Monday, August 16, 2010

cerita terawih


sabtu. abang saya datang bersama sama anak isterinya. anak saudara saya akan genap 4 tahun hari ahad ini. tembam, comel, nakal, dan suka berlakon macam macam gaya.
malam itu, waktu isyak anak saudara saya mahu mengikut saya terawih. kasihan melihatnya mencebik menahan tangis, saya bawa juga. saya pakaikan dia tudung sarung saya yang berwarna kuning. (sepupu saya panggil 'tudung malas'. tak perlu pin, hanya sarung ke kepala saja. hoho~)
sampai di masjid, kami naik ke ruangan solat muslimah di tingkat atas. kami ambil tempat yang paling tepi di sebelah 'hand rail'.
usai solat isyak berjemaah, anak saudara saya mengajak pulang.
"aii... achik (saya) tak sembahyang terawih lagi ni."
"achik... jom balik!!!" sambil menggoncang kedua dua bahu saya dengan tangan tangan comel.

saya buat tak layan saja. akhirnya dia diam. dan kemudian menjenguk jenguk ke bawah melihat jemaah lelaki. dan selepas itu dia mahu tanggalkan tudung. mungkin rimas.

"nak bukak (tudung)... tu ada budak tu bukak telekung dia."

saya geleng geleng kepala. saya tanggalkan pin di bahagian dagu tudung. selepas itu mulalah dia bermain main tudung dengan gaya nak-tanggalkan-tudung-tapi-tak-nak-tanggal. siap buat gaya ala ala memakai tutup muka. aduhai...
selepas beberapa rakaat solat terawih, dia datang pada saya.

"nak bukak tudung. jom pegi bawah (tempat jemaah lelaki)."
"eiii... tempat lelaki tu. kita perempuan."

saya tak layan lagi. sambung semula solat terawih. semasa saya solat, dia bermain main di hand rail. melambai lambai dan entah apa dibuatnya. selepas itu, dia masuk ke dalam telekung saya. dan keluar semula sebelum ruku'. sedaya upaya saya menahan ketawa dan fokus pada solat. dugaan dugaan.
selesai memberi salam, dia datang lagi.

"achik, tudung jatuh."
"la, kenapa buang tudung tu? camna achik nak ambil? adoi..." dia buat muka comel.

cukup lapan rakaat, saya terus bangun. entah apa lagi yang akan dibuatnya. baik pulang saja.
di tangga, dia masih mahu bermain main. mula mula duduk di tangga. dan kemudian meloncat loncat turun. entah macam mana dia terjatuh dan saya yang menyambutnya pun turut sama jatuh terduduk di tangga. aduh, malu pada jemaah lelaki yang memandang. (eh, diorang pandang ke? rasa rasa tak huhu~ harap harap tak la.)
tiba di ruangan solat lelaki, saya tercangak cangak. macam mana nak ambil tudung ni? tak kan nak redah masuk? mujur ada beberapa orang budak lelaki di luar ruangan solat itu. saya minta tolong seorang budak lelaki berkaca mata. (maaf, budak ini budak sekolah. tak boleh diusha oleh si gadis kacamata.)
terima kasih ye dik.

hai... nasib la. tak khusyuk langsung solat malam itu gara gara anak saudara saya -_-"

3 comments:

  1. heee...wani bawa anak saudara..pektis ni.... :)tapi bagus la kan...

    ReplyDelete
  2. huhu.. nanti sume jejaka idaman malaya ingat wani dah berpunya. he. jangan marah wani

    ReplyDelete
  3. m aida : hee~ terpaksa la mem. nanti dia majuk pulak. mula2 rase bagus jugak dia ikot. bleh belajar. tp... lain jadinya... haha... xpe budak2..

    adzmira : hurmm...rase2 x kot. mungkin org igt sy bwk 'adik' g terawih. hoho~ (sy mmg perasan muda)

    ReplyDelete