Tuesday, July 13, 2010

3 hari : jumaat

ini cerita yang berlaku dalam 3 hari. bukan ambil masa 3 hari untuk habis baca.

hari : jumaat

ada pengambilan baru di pejabat saya. memang sibuk sikit tapi masih juga mahu keluar waktu rehat. kawan saya, umi ajak makan di the mall. lepas makan ronda-ronda.
balik ke pejabat, terasa ada sesuatu yang kurang. rupanya wallet saya tertinggal dalam kereta umi. ah, sudah...
terpaksalah saya pergi ambil wallet saya itu lepas waktu pejabat. nak ke pejabat umi pun saya tak tahu jalannya (baca : gadis kl yg tak tahu jalan2 kat kl). jadi saya tawakkal pergi ke rumah umi di bukit jalil (dah tak ingat jalan ke sana).
saya tersilap ambil susur keluar. sudahnya sampai ke UM. terpaksa patah balik ke rumah kawan saya yang lain, zana di taman desa. dan menunggu zana pulang dari pejabat selama sejam.
pukul 7 baru saya bertemu zana. kami bertolak ke bukit jalil melalui OUG. zana menelefon umi, saya pula memandu. tapi berlaku salah faham, kami keliru. sudahnya sesat di lebuhraya sampailah ke LDP dan masuk bandar sunway.
di bandar sunway kereta saya ditimpa kecelakaan. waktu sedang mengundur kereta (dengan gaya tak berapa perlahan), saya terlanggar motor seorang budak perempuan india. terkejut dan takut. mujur waktu itu, budak perempuan itu sedang berdiri di tepi gerai burger. mujur motornya tak remuk. tapi kereta saya cedera di bonet dan bumper. alahai...
selepas mengharungi liku-liku yang mencabar, akhirnya kami selamat sampai bukit jalil. ya, akhirnya sampai juga hajat kami mahu bertemu anak umi. selama ini melihat gambar dan video telatah lucu qistina dalam mukabuku. comel, nakal, lucu. memang geram.
ini qistina dan kereta sportnya. comel tak?

10 comments:

  1. wah mencabarnyer..cam ne nak bawa mem ronda ni...nanti mamabik kena mahir jalan2 dulu ek..
    p/s simpati dah faham perassan bila 1st time keta cedera...huu huu

    ReplyDelete
  2. anony : siapakah yang lasak itu? hehe...

    M Aida : depan mem kne bawak slow2 takut kne potong gaji hehe... owh, bukan kali pertama kereta cedera. sudah calar-balar dan kemek sebelum ini. tapi setiap kali cedera memang sedih. seperti melihat kekasih hati dibelasah penjahat.

    ReplyDelete
  3. owh wani ku. kesian. sesat. saya yang silap dengar apa yang zana cakap. sampai tersilap bagi direction. tapi nasib baik abangku menelefon zana. abang ku itu memang pandai memberi direction. itu memang tak dapat kunafikan. huhu. lenkali datang lagi tau. leh teman saya time abang takde sambil melayan qistina. dia nampaknya suka wani. sampai ke mana-mana dia ikot wani aritu.

    ReplyDelete
  4. adzmira : x pe la. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. wah, sempat puji cik abang kt sini. InsyaAllah x de aral kami datang lagi. alala...dalam fikiran qistina saya ni baya2 dia je kot. tu yang dia ikut. hehe...

    ReplyDelete
  5. mamabik memang ada potensti menjadi ibu angkat yang disukai ramai anak2 nye...

    ReplyDelete
  6. wahh.. berangan tak hengat.. kiter ni dah tua wani. mana boleh jadi baya budak2 2 tahun. huhu

    ReplyDelete
  7. m aida: huhu~ kalau boleh tak mahu sekadar menjadi ibu angkat.

    adzmira: hoho~

    ReplyDelete
  8. datang la umah lagi.. nanti bulan pose, kalau abang saya keje, mehla buka sama2. huhu

    ReplyDelete