Saturday, August 15, 2009

terluka

ini ada satu kisah...

"PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahan mu," jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari menukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu per satu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

jika kita berasa marah terhadap seseorang, cubalah bersabar dan bertenang sebelum kita menghamburkan kata-kata kemarahan. kerana tajamnya lidah lebih dari tajamnya mata pedang dan bisa menghiris hati terutamanya insan2 yang kita sayangi.

ada sesuatu yang telah berlaku yg menyebabkan aku menyesal...

hari ini hari ulang tahun kelahiran anak saudara ku. awal2 lg aku dan abangku telah merancang untuk mengadakan majlis mkn2 dan saudara-mara terdekat telah pun dijemput. hendak dijadikan cerita, hampir semua saudara yg dijemput terpaksa menguzurkan diri kerana ada aral yg menghalang.

aku berasa kasihan terhadap abang dan kakak ipar ku yg telah bersusah-payah menganjurkan majlis tp malang sekali begitu ramai yg tak dapat hadir. dlm pd itu, timbul satu salah faham yg menyebabkan aku menghantar sms menghambur kemarahan terhadap ibu saudara ku tanpa memberi peluang padanya untuk membela diri. aku yg biasanya boleh menerima alasan, boleh memahami; menjadi emosional. melulu tuduhan ku lemparkan tanpa mengambil kira ada hati yg terluka.

apabila salah faham mula terungkai, aku berasa menyesal dan bersalah kerana begitu terburu-buru menghantar sms itu. kalaulah aku bersabar dan bertenang dahulu, pasti tiada hati yg terguris.

apa nk buat. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

mujurlah aku telah menerima kemaafan dari ibu saudara ku. terima kasih atas hadiah kemaafan yg tak ternilai itu. walau pun aku telah mengungkap kata2 maaf, namun rasanya tak memadai untuk memadam kesilapan yg telah berlaku.

satu pengajaran buat ku...

No comments:

Post a Comment