Sunday, June 10, 2012

nota buat hati

hati, tabahlah...
rasa mahu bina empangan yang kukuh di tubir mata. supaya tiada lagi air mata yang melimpah.
rasa mahu bina perisai besi untuk hati. supaya hati lebih kebal dan tak rapuh.

Allahu Rabbi...
sihatkanlah ayah ku. Sangat sedih melihat keadaan ayah yang semakin susut. dan uzur. serta berilah kekuatan dan ketabahan kepada ibu ku untuk berbakti kepada ayah. (dan sihatkan hati ku. moga sentiasa tabah dan redha dengan takdir-Mu.)

kesedihan seperti awan mendung yang akan berarak pergi.
dunia ini sementara; kesedihan jua. positif! positif!

ya, percayalah. kesedihan tidak kekal.

suatu hari, apabila saya gembira kelak saya berharap saya tidak hanyut dalam kegembiraan itu. kerana saat kita gembira, ingatlah ada hati yang berduka. saat kita tertawa, ada mata yang menangis.

dan suatu hari kelak saat saya menghirup manisnya bahagia, saya berharap saya tidak hanyut dalam nikmat itu. kerana tika itu, mungkin ada yang sedang bergelut dalam kepayahan. atau mungkin sendirian menanggung kesakitan. semoga kesedihan dan kesukaran hari ini mengajar diri saya untuk menjadi lebih baik.

sabar dan tabahlah, duhai hati.

No comments:

Post a Comment