Saturday, August 7, 2010

malu

saya sedang gugel sesuatu apabila saya bertemu sesuatu yang menarik. (tidak penting untuk diketahui apa yang saya gugel itu. MALU nak bagitau... ^^)
apa yang pasti, selepas membaca blog itu saya berasa MALU. (harap maaf saya tak dapat tempek pautan ke blog itu.) ya MALU dan terkejut. blog itu milik non-muslim (berdasarkan ayatnya "If I'm Muslim..." you see)
penulis blog itu mengaku dia membaca al-Quran dan memahaminya. sungguh? sedangkan saya sendiri pun tidak memahami al-Quran jika bukan tanpa terjemahan. saya berasa MALU kerana saya seorang muslim dan dia seorang bukan muslim.
artikel lain yang saya temui, penulisnya disapa dalam bahasa arab oleh seorang imam di sebuah masjid di china. dia mengaku dia tidak pandai berbahasa arab dan tidak memahami al-Quran (tanpa terjemahan). imam itu agak terkejut kerana sebelum itu, imam itu melihat penulis bersolat. imam itu menggeleng2 kepala apabila mengetahui bahawa penulis itu solat dan membaca ayat-ayat al-Quran dalam solatnya tanpa mengetahui makna bacaannya. saya juga seperti itu, dan saya berasa MALU. saya hanya faham sikit-sikit surah al-fatihah (itu pun dengan bantuan terjemahan dan emak saya).
semakin banyak yang kita tahu semakin kita sedar semakin banyak yang kita tak tahu. terasa sungguh jahil. Ya Allah, kurniakan kepada kami kekuatan untuk mencari ilmu, lapang hati kami untuk mencari kebenaran, cerdaskan minda kami untuk mencerna pengetahuan. Ya Allah janganlah kau palingkan hati kami dari kebenaran setelah kami menemuinya.
masih mencari jalan yang lurus, bukan berliku. masih ingin tahu yang mana satu benar yang mana satu salah. rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari....
MALU...

2 comments: