Monday, July 5, 2010

rasa sedih tapi masih mahu ketawa

sabtu 3 julai 2010.
Selamat Pengantin Baru buat kawan sekolah menengah saya, Nisa' dan pasangan pilihan hatinya. Nisa' nampak cantik :)
majlis kahwin Nisa' mempertemukan saya dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu yang sudah bertahun-tahun tak jumpa. marliana datang dengan suami dan baby. tahniah atas kelahiran baby, marliana! ros yang still comel tak bawa family. erenah masih sama seperti dulu. che rahayu maintain slim walaupun ada dah ada anak. aimi pula tak cam saya sebab saya pakai contact lenses hoho~ farah wahida. hashima. azlina. setakat itu yang saya sempat jumpa.
memang saya sengaja menyepi dan 'menghilangkan diri'. rasa segan dan rendah diri mahu bertemu kawan-kawan lain yang berkerjaya hebat, berpenampilan menarik dan matang. lain benar dengan saya yang kerja kerani (suatu ketika dulu), pakaian selekeh dan seperti budak sekolah.
selepas kenduri Nisa' di Sering Ukay, saya dan teman saya yang anggun berkebaya singgah di shah alam.
ada pesta buku di kompleks pkns. dah lama tak pergi pesta buku. seronok. selepas itu pusing-pusing mencari baju untuk kenduri sepupu saya hujung bulan ini. banyak kedai saya tengok dan ada baju yang saya berkenan. tapi sayang agak ketat di bawah sebab saya tak ada drumstick ayam kfc :(
alih alih tak jadi beli -_-"
lepas itu berkejar ke surau untuk solat maghrib. saya sebenarnya nak buang air kecil waktu pusing-pusing tengok baju tapi sengaja saya tahankan. waktu terkocoh-kocoh masuk tandas, saya terlopong nampak 2 orang lelaki.
"ni bukan toilet perempuan ke?" (dengan muka bingung)
"toilet perempuan sebelah sana."
waaa~ malunyaaaa... (tu la lain kali jalan tu jangan tunduk pandang lantai. pastu tengok sign board betul-betul. bukan tengok sekali lalu. huhu~)
bila masuk tandas perempuan yang malap dan menyeramkan, saya tengok tak ada pencangkuk (hook) nak gantung plastik barang. terpaksalah gantung di kepala paip.
selesai urusan saya ambil plastik barang di kepala paip. saya tak sedar air dari kepala paip menitis-nitis masuk memenuhi 1/5 plastik. di surau baru perasan. Ya Allah sedihnya. handphone saya dalam plastik barang tu dah jadi akuarium. teman saya itulah yang tolong buka bahagian bateri. dan teman saya itu yang berusaha mengeluarkan air dari akuarium handphone saya. terima kasih temanku :')
saya sedang menangisi nasib handphone sambil menanti fish n chips. hoho~

teman saya yang anggun menangis kebuluran sambil menunggu lasagna. hehe~

hari ini saya pakai hanphone lama. walaupun tak canggih, tak ada kamera, tak boleh MMS, tapi handphone lama ini penyelamatku.
huhu~ harap-harap handphone baru cepat sembuh.
handphone saya lemas. bloop bloop bloop (sekadar gambar hiasan)

tips dari kawan saya : kalau handphone terjatuh dalam air, masukkan hanphone dalam beras. beras boleh serap air.

4 comments:

  1. ya Allah gbr kedua tu nmpk ketulan perut. haha! :P

    apa khabar fon awk? kesian sgt awk hr tu dgn muka plg sedih dlm dunia :(

    i'Allah fon awk akn sihat mcm sedia kala. kalo tak, kita cubit fon awk sbb nakal sgt. wuwu

    ReplyDelete
  2. anony,
    alala...lupe nak crop. x pe ketulan perut itu sgt comel.
    hehe, sebenarnye saya lupe nk jenguk smlm. tersadai dalam bekas beras lagi -_-"
    wuwu~ sy nk gigit2 je..nyam nyam nyam...

    ReplyDelete
  3. cerita wani ni sedih. handphone masuk dalam akuarium tapi garapan cerita wani membuatkan saya ketawa. huhu... maafkan saya wani.hope telefon itu segera sembuh.

    ReplyDelete
  4. handphone masih belum sembuh...huhu~ belum sempat mahu hantar ke kedai.

    ReplyDelete