Sunday, February 6, 2011

sebulan tidak kemaskini blog rasa seperti setahun

oh, rupanya sudah bersawang blog saya ini.
bukan tiada cerita, tetapi rentetan demi rentetan peristiwa yang ada kala membuat saya lelah, ketawa dan menangis mengurangkan keinginan untuk menghadap blog.
kerja seperti biasa - masih sibuk dan masih lagi dihujani timbunan kertas yang jika diselerakkan, boleh berenang-renang di atasnya. cuba bayangkan uncle scrooge (scrooge mc duck) yang berenang-berenang dalam timbunan kepingan syiling emas. ya, seperti di bawah :)
pakcik kayo!!!
(kredit gambar kepada google)

28 januari itu, usai kerja di pejabat saya bergegas ke subang. rancangan asalnya mahu bertolak ke subang sebaik waktu pejabat saya berakhir tepat 4.30 ptg. memandangkan hari itu adalah hari terakhir 'kekasih gelap' saya bekerja di pejabat kami, maka saya meluangkan waktu untuk membantunya mengangkat barang-barang ke kereta. 'kekasih gelap'? hu, sabar. saya akan ceritakan nanti kenapa saya menggelarkan dia 'kekasih gelap'.
saya tiba di subang 15 minit sebelum pukul 7 dan terkocoh-kocoh mengejar asar. (ya, jangan tiru macam saya -.-"). tidak lama kemudian, kawan-kawan yang lain tiba dan kami menuju pejabat kawan saya untuk meninggalkan kereta merah milik kawan saya yang lain di pejabat kawan saya itu. huh... berbelit-belit? tak mengapalah... semasa menunggu kawan saya parking kereta merahnya, saya berehat-rehat di kereta ditemani 2 org kawan. tiba-tiba terdengar bunyi bising. rupanya seorang penunggang motor dilanggar kereta. mujur tidak parah. mungkin calar-balar. tetapi kasihan melihat penunggang motor itu. saya teringat seseorang yang saya tahu dia memang menunggang motor ke pejabatnya. huhu~ semoga tiada perkara yang buruk menimpanya.
kami mula bergerak melepasi tol subang selepas kawan menghubungi pihak berkaitan untuk menguruskan perihal kemalangan tadi. Alhamdulillah perjalananan kami lancar dan pukul 3 pagi kami selamat tiba di kedah.
29 januari - ulang tahun kelahiran kawan saya. Selamat Hari Jadi, Suzana. semoga Allah sentiasa memeliharamu. hari itu juga kami bercadang untuk meraikan majlis perkahwinan seorang kawan kami di pulau pinang. pagi itu, selepas subuh masing-masing tidak dapat melelap mata dan kawan kami merangkap anak tuan rumah membawa kami bersiar-siar di bendang dan pulau. wah, seronok sekali lebih-lebih lagi dapat merakam gambar yang cantik.
menjelang tengah hari baru kami bertolak ke pulau pinang dan tiba dalam masa sejam lebih. Selamat Pengantin Baru buat Baiti dan Kamarul. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
...
oh, cerita belum habis. tentang 'kekasih gelap' saya itu, sabarlah. saya akan taip.

3 comments:

  1. ah stress. cerita tergantung. mau mogok lapar skrg. gegege

    ReplyDelete
  2. owh, awak jgn mogok lapar~
    nti bdn tambah pipih kurang comel menyarung gaun..ya~ faham2 saja la... hoho~

    ReplyDelete
  3. bik...baby bik nak tau ni siapakah kekasih gelap itu...jeng jeng jeng..zahraa nak dapat daddy bik :)

    ReplyDelete