Monday, August 2, 2010

warna-warni induksi bil.5/2010


ya, akhirnya saya berjaya menamatkan induksi selepas berpenat lelah dan berdepan pelbagai peristiwa. tahniah kepada diri sendiri.
saya pergi induksi tanpa perasaan. dan pulang dengan perasaan yang bercampur-baur.
3 hari pertama sangat seronok. kami main macam-macam permainan. salah satunya permainan mafia. saya sangat suka. sebabnya, saya dilantik sebagai mafia. hoho~ bila terima arahan kami mafia-mafia yang diberi mohor 'M', perlu bunuh orang-orang kampung. kemudian orang-orang kampung perlu menangkap mafia yang menyamar. satu-persatu mafia kecundang, hingga tinggal saya seorang. kata kawan saya, urusetia (yang juga ketua mafia) sendiri yang meng'kantoi'kan saya. sebabnya, dia sebut 'MUKA YANG TAK BERSALAH'. semua mata bertumpu pada saya. sebab mereka kata muka saya muka baik dan tak bersalah  -_-"
walaupun kantoi, tapi saya seronok. malah nama 'mafia' itu lekat pada saya.
mungkin saya perlu buat muka seperti ini supaya tak kantoi hoho~
saya ini naif orangnya (dan agak bodoh juga -_-")
ada seorang urusetia yang menghantar pesanan ringkas pada hp saya. saya layan main-main saja. sungguh saya tak tahu dia itu suami dan bapa orang. bila saya tahu, terus saya tak layan. lagi pun saya rasa urusetia tak patut mengganggu peserta seperti itu. aneh dan janggal. boleh menjadi skandal.
selepas seminggu, saya terpaksa berpisah bilik dengan kawan saya. rasa sangat sedih (tapi sekejap saja hoho~ sebab selepas itu saya juga menumpang bermalam di chalet itu). kawan saya itu berpindah ke chalet yang lebih selesa. lengkap dengan pendingin hawa dan encik tivi. bilik air juga selesa. tak seperti kami yang bersesak dalam dormitory dengan bilik air berbau lipas.
baru beberapa minit kawan saya berpindah, sesuatu berlaku pada saya. hari itu jumaat. peserta-peserta lelaki beragama Islam semua pergi solat jumaat. peserta-peserta perempuan mengambil kesempatan waktu rehat itu untuk berguling-guling di katil atau membuat hal masing-masing. saya menyidai pakaian di ampaian.
waktu itu saya ternampak 3 ekor beruk menghampiri dorm saya. usai mengampai, saya mahu naik ke dorm tapi dihalang seekor beruk di tangga yang mengintai tong sampah di situ. beruk itu menyeringai menayang gigi tajamnya. saya buat tak tahu sebab saya tak kacau beruk itu. entah apa malangnya, beruk itu menerpa ke arah saya. saya bertempiaran lari dengan sandal bertumit. langsung saya tanggalkan sandal itu. berlari berkaki ayam sambil menjerit. malang sekali tiada adiwira yang muncul menyelamatkan saya (semua adiwira berpotensi sedang solat jumaat).
gigi rosak? tak de...
sampai di pintu dorm, saya dapati pintu dorm berkunci. sampai hati budak-budak dorm saya. memang pentingkan diri. sudahlah tak keluar membantu, malah mengunci pintu. selepas bertalu saya ketuk, baru dapat masuk. tergigil-gigil tangan segala. mujur ditenangkan oleh seorang peserta.
walaupun takut, tapi akhirnya saya boleh gelakkan peristiwa itu. sudah menjadi cerita lucu yang akhirnya tersebar ke telinga peserta lelaki. malah ada yang mengatakan 'mafia kena kejar beruk'. haha~ waktu itu hilang segala mafia. hanya seorang perempuan lemah.
beberapa hari kemudian, kawan satu dorm saya kata dia terserempak 3 ekor beruk tapi tak dikejar. sungguh bernasib baik. ada orang kata, beruk suka pada perempuan. saya terfikir, mungkin sebab kawan dorm saya itu sudah berkahwin, jadi beruk2 itu tidak berminat nak mengejar. tambahan pula, beruk2 yang dia terserempak itu seekor jantan, betina dan seekor anak beruk. lain pula dengan beruk yang mengejar saya. mungkin beruk itu tahu saya ini bujang lagi haha~ pandai2 saja saya buat teori.
akhirnya, tiba juga penghujung induksi. malam itu, kami buat makan-makan diiringi persembahan dan disudahi dengan karaoke. memang rasa terhibur. hampir pukul 1 pagi saya pulang ke dorm. budak dorm saya memberi amaran ada tebuan2 di atas lantai. saya berniat mahu mengambil kertas untuk membuang tebuan-tebuan itu. entah apa malangnya, saya terpijak seekor tebuan dan disengat. sakit. mujur ada kawan-kawan dorm yang tolong buang sengat. terima kasih semua. kawan dorm saya hubungi urusetia. saya sangat terharu kerana urusetia itu terus berkejar menghantar saya ke hospital tentera. terima kasih banyak-banyak buat semua terutamanya urusetia itu.
itulah sebahagian warna induksi saya. ada lagi cerita tapi saya simpan sendiri.

6 comments:

  1. banyak nya peristiwa berlaku... tapi mak saya pon cakap, memang beruk suka ngan perempuan. especially beruk jantan. ye lah kan. beruk. mana tahu nak berpikir. apa pun, didoakan semoga berjaya untuk induksi ni. memang memeritkan untuk orang macam kiter berinduksi. tapi ada orang suka berinduksi. lain belalang, lain padang. lain orang lain ragam. :)

    ReplyDelete
  2. Ya Rabbi...byknya perkara berlaku kt awk..keciannye..kena kejar bonyet yg tak tahan tu. nk tergelak kan tkt kena pelangkung jd sy buat muka sedih sekarang :'(

    kaki awk dh ok? sy dl pn pernah terpijak tebuan yg mati ms main teng teng. sakitnya mcm kena cucuk jarum. panik jap trs stop main teng teng. huu~~

    ReplyDelete
  3. adzmira : saya rasa seronok + penat + stress juga utk induksi ini. harap2 luluslah hendaknya. baru berbaloi untuk segala peristiwa yang menimpa :D
    ntah la, memang ada perit, tapi ada manisnya.

    anony : ya, saya pun tak jangka induksi saya menjadi berwarna warni dengan macam2 peristiwa. rasa macam lebai malang pun ada. haha...
    x perlu la buat muka sedih. mari kita ketawa. sebab saya rasa agak lucu juga.
    kaki sudah ok. mujur ada nalin yg tolong drive dr melaka-seremban dan adik sy pula drive seremban-kl.
    owh, awk juga pernah kena sengat. siapa yang menyelamat awk masa itu?

    ReplyDelete
  4. wah bestnye..dan menarik...memang pertama kali kita akan sedih dengan segala apa yang berlaku dalam hidup kita..tapi bila ia berlalu..ia akan menjadi sesuatu yang paling manis dikenang..macam cerita cinta kita..ops..salah la pulak..macam kisah kita wani..bik and mem...wah ku rindu saat itu :)

    ReplyDelete
  5. saya tak sedih. rasa seronok! :D
    ya rindu juga. smlm belek2 album zaman utm dulu. ah, rindu!

    ReplyDelete