Tuesday, January 29, 2013

diam

diam.
adakalanya diam lebih baik andai tutur bicara yang diluahkan bisa mencederakan hati dan perasaan.
adakalanya diam lebih baik saat amarah menguasai supaya tutur bicara yang terluah tidak menjadi seperti paku di dinding. meski dicabut paku, kesannya kekal dan dinding menjadi hodoh berlubang tidak sama seperti asal.
tetapi adakalanya diam boleh menyeksa.
membuat orang tertanya-tanya.
kerana kita hanya manusia biasa yang tak mampu menebak isi hati dan fikiran orang lain.
bersuaralah. andai diam hanya menyeksa. andai diam tidak dapat menyelesaikan masalah.
bersuaralah. 
kerana manusia itu bukan dicipta untuk hidup bersendirian di dunia ini.

12 comments:

  1. betul tu wani.. saya sokong.. saya tengah tertekan dengan kediaman ni... owh ALLAH.. berikanlah kesabaran kepada hambaMu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu~ Mungkin ada seseorang yang perlu bersuara untuk menghapus diam yang tak perlu itu. huhuhu~

      Delete
  2. berkata yang benar memang pahit dan menyakitkan hati orang yang terasa..Semoga kita sama2 banyakkan berdoa agar ALLAH SWT bantu kita...

    ***Tu la memang..nak meluah takut mati mak..nak berkata takut mati bapak..eh betul ke peribahasa tu...huu huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah.. Moga dipermudahkanNya..

      hehe~ betul separuh je. "Ditelan mati emak, diluah mati bapa" :)

      Delete
  3. mmg sy pn pernah nak lari dari semua perkara dan rasa ingin bersendiri; di dalam hutan misalnya. ataupun seorang diri di london contohnya. tp benarlah kata awk kita bukan dicipta untuk hidup sendiri. kami ada, wani. selain keluarga dan saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnya nak pergi london, saya tak brp pandai speaking ngahaha~

      Delete
  4. Dah lama diam xsembang2 sama wani. hehehhe =)
    Selamat berblogging semula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, selamat juga :)
      hari tu kan dah whatsapp hehe~ lama tak sembang live kan?

      Delete
  5. Petikan saya pernah baca : "Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
    (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)."..

    cuma kadangkala kita perlu berkata-kata utk meluahkan apa yg perlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zana..
      memang betul kalau berkata yg sia2 lebih baik diam..
      tapi ada situasi yang kita perlu bersuara sebab orang lain tak tahu apa dalam fikiran/hati kita. daripada kita memendam sakit hati sendiri baik luahkan dengan baik, kan?

      Delete
  6. ilmiah nye semua org...sy xtau nk ckp sebest semua org.tp bg kita tutur kata yg baik blh menyampaikn sesuatu tanpa menyakitkan hati siapa2. -petikan dpd ayat sendiri yg xbest

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada ilmiahnye, wak.. banyak lagi yang perlu sy perbaiki.
      Anyway thanks, awak :)

      Delete