Friday, October 22, 2010

kura kura

saya dilantik sebagai jawatankuasa untuk suatu majlis. tiada surat lantikan.
entah mengapa semasa mesyuarat saya semakin berat hati untuk menganggotai jawatankuasa. saya tidak faham apa peranan dan kepentingan saya dalam jawatankuasa. atau mungkin untuk mencukupkan korum?
ditambah lagi waktu ini, tahap keyakinan saya rendah sekali. perasaan segan menyelimut saya dalam dakapan yang erat. mahu bercampur dengan teman sepejabat pun tidak bernafsu. apatah lagi mahu berdepan dengan 100 orang dalam majlis itu. 
kalaulah saya seekor kura kura, sudah lama saya bersembunyi dalam cangkerang yang keras tetapi nyaman.
saya terfikir untuk menarik diri.
tetapi seperti tidak wajar pula. majlis berlangsung minggu depan.
tapi saya betul betul tak mahu jadi anggota jawatankuasa.
pening.
.
.
kalaulah saya seekor kura kura, sudah lama saya bersembunyi dalam cangkerang yang keras tetapi nyaman.

5 comments:

  1. bersabarla wani. untuk yang pertama kali jadi ajk memang akan jadi macam tu. kiter lebih banyak terlopong dari membuat keje. tapi, anggapla itu sebagai satu permulaan bagi diri kiter sendiri untuk mula bergaul dengan orang. insyaALLAH, kalau diberi peluang lagi di masa akan datang, kita akan menjadi lebih yakin... semuanya bergantung kepada individu. ada yang cepat nak sesuaikan diri. ada yang lambat. berdoalah...

    ReplyDelete
  2. @M Aida : he... :D

    @adzmira : bukan 1st time. awal thn ni pun jadi jawatankuasa tapi saya tahu apa peranan saya. jadi tak pening. memang susah bila tak tahu apa yang patut kita buat.
    ini dah 2 kali mesyuarat pun masih tak faham. haish... -_-"

    ReplyDelete
  3. btl. setuju dgn org di atas. anggap sbg satu permulaan utk bergaul dgn org. rs rendah diri tu blh di atasi secara perlahan2. yg pntg awk snd mahu. positif tau. jumaat ni kita deting :)

    ReplyDelete
  4. @puding roti : ya (muka insaf). deting? owh, mau mau mau. :D

    ReplyDelete