Wednesday, August 25, 2010

seperti ada seketul batu terbuku di hati


* harap maaf. entri kali ini agak emo. cuba menulis entri yang gembira tapi tak berjaya. rasa down.*

kebelakangan ini saya agak sensitif. sangat mudah tersentuh dan menangis seorang diri waktu malam sebelum tidur. banyak hal yang saya kenang, hingga membuat saya rasa saya ini tak bersyukur.
saya terfikir-fikir alangkah bagus kalau ada telinga baru dijual di pasar raya. telinga baru tanpa kuasa bateri. tapi tak ada. saya terfikir bagusnya kalau pendengaran saya boleh sembuh. pasti banyak perkara saya boleh buat. boleh pergi mesyuarat dengan senang hati, boleh menjawab panggilan telefon tanpa masalah, boleh membuat panggilan telefon tanpa perlu bergantung pada orang, boleh berkomunikasi dengan lebih yakin, dan segala segala yang begitu mudah dibuat orang normal.
kadang kadang saya berasa saya ini pekerja yang tidak berguna. sebab bos saya tak boleh suruh saya pergi mesyuarat seorang diri kerana saya takkan dapat menangkap kesemua buah butir perbincangan. saya juga berasa tidak berguna kerana saya tidak dapat pun membuat beberapa panggilan telefon yang mudah. jadi saya rasa seperti tidak membawa apa apa manfaat pun kepada organisasi.
saya juga menjadi sensitif dengan perkara bersangkut paut dengan perkataan 'J' (baca : JODOH bukan JANDA). bila ada bertanya bila mahu kahwin, entah apa patut saya jawab? mungkin patut cakap terus terang begini : 'bukan saya tak nak kawin. tapi ada ke orang yang nak kat saya? kawan kepada kawan saya; seorang lelaki bertanya kepada kawan dia; juga lelaki - takkan kau nak kawin dengan OKU? jadi lelaki lelaki hanya boleh anggap saya KAWAN dan tiada yang mahu KAWEN dengan saya hanya kerana saya OKU. hina sangat ke saya?'.
bila melihat kawan kawan sudah berumahtangga, beranak pinak; sedang saya masih sendiri mengusung gelaran andalusia. terfikir apakah saya tidak layak untuk hidup seperti itu?
saya cuba berfikir positif. buang jauh jauh segala yang negatif. saya tahu jika saya terus melayan dan mempersoal semua perkara di atas, saya akan menjadi tidak bersyukur, malah merosakkan iman kerana saya seolah tak redha dengan takdir yang tersurat.
saya cuba jadi sabar. saya yakinkan diri Allah SWT itu maha adil dan Dia maha mengetahui segala perkara yang terbaik buat kita. pun begitu, ada masa saya kalah. menangis mengenang nasib, sedangkan semua itu tak mendatangkan kebaikan malah membuat saya bertambah negatif.
untuk semua orang yang pernah menelefon saya - kalau saya tidak menjawab panggilan telefon, tolong maafkan saya. bukan saya saja saja. kalau di pejabat, jangan hukum saya kerana saya mengabaikan telefon yang berdering dering. sebab saya tahu tak ada makna saya menjawab panggilan itu. walaupun saya beritahu pemanggil saya ini OKU, saya tidak dapat tangkap butiran percakapannya, tapi pemanggil tetap mahu terus bercakap dan membebel entah apa tentang masalahnya seolah olah saya mampu selesaikan semuanya. dan penghujungnya pemanggil di talian sana marah saya sebab saya tidak faham apa dia cakap. salah saya ke? selepas itu saya akan rasa sedih dan rasa diri tak berguna.
kalau ada yang melihat saya menjawab panggilan telefon bimbit saya, tolong jangan buat kesimpulan saya boleh jawab semua panggilan telefon. harap maklum, saya hanya jawab panggilan orang orang yang kenal saya dan tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan saya di telefon (cakap dengan jelas dan jangan cakap laju laju).
kalau saya minta tolong buat panggilan telefon, jangan tunjukkan reaksi negatif. kalau bukan terdesak saya tak akan minta tolong. kalau semua orang berkomunikasi guna YM atau IM tiada masalah. saya akan im orang dengan senang hati.
ah letih mahu melayan fikiran negatif ini. saya mahu jadi positif. sabar, sabar dan sabar. kerana Allah SWT tidak menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ya Allah ampunkan segala keceluparan dan kekhilafan hamba Mu ini...

6 comments:

  1. sedey lah plak bace...wanie kuatkan semangat ye...jgn mudah putus asa...kita xleh puas kan ati semua org so b urself n think positive ye...
    senyum slalu :))

    ReplyDelete
  2. sayangku...awak istimewa..percayalah sesuatu yang berlaku pasti ada rahmat dan hikmah disebaliknye...Cuma memang kita sebagai manusia biasa tak bisa terlepas dari berperasaan demikian...Itu lumrah sayangku..Namun bila kita dah tenang..cepat-cepat kita memohon keampunan dan sentaisa doakan yang terbaik semoga ALLAH akan merahmati kehidupan kita dulu,kini dan selamanya..
    Wani ku sayang...tak semua yang kita lihat didunia ini sentiasa dipenuhi warna-warna keceriaan...Memang bukan senang untuk memikul seperti senangnya orang melihat...Tapi inilah kehidupan wani..bila kita melepasinya barulah kita akan merasai betapa ALLAH SWT itu maha adil dan MAHA MENGETAHUI..ALLAH SWT sayangkan hamba yang dia uji....

    Sabar ye sayang.....aida menulis dengan rasa sayang dan dengan pengalaman yang hanyalah sedikit didunia ini....

    ReplyDelete
  3. anony : terima kasih. awak selalu buat saya senyum dan ketawa...
    dah ok sekarang ni. nk think +ve ;)

    aida : terima kasih aida. aida selalu ada kata2 yang menenangkan bila hati rusuh. sayang aida juga. dan semoga kita semua mendapat segala yang terbaik. take care dear.

    ReplyDelete
  4. wani. sedihnya saya baca. tapi saya tak mampu nak menolong wani. saya cuma mampu untuk berkata. 'sabarlah wahai waniku'. memang ALLAH tu maha pengasih lagi maha penyayang. dia bagi dugaan pada hambaNYA dalam macam2 bentuk. saya harap wani akan sentiasa happy dengan kehidupan wani yer. wani sentiasa ada kawan di sisi kalau wani memerlukan bantuan k.

    take ur good care my dear. walaupon wani ada kekurangan. ketahuilah bahawa wani juga mempunya kelebihan yang mungkin orang tak tahu. bersyukurla.

    ReplyDelete
  5. thanks umi. rasa beruntung mengenali kwn2 seperti korang sume. really loves u all...
    kt atas tu sy membebel time emo. dh ok skg ni :)

    ReplyDelete