Wednesday, January 13, 2010

jangan menangis...

selalu kita melihat betapa bahagianya orang lain dengan segala macam perkara yang dimilikinya. lalu kita pun begitu ingin sekali mendapat apa mereka miliki. tapi siapalah kita untuk mendapat semua yang dihajati... rezeki setiap manusia kan berbeza2. cepat atau lambatnya kita mendapat sesuatu bukanlah ketentuan kita.
ramai yang berkeluh-kesah, bersedih, dan menangisi perkara yang mereka tak miliki atau tak mampu miliki. tapi apakah kita yakin, perkara2 yang sangat kita dambakan itu sangat baik untuk kita? malahan ramai yang berdukacita kerana mendapat perkara yang tidak mereka ingini. tapi apakah kita yakin perkara yang kita tak ingini itu sangat buruk untuk kita? Allah jua yang Maha Mengetahui...
setiap perkara, setiap peristiwa yang berlaku pada kita tidaklah sia-sia kerana Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan tersembunyi hikmah di sebaliknya. cuma kita manusia yang serba lemah ini dengan keterbatasan ilmu dan keupayaan tidak mampu menjangkau segala rahsia dan ketentuan.
bagi yang kuat imannya, saat diuji itulah menjadi medan menguji kekuatan jiwa dan keteguhan iman. bagi yang lemah, seringkali alpa dan menyalahkan takdir di atas kejadian buruk yang berlaku (aku juga pernah menjadi lemah dan seolah x redha dengan takdir yang menimpa). Astaghfirullah al azim... iblis dan syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkan manusia. seringkali aku mengingatkan diri bahawa Allah itu Maha Adil. kata seorang teman, "adil itu bukan bererti semuanya sama, tetapi adil itu kena pada tempatnya". tidaklah Allah uji seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
sabar... sabar... dan sabar... itulah benteng kita. bersabar, berusaha, berdoa, dan bertawakal, itulah sumber kekuatan untuk terus berjuang. kita akan sangat menghargai sesuatu yang amat sukar diperolehi. seandainya semua benda di dunia begitu mudah diperolehi dengan hanya memetik jari, kita akan begitu mudah alpa dan begitu mudah mensia-siakan apa yang kita perolehi.
pandang ke hadapan. jalan hidup masih panjang. masih banyak liku yang belum diharungi.
jangan menangis untuk sesuatu yang kita tak miliki/belum miliki, tapi hargailah semua yang kita miliki sebelum ia hilang tanpa kita menyedarinya...

No comments:

Post a Comment