Wednesday, February 27, 2013

seorang perempuan super

dia adalah seorang perempuan super.
dia adalah seorang perempuan super yang mampu menjadi pandai dalam masa singkat dengan hanya mengajar diri sendiri  berpandukan sebuah buku yang beberapa muka suratnya hilang entah kerana pekerja kedai yang cuai membuat salinan atau mesin penyalin yang perlu diselenggara.
dia adalah seorang perempuan super yang mampu menjadi pandai dan faham secara automatik tanpa pakar rujukan atau sekurang-kurangnya seorang guru.
dia adalah seorang perempuan super yang mampu membuat kerja laju-laju malah dengan hasil yang super juga.
dia adalah seorang perempuan super yang tak mudah penat malah bersemangat menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun.
dia adalah seorang perempuan super yang mampu selesaikan masalah yang tak dapat diselesaikan oleh orang lain.

dia adalah seorang perempuan super. perempuan super dalam mimpi ketuanya.
kerana dia sebenarnya bukan seorang perempuan super.

print screen dari instagram dena bahrin.
kata-kata semangat untuk perempuan bukan super itu.


4 comments:

  1. ya spt kata awk pd sy dulu; kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. ya kita bukan perempuan super. saya juga. tetiba rs mcm rindu dekat clark kent hew hew hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ha, memang tak mudah nak puaskan hati orang lagi-lagi kalau org yg letak expectation terlalu tinggi. tapi tak mampu nak tolak sebab takde orang nak buat. huhuhu~ kena cari jalan mcm mane nak jadi super ni.
      haip! jangan rindu lebih lebih. dah ade 2 super hero kat rumah. saya tak pe. muahahaha~~

      Delete
  2. Wah!!tetiba berhangan2 nk jadi seperti pompuan super itu =)

    ReplyDelete