Tuesday, July 13, 2010

3 hari : sabtu & ahad

ini kesinambungan cerita sebelum ini.

hari : sabtu

semalam bermalam di rumah zana. lepak-lepak sampai pukul satu petang. tak sedar diri padahal assignment belum siap. esok nak hantar -_-"
sampai rumah, masih bermalas-malas depan tv. petang, tidur. malam baru nak cari bahan untuk assignment. tapi tak de ilham. mata mengantuk. tidur dulu. cadang nak bangun pukul 3-4 pagi.

hari : ahad
pukul 4 pagi saya bangun. tapi sekadar switch off laptop. sambung tidur lagi sampai pukul 6 pagi.
pukul 6 pagi - 9 pagi buat assignment dengan kepantasan yang mengagumkan diri sendiri -_-"
kemudian terkocoh-kocoh pergi kelas sebab dah tahu dah lambat.
malang - jalan jam hari ahad? rupanya dbkl tutup dua lorong jalan untuk cantas dahan-dahan pokok. sudahnya memang terlalu lewat masuk kelas. kelas 2 jam, tapi saya lewat sejam -_-"
habis kelas yang kedua dapat sms daripada kawan saya. tak jadi balik rumah terus. ronda-ronda di sunway pyramid. kami makan di manhattan fish market. sedap :)
walaupun duit dalam wallet makin susut tapi tetap mahu makan ini...
...dan ini

lepas makan sambung ronda-ronda lagi. saya mahu cari kertas a4 putih dan katrij printer untuk persediaan induksi. usai beli semua itu, terjumpa benda ini...
ya, clutch ini berjaya menyusutkan lagi duit saya -_-"
dan dapat barang-barang ini. percuma (kecuali tangan dan cincin itu bukan milik saya)

4 comments:

  1. ah sy si miskin sdg lapar makanan mahal lagi

    ReplyDelete
  2. anony : alalala...shiyan! ckp kt perut, tggu gaji masuk baru kita makan makanan mahal. tapi makanan sedap x semestinya mahal kan? cuba awk gugel.

    ReplyDelete
  3. bestnya jalan2... sunway dah dekat ngan umah saya. kenapakah dirimu tidak singgah. he. :P

    ReplyDelete
  4. he~ maafkan daku. kami keluar lewat. dah petang.. lagi pun tak mahu la mengganggu masa umi dgn keluarga di hujung minggu.

    ReplyDelete