Friday, April 29, 2011

manis... tapi realiti bukan seperti itu


layan ini dulu - love language


sudah?
muka pelakon lelaki itu agak suwit ya? hoho~
tapi pelakon perempuan itu tidak cukup kain. haishhh~ -_-"

oh, saya bukan mahu kritik filem pendek ini. saya suka filem pendek ini. suwit. manis.
dan lebih manis apabila perempuan itu mengatakan (dalam bahasa isyarat), "sorry, i'm d-e-a-f" dan lelaki itu menulis nota "You're still beautiful."
manis ya?

dalam kehidupan sebenar bukan begitu.
kenapa? saya sendiri half deaf. tapi bukan itu yang berlaku kepada saya. bila saya berterus terang saya ini half deaf atau bila lelaki-lelaki mendapat tahu saya ini half deaf, antara reaksi mereka - terdiam, "oohh", senyap (tidak melayan mesej saya lagi) dan paling keji "takkan kau nak kawin dengan OKU?".
senyum.
maaflah kalau anda menganggap saya ini negatif.

tapi bukan semua begitu. masih ada manusia-manusia berhati baik dalam dunia ini. saya tidak harap simpati. cuma harap difahami. saya mahu menjalani hidup seperti manusia biasa.

jangan lupa, nikmat Allah kan tak terhitung. hilang sebahagian nikmat, mungkin kita dapat dalam bentuk lain. jadi, bersyukurlah...

2 comments:

  1. Bik...the short movie is too beautiful..Believe in yourself,insyaALLAH ALLAH know what better for you :)

    ReplyDelete
  2. yeah, i love that short film~
    InsyaAllah... thanks mem :)

    ReplyDelete