Sunday, August 7, 2011

jelas

"takkan kau nak kawin dengan OKU?"
entah bagaimana saya teringat kembali kata-kata itu. sedikit cerita tentangnya ada di sini.
puncanya kerana kawan sekolah saya menghantar mesej meminta alamat rumah saya. terus saya teringat kata-kata itu.



  • Friday
    Saya
    • As salam... nak kawen ek?
      ada benda dh lame nk tny. Z kawan ngan A kan? dulu pnh chat ngan A. ntah camne dia sebut nk ngurat tp Z x bg, Z ckp "takkan kau nak kawin dgn OKU?". just nk tahu je betul ke Z pnh ckp camtu. sebab the words hurt. trying to forgive tp cmne nk maafkan kalau hati x redha. i needs clarification. sempena bln baik ni, aku kalau boleh x nk dendam. ok, sorry klau kata2 aku kasar.
  • Friday
    Z
    • ya allah..wani..aku xde kutuk2 or hina sesape..
      aku yakin mmg aku xde ckp cam 2 wlupon ngan sesape pon..hanya Allah yg tau..
  • Friday
    Saya
    • betul? then, semua tu just salah faham ek?
      Aku minta maaf sebab selama ni aku menyimpan anggapan yg salah kt kau.. really sorry dan aku harap sgt bende ni settle..
      Salam Ramadhan...
  • Friday
    Z
    • klu aku de slh pe pon aku mntk maaf..tp bab2 menghina or mngutuk org ni aku mmg bkn cam 2..klu ko x cite ni aku lgsung xtau..anyway mntk almt umah ley kan..rmai geng2 lame aku dh mntk..




jadi sekarang saya berasa senang hati. yang kusut telah terhurai. siapa sebenarnya yang melontar kata2 itu saya tidak mahu ambil tahu lagi. Allah Maha Mengetahui.

dan sesuatu yang saya pelajari, jangan menyimpan anggapan pada orang sebelum mengetahui cerita sebenar. bertanyalah. kerana malu bertanya sesat jalan, memendam perasaan dan menyimpan anggapan.

harapan saya, semoga Ramadhan ini menyucikan hati dan menjernihkan kembali mana-mana yang keruh. semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan dalam bulan yang mulia ini.




3 comments:

  1. tapi, bila kita tengah marah, baik kita pendam kan dulu kan. takot nanti boleh bawak bergaduh. huhu...

    ReplyDelete
  2. bik...sabar ye bik..kita sama2 positif ek..

    ReplyDelete
  3. umi : betul juga.. bila dah sejuk baru boleh bincang :)

    Aida : ye mem.. insyaAllah :)

    ReplyDelete