Wednesday, August 11, 2010

pisang

tadi saya tercari-cari bekas pensel. niat mahu belajar malam ini sebab sabtu ini saya akan menduduki peperiksaan. saya terjumpa bekas pensel dalam 'beg sekolah' empat segi yang saya pikul hari-hari sepanjang induksi.
aneh. bekas pensel saya berbau masam.
saya jenguk dalam 'beg sekolah'. ternampak satu benda penyek berwarna hitam berbau masam. Ya Allah, rupanya pisang yang sudah reput tinggal kulit pisang warna hitam.
sungguh saya terlupa tentang pisang dalam beg itu. kesian pisang itu terbiar hampir 2 minggu. o_O"
bukan bekas pensel saja yang menjadi mangsa. buku-buku nota, sijil tamat kursus dan gambar kenangan juga terpalit. semua berbau masam. semua terpaksa dibersihkan.
niat belajar terbengkalai gara-gara sesikat pisang reput. -_-"

2 comments:

  1. sesikat? betul ke ni wani. banyak tu. cian wani. lenkali, bagi saya terus pisang tu ye. boleh saya ngap

    ReplyDelete
  2. oh, adzmira. terima kasih kerana membetulkan. sebenarnya sebiji saja. tersilap. :D

    ReplyDelete