Saturday, November 27, 2010

kerana perut badan binasa?

*entri ini sudah diperam sekian sekian waktu. harap maaf*

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

sudah jadi tabiat buruk saya, setiap kali bersarapan atau makan tengah hari di meja kerja, mesti saya akan membuka blog. sambil mengunyah, sambil membaca.
pagi tadi hampir tersembur nasi goreng emak yang sedap selepas saya membaca tentang makanan halal atau tidak di sini.
hampir semua makanan yang pernah masuk ke perut saya tersenarai. astaghfirullahalazim...

1. sushi
pertama kali makan sushi ketika zaman bergelar siswi dahulu. ya, pertama kali makan rasa agak aneh. seperti memakan nasi yang masam. selepas itu, perlahan lahan perut saya boleh terima.
saya tidak pernah menjejak kaki ke sushi king. kebiasaannya saya membeli sushi di kaunter sushi yang biasa terdapat di pasaraya besar. selama ini tidak pernah saya menyemak tanda halal pada sushi kerana saya fikir sushi hanya setakat nasi, rumpai laut, ikan, telur, timun dan tiada binatang yang haram.
ah, dangkal sungguh saya ini. saya terlupa tentang sake dan mirin yang sudah jelas mengandungi alkohol.
selepas ini taubat saya tidak mahu makan sushi. saya ragu ragu status halalnya.

2. western food
saya memang penggemar western food. kalau datang angin selera western, memang saya tak kira sama ada gaji sudah masuk atau belum. sentiasa bermurah hati menyedekahkan duit kepada restoran yang menyaji western food.
dahulu, saya biasa memilih pizza hut atau secret recipe. ok yang ini ada tanda halal jakim jadi saya tidak ragu ragu.
yang terbaru saya makan di kenny rogers yang mana difahamkan hanya di negeri sembilan yang ada pengesahan halal (berdasarkan direktori halal jakim). oh, bagaimana pula cawangan di kl?
saya juga pernah menikmati masakan ikan di manhattan fish market. yang ini memang ada tersenarai dalam direktori halal jakim. saya teringat dahulu sewaktu bekerja di sekitar ampang, memang biasa saya lalu ampang park. saya perasan ada restoran manhattan fish market. tetapi masa itu memang saya tidak berani masuk restoran western sebegitu sebab saya terbayangkan dihidangkan wine. ah, imaginasi imaginasi...
dan saya juga pernah makan di big brothers yang tidak tersenarai dalam direktori halal jakim. mungkin saya akan berasa was was untuk pergi lagi. entahlah... masih terbayangkan keenakan chicken grill. sudah sudah...

3. makanan segera
makanan segera biasanya jadi pilihan dalam kes tak-tahu-nak-makan-apa-dan-malas-nak-fikir atau berasa emo hingga teringin makanan kalori tinggi. yang biasa menjadi pilihan - kfc, mc d, pizza hut, kyros kebab, 1901 hotdog.
atas pengaruh rancangan turun-berat-besar besaran di tv, saya berjinak jinak dengan subway. baru dua kali saya menikmati roti dengan inti yang boleh dipilih sendiri. selepas membaca blog ini, ampun saya tak mahu lagi. tiba tiba rasa kembang tekak.

4. kedai mamak
oh yang ini memang seboleh bolehnya saya elak. dahulu pernah juga makan di kedai mamak tetapi bukan selalu kerana saya bukan peminat besar masakan mamak. kalau mengajak saya makan, tolong tolong tolong jangan cadangkan kedai mamak. *geleng laju laju.*

saya memang suka makan dan paling suka tengok makanan yang dihias cantik. kalau keluar makan dengan kawan saya, kami akan tangkap gambar makanan dahulu sebelum menjamah. jangan hairan kalau gambar makanan lebih banyak dari gambar muka kami.

tapi bila ada isu halal ini, mahu tak mahu kena memilih.
baguslah. bila dah kurang pilihan untuk memuaskan nafsu makan di luar, mungkin boleh menyelamatkan duit poket dan mengelakkan saya memakan makanan berlemak lemak.
mungkin juga saya boleh kurus.


mungkinlah. kot?

2 comments: