Monday, August 30, 2010

yang pertama biasanya manis

oh, yang pertama di sini bukan bererti tempat pertama dalam pertandingan. bukan.
yang pertama di sini adalah yang pertama dalam hidup.
bagi saya yang pertama biasanya manis. atau indah. atau sedap. mungkin kerana perasaan teruja. contohnya pertama kali makan hotplate sizzling yee mee, saya rasa sangat sedap. dan itu satu satunya sizzling yee mee paling sedap yang saya pernah rasa. selepas itu dah tak jumpa lagi sizzling yee mee yang sesedap itu :(
ataupun seperti kali pertama minum di resepi rahsia (tidak ingat nama minuman itu). rasa sungguh manis dan berkrim. manis seperti dilamun cinta.
pertama kali memandu kereta (semasa baru mula mula belajar), rasa seronok dan teruja apabila merasai kereta itu bergerak. sekarang ini perasaan memandu sudah tidak seseronok kali pertama. adakala rasa lebih selesa jika duduk di tempat penumpang. semuanya kerana rasa geram dengan sikap tak sopan sesetengah pemandu.
pertama kali mendapat kereta sendiri, rasa seperti tidak percaya. seronok dan gembira juga. kalau boleh, malam malam mahu saja tidur dalam kereta hoho~ saban minggu saya mandikan kereta. tapi sekarang... masih lagi gembira tapi sudah jarang memandikan kereta. bukan tidak sayang lagi, tapi rasa geram kerana habuk habuk dari tapak pembinaan tak jauh dari pejabat akan melekat pada kereta. dan kereta akan kelihatan kotor seperti setahun tidak mandi -_-"
semasa kanak kanak dulu, pertama kali mendapat gaun dari ayah, rasa seronok dan gembira. gaun hijau itu tidak mewah. tapi saya suka dan saya tidak lupa sampai sekarang. kerana itu satu satu gaun yang ayah belikan (ayah lebih suka membeli baju-t dan seluar untuk saya).
pertama kali membeli kamera seingat saya, saya tidak teruja. masa itu harga kamera digital kompak sangat mahal dan tidak mampu dimiliki pelajar seperti saya. saya hanya membeli kamera filem. masih ada lagi dalam simpanan. mungkin akan jadi artifak untuk ditunjuk pada cucu cucu kelak. hoho~
kali kedua saya membeli kamera (atau mungkin saya perlu lebih spesifik -  pertama kali membeli kamera jenis digital), rasa teruja dan tidak percaya. seperti mimpi saja. begitu teruja sehingga saya terlupa bertanya beberapa soalan penting. dan saya terlupa untuk mencuba kamera itu di kedai -_-" tak apalah... saya gembira dengan kamera dslr yang pertama milik saya itu :)
eh, ini cerita tentang kali pertama. hoho~ kali kedua membeli kamera, tapi kali pertama memiliki jenis dslr. boleh juga ya?
ya, yang pertama itu biasanya manis. seperti kali pertama jatuh cinta.

6 comments:

  1. aa ahh...semoga sentiasa menjadi kenangan ...Tapi yang tak penting..walaupun mula2 manis dikenang..kalau tak perlu dikenang tak merugikan..tak yah dikenang...hee hee..berbelit pulak ayat ni..hee hee

    ReplyDelete
  2. hehe~ mem, hanya yg manis manis saja mau dikenang. yg lain tolak tepi (cth: pertama kali jatuh basikal, pertama kali calarkan kereta... bla bla)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh.. wani dah beli kamera ker??? bila nak amek gambar saya ni.

    saya belum rasa manisnya mempunyai kereta sendiri. huhu... bilalah agaknya yeer.

    ReplyDelete
  4. adzmira: ya, sudah beli selepas lama mengidam :D
    tunggu dulu ya. nak tajamkan skill tangkap gambar hehe...
    InsyaAllah, ada rezeki nti merasa la pakai Honda. vroom!! vroom!!

    ReplyDelete