Wednesday, February 3, 2010

k.e.l.a.b.u

kelabu... itu warna hati ku saat ini.
kelam, kusam, muram. seperti awan yang sarat air hujan.
dan hati serta pipi telah basah. mata menangis. hati berlagu sendu.

belum surut rasa sedih, satu lagi berita kurang enak menerjah. menyaratkan relung hati dengan kesedihan. entah ke mana harus merintih. tak punya siapa. hanya Yang Esa Yang Maha Mendengar. lalu hati ku pujuk sendiri. tapi lemah. goyah. Ya Allah, berikan daku kekuatan. usah biarkan daku larut dalam kesedihan.

dalam rona kelabu, ku pujuk mata untuk lelap. kerana esok masih ada. dan kerja2 yang menanti di pejabat. moga2 esok ada warna ceria. buat ku tersenyum...

2 comments:

  1. sayang...ini lah kehidupan..tak pernah lekang dengan ujian..ia mengajar kita agar lebih matang dan tidak mengulangi kesilapan...

    ReplyDelete