, ayah!

2 comments:

  1. so sweet..alhamdulillah semoga ALLAH panjangkan umur ayah wani..dengan kesihatan yang baik...

    ReplyDelete